Wednesday, April 12, 2017

Namaste Nepal - Part 5 (Nagarkot)

Assalamualaikum

Hari ke-5 di Kathmandu, esok dah nak balik. Sobs!!
Geng ke Pokhara yang diterajui oleh Hanes dah gerak pagi-pagi lagi, tinggalkan kami kat sini.
Memang totally free and easy sampai pukul 12.00 tghari dan lepastu kami akan bergerak ke Nagarkot. yes

Masa breakfast, dengar orang cakap "Happy Holi", automatik berenti makan. Trauma semalam tak habis lagi haha. 
Lepas makan kami bercadang nak jalan-jalan sikit. Tak habih lagi ukur Thamel. Kali ni memang totally jalan-jalan tanpa arah tuju je dengan Asiah dan Hikmah, Kak Yang taknak join. Cari FM, cari poskad dan akhirnya kami pergi ngeteh kat Himalayan Java. Kill time dan mengidamkan kopi sedap. Kali ni aku try Australian Style Latte. Ya ampun, sedap gila. Sampai sekarang masih teringat-ingat. Asiah order apantah, something like latte set dengan blueberry cheesecake, Ean macam biasa la order oreo milkshake kot. Sebenarnya harga kat HJ ni agak murah la berbanding kafe2 hipster kat negara kita. Less than RM 10 percup. Latte biasa dalam Rs.160 macam tu. 

3 orang coffee drinker yang macho, sorang minum minuman kanak2 muahaha
Order waffle jugak, kongsi ramai-ramai

Balik hotel dan bersiap-siap untuk ke Nagarkot. Sempat jugak la masak nasik Brahims, sambil makan, sambil kemas barang. 
Nagarkot ni kawasan tanah tinggi yang terletak lebih kurang sejam dari Kathmandu. Takde aktiviti sangat melainkan layan view sunset, sunrise dan kalau cuaca baik, Himalaya akan terbentang di depan mata. 
Tapi view di Nagarkot ni sangatlah lawaaa, banyak aku tak sempat ambik gambar sebab dalam kereta. Terpahat dalam hati jelah jawabnya. Tapi jalan agak scary, sempit dan gaung. Mengucap jelah dalam hati. nasib baik tak makan banyak sebelum gerak tadi, kalau tak boleh muntah la hahaha.

Ni je la gambar paling senonoh nak upload

Sampai satu kawasan, kami berhenti untuk bergambar dalam hutan pine. Tapi hazab nak turun bawah, so aku tak turun kerana takut kejilakaan menimpa diri hahaha. So, aku Fahmi ngan Ika layan borak je kat atas. Diorang kat bawah tu kemain la dengan buat video bagai. 





Gambar kat bawah. Pic by Udey
Pic by kak yang

Lepas tu, kami terus gerak ke hotel. Kami menginap dekat Hotel Country Villa, comel je hotel ni tapi view dia memang marvellous. Melonjak-lonjak semua excited.

yaaa...inilah pemandangan dari balkoni hotel. 
nah, lanje satu lagi. Cuaca berkabus sikit, so takde la penampakan Himalaya
Eh adaaaa.... puas zomm, adjust clarity bla bla bla...Subhanallah
Bilik VIP, Layan sunsrise dari balkoni je ooo... 

Puas hati sangatlah dengan hotel yang disediakan oleh Odea ni. Memang A. Highly reccomended.
Pukul 5.30 p.m, Paindra (our tour guide) bawak kami pergi sunset spot. Kena jalan sikit dalam 20 menet, malangnya, kami-kami yang berstamina rakyat Malaysia, tak mampu kejar sunset, sampai atas, sunset dah hilang!!! Rugi betul tak snap masa kat bawah...semua pun mampu berhuhu jelah. Rasanya Kak Maz sorang je sempat snap. Bekas pendaki ABC pun kelihatan tercungap-cungap mintak nyawa muahaha. Aku tayah cakap la, napas kuda dah rasanya.

Port tengok sunset tu ialah Kuil tinggal..

ni jelah yang tinggal untuk tatapan. Subhanallah
remang-remang senja
menapak semula balik hotel. Sejuk gila waktu ni, dah la jalan bukit bukau. Semput aku

Balik hotel, hajat nak mengopi sebab nampak kafe kat lobby hotel tu. Sekali nak order, kopi habis katanya, so kami melepak minum nepali tea sahaja sambil berborak riang. Kat Nagarkot takde halal food, tak ingat either Ika or Jules order veggie mee ke apa ntah, tapi katanya tak sedap langsung. Nasib baik bekal masih ada, kitaorang plan nak makan kat bilik je ramai-ramai. Bilik kitaorang jadi host sebab bilik kami paling besar dan bilik kami je yang ada electric kettle.
Naik atas dan prepare makanan, by prepare tu maksudnya rendam dalam air panas je hahaha.
Habiskan je semua bekal, supaya tak kena bawak balik KL semula.
Pukul 8.30 malam ahli-ahli jemaah pun datang bilik. macam-macam menu ada, Brahims ada, maggi ada, serunding pun ada. Jules ngan Udey ada tapau makanan dari Al-Medina sebelum gerak.
Actually nak beli Brahims murah-murah boleh terus ke kilang dia kat bandar baru bangi, murah RM4-5 dari Tesco. sesuaila kalau nak beli banyak. Kami bawak 3 pack per person.
Makan sambil bergossipan riang. Macam-macam la cerita keluar. Maklum la beberapa hari ni takde la borak beriya-riya sangat sebab busy mengukur jalan di Kathmandu.

Full moon pulak malam tu..aduh, kena sungguh
Kenduri malam tu, Brahims, maggi, serunding, sambal petai pun ada oo, kak Maz bawak.
Pisang ngan carrot tu Udey bawak

Pukul 10.30 macam tu semua jemaah beransur pulang, esok nak kena bangun pagi-pagi layan sunset



Till then


dzuli

2 comments:

  1. Subhanallah cantiknya pemandangan

    Pagi-pagi layan sunrise. Heheehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik sangat..tu lah, yang best tu boleh layan dari balkoni bilik je

      Delete