Monday, April 3, 2017

Namaste Nepal - Part 3.1 (Swayambunath Temple & Welcome Dinner)

Assalamualaikum

Lepas hujan berhenti, kami teruskan perjalanan ke Swayambunath ataupun dikenali sebagai monkey temple. Entrance fee Rs500 rasanya. On the way ke sini, kami nampak jem yang amat dasyat di laluan bertentangan. Scary woo traffic kat sini.

Seeloknya datangla sini petang-petang sikit untuk menikmati sunset. Swayambunath ni Buddhist temple, so aku rasa lebih kurang macam Wat Doi Suthep kat Chiangmai tu dari segi location dan  binaan. Macam biasa, sebab atas bukit, kena la menapak naik tangga beratus-ratus.




ingatkan ada mende, rupanya diorang tengah main poker
Prayer bell
the iconic stupa.


Boleh nampak view kathmandu. sayangnya cuaca agak gloomy haritu


macam lego, petak dan colorful

view agak sama jelah, tapi bagi aku sangat menarik. 

Port memburu sunset
Monyet-monyet yang dihormati kat temple nih
Group photo dengan tour guide kami


kami terus balik ke Kathmandu, sampai hotel fresh up kejap dan turun semula untuk welcome dinner. Jalan kaki je pergi ke Restoran tu. Nama resto tak ingatlah pulak, tapi within walking distance je dari hotel.

Kami dihidangkan 3 course meal dan Cultural performance. Ada group lain jugak dalam tu, tak sure la dari negara mana. Masa menari ramai0ramai, penuh gak la pentas sebab ramai yang sporting. Malam ni kami dihidangkan dengan ayam halal. Makanlah tanpa was-was. Ikan dia sedap, lepas makan teringat sungai Bagmati, terus tak habis makan hahahaha.

Appetizer. Momo, ayam dengan potato wedges
main course. Ada ikan, sayur,ayam dan bubur kacang hijau savoury. Boleh tahanla
Sweet yoghurt ada kacang2. sedap gile, rasa macam topping cornetto
2 brader yang main alat music traditional.
close up sikit. Gambar credit to : Kak Yang
Ada menari-nari jugak. gambar dari Kak Yang jugak
tiba-tiba..partayyyy..takde lah, dia jemput penonton join menari2. Gambar pun dari kak Yang, aku ngan Ean sibuk makan

Lepas makan, menari dan menyembang, kitaorang terus balik hotel dan tido. Esok kena bangun awal pulak. HAPPY HOLI!!!



Till then




dzuli

4 comments:

  1. haha. seronok baca post kak dzuli. rase mcm kembali ke kathmandu gitu. haha. di tengah2 kesibukan bekerja, things like this cheer me up. Haha. Don't like the fish too, tak sedap. Terngiang-ngiang suara syamil (betul dah rase name dia) explained dengan penuh semangat. Haha. Tapi sekarang 1 hape pun tak hingat. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sunil nama dia..aah, bila dia terang bab2 prinsip2 bagai dah rasa tepu dah, tak leh masuk. p layan sunset lagi bagus hehehe

      Delete
  2. sporting ahli rombongan..mcm ni baru best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best gila ahli jemaah kali ni...

      Delete