Friday, April 14, 2017

Namaste Nepal - part finale


Assalamualaikum.

Last day at Nepal. Pergh, macam tak percaya, kejap je 6 hari trip. Dalam masa sebulan je aku siapkan full entry ni. Semangat sungguh.

Pagi-pagi lagi bangun nak layan sunrise, around 5.30 pagi ye sunset, bangun je terus kelam kabut cari kamera bagai. Layan dari balkoni bilik je, nampak dah yang lain-lain pun dok bertenggek kat balkoni. Layan sunrise dalam keheningan dan kesejukan pagi. Cuaca Nagarkot masa ni around 6-9 darjah C. Maklumlah tanah tinggi, Sejuk gile, paling hazab bila masuk toilet, terjerit-jerit semua orang. 

Aku tak pandai shoot sunrise dalam kabus-kabus ni, apa yang ada jelah. Time lapse pun tak menjadi sebab masih tak bawak tripod. 






Pukul 8.30 pagi kami akan bergerak semula ke Kathmandu sebab flight Norikka pukul 12.00 tengahari, 7.30 camtu semua dah turun breakfast.

Breakfast spread kat hotel ni agak ok. Makan lah mana yang boleh. Hari last kot, semua nampak tak berselera sangat haha.

lawanya la haii..entah bila berjumpa lagi
breakfast area
kami tak duduk luar, sejuk dan silau 
Jiran-jiran hotel
kesekian kalinya.
Breakfast terakhir di Kathmandu

Dah siap makan, kami pun bergerak pulang ke Kathmandu. Masih disajikan view yang sangat breathtaking, warga nepal sedang mencari rezeki dll. Dah abis layan view ramai-ramai tido kat belakang.

Gambar paling senonoh nak upload

Hantar Ika kat airport, kiss hug sikit, dan kami meneruskan perjalanan ke hotel. Odea sediakan beberapa bilik, kami perempuan satu bilik dan couple satu bilik kot untuk simpan barang-barang dan fresh up before ke airport petang nanti. Sampai je hotel, semua jemaah hilang pergi ukur Thamel buat kali terakhir.
Kali ni kami berlima pergi settlekan urusan poskkad, last minute shopping, tabur baki-baki rupee. banyak jugak baki rupee, ntahape2 la aku beli. Contoh, masuk kedai outdoor nak beli microfibre towel, brader tu pujuk-pujuk sikit, dem...terbeli softshell jacket. keluar kedai  mula la menyesali tindakan diri. 
Last sekali shopping barangan Himalaya. Topup mana yang patut dan beli untuk souvenir kawan-kawan. Kerlass bagi souvenir barangan Himalaya.

Casmere dan yak wool shawl yang dijual merata-rata
banyak sangat kedai buku kat Kathmandu ni. Boleh beli setem dan pos poskad jugak
hasil tuaian, daypack sonam tu aku sukaa..

Yang sempat dirembat :
1) Daypack Sonam (beli semalam) -Rs 4000++, untuk daytrip memang boleh sesangat
2) Softshell jacket Gore Tex katanya.windproof bagai (aku nak pakai p manaaaa?)- Rs 5000 kot
3) Microfibre towel - Rs 800 sehelai. Aku beli 3. Bagi kat nina 1
4) Fridge Magnet -Rs 80/pcs
5) Nepali Tea -Rs 150/pack buat souvenir sebab packaging lawa
6) Barangan Himalaya. Syampoo Dj yang kirim
7. Kit Kat Latte. Sebab takde kat Malaysia. Beli kat Najah, budak tu taknak benda-benda, suka makanan je.

Lepas shopping dan lapar, kami pergi lunch kat Syafqat Restaurant, malas nak menapak pergi Al-Madina. Syafqat ni high end sikitlah, atas butik Sherpa. Tapi harga masih ok, lebih kurang harga kat Old Town. Nasi beriyani, aku lagi suka yang Al Madina, tapi Tandoori chicken dia memang sedap. AKu tumpang makan yang diorang punya hehe.

half mutton beriyani. Sedap jugak. Order lemon ginger sebab masa ni dah selsema.
order momo dan Asiah belanja Veggie Kofta.

Sambung jalan sikit-sikit lagi, dan balik hotel, sempat la mengopi kat La Baguette lagi. Kasi clear itu rupee. Memang clear abis, siap beli banana slice ngan carrot cake makan kat bilik dengan diorang.


rupee terakhir.
travel partner abadi.

Naik atas, rileks-rileks jap, siap usha hasil tuaian diorang yang lain-lain jugak. Pukul 5 lebih macam tu kami naik kat rooftop hotel untuk layan sunset. Semalam tengahari, penampakan  himalaya dari rooftop ni ddiorang kata, kami naik awal sikit sebab nak mencuba nasib.

Tak nampak, cuaca berkabus sikit

Rooftop hotel
Kathmandu in panorama
satu lagi

From Kathmandu with love. 
Sunset terakhir di Kathmandu yang menetes..

Until we meet again..

Turun semula kat bilik dan bersiap-siap. Sempat diorang solat Maghrib dulu. Traffic agak heavy petang-petang camni, almost sejam jugak la nak sampai airport. Kami semua satu flight, pukul 9.25 p.m KTM -KL, Malindo Air. Seat pun dekat-dekat je. Sebelum balik, Devi bagi souvenir Nepali tea sorang satu. Dah la hospitality memang bagus, ada souvenir la pulak. Thanks Devi!!

Gambar last sebelum balik, tengok beg beranak pinak semua.

Alhmdulillah, flight takde delay bagai, cuma airport dia kecik, nak cari seat nak duduk pun, Ya Ampun la hai..Untuk ke flight, kita kena naik shuttle bus, yang bagusnya kat Nepal ni, masa nak naik bas tu "Ladies First" hahaha..best gile, first time ni tau. Kami yang wanita yang berapa kerat ni pergi ke bas dengan wajah bangga.
Naik je flight, lepas makan terus membuta sampai KL

Macam biasalah, sampai KL, bersalam-salaman dan menuju ke destinasi masing-masing. Satu lagi trip telah selesai dan satu lagi kenangan indah yang kekal selamanya dalam ingatan, InsyaAllah.

Special Thanks to Udey Ismail & Kiwionearth, Devi & Odea service. 
last but not least, thanks semua jemaah trip yang sangat best. Siapa sangka, kami semua asalnya strangers to each other sekarang dah boleh bergurau senda dalam social media. ada rezeki, InsyaAllah berjumpa lagi.



Till Then

dzuli



3 comments:

  1. lawanya nagarkot... rindu lak nak makan momo goreng tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. lawaaa... momo goreng boleh cari kat putramall, atas sekali kat selera street tu ada kedai momo

      Delete
  2. bestnyaa.. berapa total kos semua tu? :D one day inshaAllah nak jugak pegi

    ReplyDelete