Friday, April 7, 2017

Namaste Nepal- Part 4 (Holi Festival)

Assalamualaikum

Untuk entry ni, special thanks to Udey Ismail untuk gambar gambar yang lawa-lawa.
Gambar aku hanyalah dari gopro yang main tekan je. Gopro aku xde LCD skrin. Mohon @ninagarcia belikan LCD display. eh

Tibalah hari yang dinantikan iaitu highlights trip ini ; Holi festival/holifest.

Holi (pronunciation: /ˈhl/Sanskritहोली Holī) is a Hindu spring festival celebrated in India and Nepal, also known as the "festival of colours" or the "festival of love".The festival signifies the victory of good over evil, the arrival of spring, end of winter, and for many a festive day to meet others, play and laugh, forget and forgive, and repair broken relationships. It is also celebrated as a thanksgiving for a good harvest. It lasts for a night and a day, starting on the evening of the Purnima (Full Moon day) falling in the Vikram Samvat Hindu Calendar  month of Phalgun, which falls somewhere between the end of February and the middle of March in the Gregorian calendar -Wikipedia

Selalu tengok holi dalam filem hindi je kan, hari ini kami akan merasai sendiri keunikan perayaan tersebut. Awal-awal lagi Udey dah pesan macam-macam untuk holifest ni. Aku listkan dekat bawah:

Holifest Preparation

1. Cling wrap - untuk wrap camera. Wrap la tebal-tebal sikit
2. waterproof casing - untuk handphone. Aku tak bawak pun, so aku wrap je handphone sekali
3. Raincover untuk bag kalau takde drybag. Kami guna raincover backpack. Adjust le bagi jadi
4. Kasut/selipar yang mudah dibasuh.
5. Tudung buruk- boleh buang terus haha
6. Baju putih - Boleh beli kat market. Dalam kes kami, Odea dah sediakan T-shirt putih. Bawak inner.
7. Colour powder beraneka - Pun Odea dah sediakan.

Pagi-pagi lagi semua dah siap sedia kat lobby. Lepas breakfast, ramai-ramai wrap kamera masing-masing. Ada sekumpulan mat salleh pun tetiba je join sekali lepas nampak kami semua sibuk balut gadget. Kalau yang bawak gopro takyah balut pun takpe, asalkan buh dalam waterproof casing.
Sebenarnya group kami ni terlebih semangat, awal-awal pagi dah gerak. Agaknya untuk keselamatan dan keselesaan kot.

gigih membalut gadjet memasing. Maklumlah kebanyakkannya kamera ribu-ribu

9.30 camtu kami pun berjalan beramai-ramai ke Durbar Square, sebelum tu singgah kat temple mana tah, depan Himalayan Java kelmarin untuk ambik gambar lawa-lawa

baru conteng sikit-sikit je. Tunggu kejap lagi

Gambar kalau kemah camni memang dari sifu Udey lah
Credit to Udey lagi. Dia suruh posing, kita ikut sajaaaa
Pic : Udey 


Awal lagi, tak nampak sangat kemeriahan Holi ni, kami pun berjalan la beramai-ramai ke Kathmandu Durbar Square sambil melaungkan "happy holi!!!" . On the way tu dah kena serang dengan local. diorang simbah air dari atas bangunan kot, gile sungguh. Masa ni la kegunaan segala macam preparation diatas.

dalam barisan, bergerak sekarang...

masih terkawal keadaan di Durbar Square
fefeeling retis la sebab ramai nak ambik gambar kami

Sampai Durbar, dah agak ramai manusia. Udey bawak masuk Kumari House dulu. Kisah Kumari ni agak unik sebenarnya, budak perempuan yang dipilih dari beberapa ciri dan diangkat menjadi dewi. Tak boleh jejak tanah dan keluar dari rumah sehingga period pertama. Nak tau lebih lanjut boleh tengok video ni. Kumari The living godess
Tidak dibenarkan ambil gambar jugak. Kebetulan masa kami sampai, penjaga dia announce yang Kumari akan keluar, so jangan ambik gambar, Kumari pun jenguk la muka kat tingkap, tiba-tiba sapa ntah bawak keluar kamera terus pakcik tu "hey, no camera!!" terus kumari masuk dalam balik. Like 5 saat je dia keluarkan muka.

