Thursday, April 27, 2017

#Divanatakessabah - Part 2 (Keretapi tradisional Tenom-Beufort)


Assalamualaikum

Hari kedua di Sabah. Pagi tu awal-awal dah siap sebab train ke Beufort akan gerak pukul 7.00++ pagi. Tapi seperti yang diketahui pukul 7 kat sabah dah macam pukul 8.00 pagi kat semenanjung. Memandangkan journey agak panjang, kami cari breakfast dulu, dalam group ni ada sorang tu takleh lapar, nnti dia jadi hangry. oops.
Kebetulan ada satu kedai tu bukak pukul 6.30 pagi, kami order je apa yang cepat. Akhirnya semua order menu sama iaitu mihun goreng dan Bie makan soto kot.

Boleh la buat alas perut.

Jalan kaki je dari hotel ke train station. rasanya 5 minit je jalan.
Sampai je terus beli tiket, takde assigned seat, so, kami berpecah ada yang beli tiket, ada yang pergi cop tempat. Dapat la seat belakang sekali dengan budak-budak sekolah.

Toilet semua ada. Ramai jugak orang sebab weekend
stesen agak ok. Takdela usang pun

sempat lagiii...

lagi tak jalan, lagi tu la dok bergambar sakan
harga tiket Tenom- Beufort = RM 2.75 sahaja
dalam gerabak, kerusi kayu 90 darjah dan takde aircond


Pemandangan di sepanjang perjalanan. mostly Sungai Padas lah, sungai ni femes dengan activiti white water rafting katanya.Train juga akan berhenti dekat beberapa station kecil di sepancang perjalanan. Dapatla tengok activity masyarakat setempat.

Sungai Padas

Sebab kitaorang asyik conquer pintu belakang, budak-budak tu pun lari tah mana-mana hehe..apa lagi, sakan la buat macam gerabak sendiri.

kitaorang gerabak belakang sekali. Boleh lepak kat pintu ni hulur kaki
boleh lepak tepi pintu, hulur selendang keluar nyanyi lagu Jambatan Tamparuli
air macam teh susu, lepas hujan rasanya
stesen keretapi di perkampungan


boleh hulur kepala macam ni. baik-baik..kang jatuh


selfie lagi

Sebenarnya inspirasi trip ni dari beberapa travelblog yang pernah aku baca macam Syed (agarakutaklupa.blogspot), video dari Udey ismail dan ofcourse filem Ola Bola. Aku tak sure la lokasi filem tu, tapi jumpe la yang lebih-lebih kurang.

ada berhenti kejap kat sini untuk tukar train




Akhirnya, sampai jugak dekat station Beufort untuk tukar train lagi kalau nak ke Putatan. Tanya kaunter, train ke Putatan akan bertolak lagi sejam rasanya. Hari dah panas, perut dah lapar. Tiba-tiba kami nampak teksi, gatal mulut tanya teksi dan harga macam agak berpatutan. RM 70 untuk sejam perjalanan. Maka kami mengelat dan naik teksi. Ternyata ianya keputusan yang baik sebab kami agak mengejar masa. 

Bagi aku traditional train ni memang satu experience yang unik, maybe lah time consuming dan boring sikit since view almost sama, tapi sekali-sekala apa salahnya. Bukan hari-hari pun kan.

 

katanya keretapi modern bakal digunakan untuk route Beufort-Putatan. Syukurlah

Sampai putatan, Adik Bie dan siap jemput kami, teruslah kami ke Thien Thien restaurant untuk lunch. Lapar gila weh..separuh hari perjalanan saja. Untuk order, semua diserahkan pada Bie. Serius sedap makanan kat sini. Sup asam dengan sweet sour fish tu memang mengancam.

ha..dah macam makan besar. Ada sup asam, black pepper beef, yam basket, sweet sour fish dan sayur apa tah

Dah siap makan, Bie ajak try Kak Kiah coffee house yang agak femes dekat KK. Kek dia takde la fancy macam Gula Cakery or Cake Jalan Tiung, tapi agak decent rasa dan harga. Kenyang lagi, so oder kek slice dan churros sahaja. Coffee pun x order.

comel je mural kat dinding kedai

Lepas makan, teruskan perjalanan ke Kundasang. Apalah ertinya ke Kota Kinabalu buat pertama kali jika tidak ke Kundasang ye. Before that, singgah rumah Bie untuk solat dulu.
View sepanjang perrjalanan memang superb lah, ada jugak la kami berhenti kat beberapa view point.


 

tepi jalan pun boleyyy
nampak Kinabalu...excited sangat
Kitaorang berhenti makan kejap dekat Puteri Nabalu. Bie dah book kan set traditional orang Ulu untuk kami. So takyah tunggu lama, makanan sampai

sunset pun lawa
gigih lari kedepan snap sunset


Verdict : erm..tak berapa kena dengan selera. Tapi sekurang-kurangnya dah mencuba ok la tuh. Ikan tu sedap la jugak, maybe nasi dia terlalu padat dan berkanci buat aku cepat muak. Nasi dia guna wild riceyang warna merah tu. Very healthy tau.

Lepas makan, kami terus ke penginapan kami di Wind paradise, Entry pasal ni ada kat sini
Lepas mandi, beriya masak air dan buat coffee fefeeling mongolians di Gobi Desert.
Kebetulan aku sempat grab nescafe dengan Tim Tam Nenas dari Aussie, feeling sungguh la minum dan nyembang dalam sejuk-sejuk camtu.


sempat beli Kek kat Puteri Nabalu


Banyak betul aktiviti hari ni, kategori pukul rata la. Lepas nyembang semua tido. Esok nak bangun awal


bersambung



dzuli

2 comments:

  1. impian tu nak naik ketapi tenom... tahun lepas p dgn family takleh nak selit...

    tapi Mongolia hut tu mmg best ek? ada baca beberapa view mcm tak ok je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mongolia hut tu ok for the experience. Cuma beberapa facilities tak berapa nak ok. Tapi view dari situ memang lawa

      Delete