Tuesday, April 18, 2017

Short trip- Sekinchan Padibox


Assalamualaikum

short entry pasal trip kami ke Sungai Besar masa cuti new year haritu.
Lepas trip Bangkok, kami berempat dah takde travel lagi, bebudak ni stress, tapi memandangkan cuti dan duit aku yang limited, aku cadangkan buat weekend ke pergi Kuala Selangor. Mun masih kerja hari sabtu before trip, so kami gerak Ahad pagi.
Dah la minggu Krismas tu aku dah datang sini, so kali ni kami hanya entertain budak dua orang tulah, kesian diorang stress.

Sampai kuala selangor, tak tau nak buat ape, kami pergi melawat Paddy Gallery. Biasa-biasa je, dapat tengok proses penanaman padi dan jara beras dikilangkan. Entrance fee RM 5 dan dapat beras sepeket kecik. Musim padi dah habis, so view biasa-biasa je lah

kecik je gallery ni
tempat pembungkusan beras
bilik tayangan video penanaman padi


Pergi check in kejap, letak bag dan keluar lunch. Lunch kat restoran biasa je area pekan Sekinchan tu. kami pergi kampung Parit 9 nak ambik gambar. Panas meletit, tapi lepas tu hujan lebat.

tengahari buta dok bergambar tengah sawah
masuk area rumah orang
gigih menapak nak ambik gambar pokok





singgah makan cendol jap

Kami drive sampai area Homestay Haji Dorani. Susah nak parking, mana yang dapat je lah gambarnya.

baru lepas hujan
sawah kat sini lebih cantik. 

Drive 30km ke tanjung karang nak makan seafood kat Seaview Restoran. Boleh pulak cash ada around RM 250 je, ATM tak jumpe, tak jadi nak order ketam haha. Order Ikan, butterprawn, sotong goreng tepung je kot. Tu pun dah RM 100++. Makanan ok jelah, sedap lagi Aroma la pada aku.

View dari restoran ni memang lawa.

Balik hotel, kami book room for 4 harga RM 190/night. Bilik sempit gile, nak solat pun kena gilir-gilir. Yang lelain ok jelah, padanlah dengan harga kan



lepak minum jap kat cafe dia
oder latte RM 7.50 kot, latte dari Dolce Gusto je
tu common area, ada indoor game bagai.
sunrise.
sebelum carik breakfast


Sebab awal lagi, kami pergi pantai Redang haritu. Kali ni singgah jetty ikan.



gigih beli kipas tu buat prop


jumpe kedai biskut timbang murah

borong la..apa lagi,  buat kudapan 

Balik hotel untuk check out, hujan selebat-lebat alam. Lencun gile, tapi masih gigih pergi kedai nasi buluh. Ok jugak la makan kat sini, nasi sedap tapi lauk pauk sejuk sikit. Gulai kawah dia power jugak




Dah kenyang, kami pun balik lah. Esok nak kerja, tak leh lagho sangat.

Settlelah trip ringkas. Saja nak catching up dengan gigirls semua untuk bergosipan.



dzuli

2 comments:

  1. catchy gila nama dia "Padi Box" hehehe

    btw cantik pemandangan. nanti kalau pegi sana boleh masuk dalam list lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...ala2 hipster. kalau nak pergi check musim. time padi hijau lagi lawa..

      Delete