Sunday, April 23, 2017

#Divanatakessabah -part 1(Arrival & Tenom)


Assalamualaikum..

Akhirnya baru mendapat seru nak update entry Sabah ni. Teaser dah keluar bulan 10 tahun lepas kat sini. Terjejaknya kaki di negeri dibawah bayu ni, maka lengkaplah 14 negeri di Malaysia telah dijejaki, walaupun lambat sikit,
Trip ni jugak agak special sebab aku baru mendarat pulang dari Sydney dan tak sampai 12 jam kemudian aku naik pulak flight ke K.K. Memang dah lama teringin nak buat camni, acah-acah traveller tegar. Tapi ada la balasannya :
1st- mak aku bising 
2nd- duit pun mengalir umpama air sungai Padas. 
3rd- letih gila (faktor usia)

Flight aku dijadualkan pukul 8.30 pagi. maksudnya, aku kena ambik ERL paling awal la kalau nak selesa. Flight dari Sydney pulak touchdown KL pukul 6.30 petang, gedebuk gedebak pukul 9.30 malam baru sampai rumah. Kalau ikut hati, aku tido je kat airport tu, tapi kena balik jugak untuk packing baju bersih, lagipun rumah aku ngan airport tu takdelah jauh mana. 
Balik umah, tido dulu, pukul 3.00 pagi bangun kemas baju dan drive ke Putrajaya Sentral. Najah tak boleh hantar sebab dia balik kampung. 

Pukul 6 lebih dah sampai airport, rileks je..siap boleh breakfast dulu. Minggu tu long weekend, biasalah airport huru hara sikit, nasib baik aku awal. Azra sampai lewat sikit je, queue kat depan sepanjang 2 marhalah katanya. 

Masa boarding, aku perasan aku punya boarding pass tu macam ada problem, katanya seat aku tu tuan dia dah board, tapi aku lepas je la naik. Sampai atas seat aku ada orang, dah aku kena tunggu semua orang board dulu. Tu aku pelik sikit security sistem kat KLIA ni, harapnya improve la lagi. 
Tiba-tiba pramugari datang bisik kat aku " Cik, kami upgrade seat cik ke business class, meh ikut saya slow-slow" 
hahahahahaha!!!! rezeki jangan ditolak. Aku pergi seat tengok-tengok Azra pun dapat upgrade jugak. Rezeki kitaorang la. Tapi kami cuma tak dapat makanan dalam pinggan je, lain-lain service sama.


selfie sikit..matilah ciwi..haha

2 jam kemudian, kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Dj dah sampai, Mrs belum lagi. Tunggu diorang kejap dan Kak Bibie dan siap tunggu kat luar. Lengkap jemaah sampai, ayuh..kita pergi makan dulu.
Bie bawak kami merasai kesedapan "Ngiu Chap" ataupun Mee sup. Tak ingat dah nama kedai, tapi sedap gile. Ada daging masak manis dengan meatballs. Dj ambik mee special apa ntah. Lagi sedap sebab mee dia macam mee kolok tu. Puas hatilah makan kat sini.



Lepas makan, kami balik rumah Bie, solat dan tunggu driver kitaorang untuk ke Tenom. Kitaorang sewa kereta supaya senang untuk naik keretapi esok. Tak ingat la harga kereta dari KK-Tenom. Tapi 150++ jugak la.
Perjalanan mengambil masa 3 jam lebih.

Pemandangan sepanjang perjalanan, melalui Banjaran Crocker
Brehenti kejap dekat Kimanis, salah satu puncak tertinggi di Banjaran Crocker

haruslah selfie sikit sekeping dua

berhenti minum dan toilet kat gerai yang ada ni.

sejuk kat sini, berkabus-kabus
langit Keningau
sempat singgah beli jagung.

Sampai Tenom dah pukul 5.30 macam tu, mintak driver bawakan kami ke Kilang Kopi Tenom, Yit Foh. Sayangnya dah petang, cafe dan kilang dah tutup, tapi sempat la beli kopi dekat kedai dia. jadilah.




kalau tak salah, ni Turkish punya pepatah
Sempat la borong kopi untuk rakyat semenanjung
harga ok jugak la, lagipun susah nak cari kat semenanjung
sempat la posing seround

Lepas beli kopi, driver hantarkan ke hotel kami. Azra bookingkan hotel apa ntah. Hotel budget je, jadilah untuk tido satu malam. Lepas solat, kami berjalan kat pekan tenom cari dinner, aku tak ingat dinner kat kedai mana. Kami makan pun makanan biasa-biasa je. Lepas makn balik dan tido. Aku la paling awal dayung sampan, letih balik Oz pun tak hilang lagi.




bersambung....

dzuli

No comments:

Post a Comment