kat sinilah istana kaca Kumari 
contoh wajah Kumari. Yang kami tengok haritu lebih kurang gini jugak rupanya.
Gambar dari google images

Dah tengok kumari, kami keluar tunggu kat luar, Rupanya kena bayar entrance fees untuk Durbar Square.  Dulu-dulu katanya takyah bayar fee kalau time Holi. Rs 1000 tapi kami dapat Devi's Price. Rs 600 only.

Devi dan Kancha yang menjaga kami dengan baik sekali. Waktu ni ahli lain kat dalam Kumari House

Masa ni aku tengok kat tengah Durbar tadi dah huru-hara, ramai gila manusia. Udey cakap memang banyak la kes pelancong perempuan kena raba-raba, agaknya tu la Devi tak bagi kami pergi sana, kami main area tepi kedai-kedai berdekatan dengan Durbar tu. masih awesome.
Pelancong memang jadi target pemeriah suasana, rasanya memang letih sengeh depan kamera dan kena baling colour. Yang aku perasan, kalau kita angkat tangan, diorang takkan pegang-pegang kita (locals/pelancong). Maybe aku tak jumpe yang biadab agaknya kan. Memang meriah sangat, sapa yang lalu mesti nak bergambar/ambik gambar sebab kami bertudung dan ramai-ramai agaknya.
Group kami agak besar, so memang nampak havoc gile.

gambar lawa dari Udey la opkos
Yang pakai topi tu Kancha, baik sangat memastikan kami tak berpisah dan tak diambil kesempatan
Dah sorang-sorang rupa macam ayam goreng kunyit

port utama kami untuk harini. Bergambar tak hengat. Semua yang lalu lalang "happy holiii" sapu2 kaler kat muka
bila abam mat salleh menghalakan kamera..
Holifest moments
Devi belanja Yogurt fresh. Pic from Mr Udey
Makan yogurt reramai. Yoghurt original + serbuk kaler. Actually aku xleh go sangat yogurt tu. tak habis pun
gambar ni masuk TV Nepal, Trip Advisor dan website Odea. Pic from Udey
Pic from Udey

ketua kumpulan
Mcam ni la sepanjang hari, kalau taknak diorang pegang, angkat tangan sikit. Pic : Udey
with locals. Nepali yang muda-muda ni ramai helok-helok juge. Pic :Udey
Opkos la pic dari Udey, aku suka gambar ni.
dengan tourist dari segala pelosok benua. Gambar dari i.g @kiwionearth / Udey
ramai nak bergambar dengan akak2 cantek dari malaysia eh. Pic : Udey

Kami plan nak gerak balik, tapi jem dengan lautan manusia. Takpe, kita henjoy dulu. Kitaorang lepak area Kumari House tadi. Tiba-tiba..."partayyyy!!!"
takdelah haha..
makin ramai masnusia, siap ada lagu-lagu bagai. sebijik macam filem hindi minus the choreography dance je.

tudia...kita henjoyy
put your hands in the air..ewahh
Kancha dan Devi yang masih setia menjaga kami walupun kami semua dah macam dirasuk filem hindi
konsert shahrukh khan tadi dah habis, pakat melepak tepi tandas sebelum berjuang nak menapak balik hotel.
buat Dab depan tandas dah kenapaaa!! Pic from i.g @kiwionearth /Mr Udey

