Monday, March 6, 2017

Sawasdee Bangkok - Part Finale ( Chao Phraya River Cruise & Asiatique)

Assalamualaikum

selamat hari Isnin. Okeh, nak habiskan entry Bangkok ni. Highlights untuk trip di Bangkok ialah Chao Pharaya River Cruise. Naik Uber ke Saphan Thaksin station, nak naik BTS pun boleh.
Jalan sikit  dan nampak pier, beli tiket dekat situ. Harga tiket THB 150 kalau tak salah. Sampai ni dah pukul 4 lebih rasanya, kira ngam lah tunggu untuk sunset nanti.


wajah happy naik bot
ni la rupa dalam boat. Besar dan selesa.
melalui bawah jambatan

Grand Palace- Next time maybe

Tha Maharaj Pier, ada macam mall kat sini, best gak tengok orang lepak minum kopi tepi sungai
macam rumah-rumah orang 

kalau lawa-lawa ni shuttle boat dari hotel-hotel mewah yg berdekatan dengan riverside.


kami memang tak turun pun kat mana-mana pier, memang lepak atas bot dan layan scenery sahaja.

sunset mula menunjukkan rupa. Subhanallah


Wat Arun/ temple of the dawn

Asiatique dari kejauhan

Last stop ialah Asiatique, so kamu turun kat sini untuk menikmati malam terakhir di Bangkok.

"Dipisahkan" oleh Chao Phraya






Hispster cafe dan ferris wheel
lot-lot kedai. Harga barang ok jugak. Aku sempat beli natural body scrub dengan passport holder

Drama terakhir di Bangkok. Satu masa tu Ean ngan Zu cakap nak cari T-Shirt, so aku dengan Mun tunggu la kat satu kerusi-kerusi tu. Tapi sebab lama sangat, kami jalan la sikit-sikit dekat-dekat area tu. Sempat jugak la beli barang. Lepas tu kitaorang tunggu diorang tak sampai-sampai. Masa tu dah start cari-cari jugak la. area ni tak la besar sangat tapi orang ramai, kepala terjeguk-jenguk kat setiap kedai. Call tak berangkat, diorang tak roaming kot. Last-last Mun cakap "kita memang kena tunggu diorang, dah takde cara lain dah", rasa terbakar jugak la jiwa masa tu. Tetiba budak dua orang tu sampai "korang pergi mana!!!" gitu empat-empat orang bertempik. Pastu gelak-gelak walaupun muka memasing dah macam hape. Rupanya situasi macam kau cari aku, aku cari kau, diorang dua ni sampai pergi 7E nak beli sim card, cari kafe nak guna WiFi dll jugak la.
Tapi Alhamdulillah, takde pertumpahan darah pun, semua redho sebab ada salah masing-masing dan yang penting semua selamat. Sempat beli Kebab sebagai dinner dan balik semula ke hotel naik Uber. Dalam kereta pun masih tak berenti gelak macam pompuan kena sampuk.
Balik hotel dan packing barang. Esok pagi flight awal, around pukul 6 pagi dah nak kena gerak pergi Don Muang. Kami book teksi dengan hotel siap-siap dan harga ikut meter sahaja.


Pagi esoknya, kami berlepas dari Don Mueang tepat pada waktunya, tiada lagi drama macam trip Chiangmai dulu. Sempat mengopi kejap kat Black Canyon. Aku suka kopi BC ni, Cha Yen dia pulak memang mantop. Kami breakfast dalam flight je. Air Asia Thailand ada menu pulut mangga oo..sedap pulak tuh. 

walaupun size kecik, rasa macam nak order 2, malu kat jiran sebelah seat je.



Alhamdulillah satu lagi trip telah dijayakan oleh kami berempat. Moga ada next-next time untuk memastikan bonding still strong dan friendship forever, gituh. Masa travel ni la kita kenal betul hati budi orang kan. InsyaAllah, ada rezeki mungkin travel lagi



Till Then



dzuli

No comments:

Post a Comment