Around pukul 2.00 camtu, kami gerak balik hotel, pergh...masa ni lagi teruk.dah redha dah masing-masing kena simbah air bagai. Tak larat dah nak layan plus kaler poda pun dah habis.
perasaan masa ni bukan happy holi dah..dah rasa holy shit..dengan jalan basah-basah berlopak bagai, kena simbah air lagi, sejuk .
dia punya kesimpulanmacam ni la :
10.00 pagi - Happy Holi!1
11.30 pagi - Happyyyy Holiiii !!!
12.30 tghari - HAPPYYYYY HOLIIIIIII !!!!
2.00 ptg - Holy shit..

don't get me wrong, still enjoy, tapi masa nak balik hotel tu memang hazab sikit la

Selisih jugak dengan geng Malaysia yang kami jumpe kat Thamel semalam.
Lalu area restoran dinner semalam, nampak macam ada party dalam tu, kena bayar  kalau nak masuk. Kami tengok dari luar jelah, koser nak join. Rupanya banyak restoran buat macam party untuk holifest. Ada minum-minum dan menari-nari bagai. memang tidakla untuk join party2 macam tu. Suka pergi usha je.

Colour powder timbang kati.
Dah la uolls, jom balik..dah rupa kalah perang masing2 heheehe

Kami lepak Mandap Restaurant having lunch. Dapat diskaun sempena Holifest, order la macam-macam ikut citrasa end up bayar sorang Rs 300 je. Devi's price lagi. Kami order Pakhora je sebab ingat nak balik makan Brahims.

Balik hotel, bersihkan diri dan rehat kejap. Petang satgi nak ukur Thamel balik. Lastnye, tak makan pun brahims, sebok layan mata.

4.30 petang kami keluar balik untuk shopping.Tak habis lagi Holifest nyaa..takut jugak kena simbah kaler lagi, tapi cakap je "no". Janji dengan Udey pukul 4.30, Udey terlajak tido, last-last kami ikut Devi ngan Bieyha. Bieyha punya flight malam ni, tak sempat la dia nak ke Nagarkot esok. Pergi shopping ala-kadar dan kiss hug dengan Bieyha sebelum dia ke airport.
Kami? shopping laa... ada geng angkut barang Himalaya &essential oil, ada jugak geng pergi cari barang outdoor iaitu kami, Hanes dan Ika. Ean ngan Kak Yang angkut softshell jacket sorang satu, Ean siap beli backpack jugak. Kemain kan uolls.

Masa jalan-jalan ni hati terjatuh chenta dengan backpack Black Diamond. Sexy gila, tapi tulah harga RM 500, cinta tak kesampaian la makanye since aku baru jugak beli backpack before trip Melbourne haritu.

Lepas shopping kami dinner kat Al-Medina, lepas dinner sambung mengopi pulokk.. Tu je la agenda malam kitaorang. Ean pulak senang je ajak dia mengopi untuk trip kali ni. Happy sangat kot dapat menari dengan kancha. eh
Sepatutnya nak mengopi ngan Deqja, tapi diorang team pokhara kena gerak awal esok, tak sempatlah. Kami kiss hug siap-siap. Entah bila boleh jumpe lagi.

nasi beriyani habis..layan kofta sedap gile, terangkat!!
menikmati malam terakhir di thamel
Lepak kat Roadhouse cafe, boleh pulak susu habis, terpaksa minum black. Cafe ni one of the best pizza house in KTM katanya. Kitaorang kenyang lagi, minum je la dan layan wifi laju

Balik hotel, Tini, Leen dengan Aleen datang melepak pulak, kiss kiss hug hug before diorang ke Pokhara pukul 6.30 a.m esok. Sempat la tukar no phone dan follow i,g masing-masing.

Sedar tak sedar dah hari ke-4 di Kathmandu


Till Then





dzuli

2 comments:

  1. wahh..meriah..byk kali jg tengok dlm citer hindi, masa tu pelik jg, baling2 kaler..baru tau holifest rupanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..meriah sangat, sebab terpengaruh ngan filem hindi la nak try holifest ni hehehe

      Delete