Wednesday, May 17, 2017

#Divanatakessabah - Part Finale (Desa Dairy Farm, Sunset Tanjung Aru)


Assalamualaikum

sambung balik untuk part last Sabah trip last year.
Pagi tu kami semua bangun awal untuk layan sunrise. Walaupun sunrise agak sendu pagi tu, tapi view sangatlah breathtaking. Sunrise kat KK ni haruslah awal dari semenanjung.
kami jalan sikit ke bahagian main building

mungkin breakfast/BBQ area


view memang sangatlah lawa


This is Kundasang

Kami siap-siap dan terus gerak ke tempat yang tak asing lagi jika ke Kundasang, Desa Dairy Farm. Kalau time cuti-cuti ni better la datang awal pagi. Ramai gila orang, dah rupa nak naik cameron highland.

tengok kereta beratur kat depan, Hai Kinabalu
parking kena la jauh sikit since orang ramai.
lembu-lembu
manakan jemu dengan view Kinabalu
selfie sikit
rezeki kami, cuaca cantik. Nampak jelas Kinabalu
zoom sikit, kesan-kesan runtuhan akibat earthquake jelas kelihatan.

Sebab tak sempat breakfast tadi, kami pergi dekat cafe dia. Ramai gile orang. Menu pun tak banyak, light snack je yang ada. separuh beratur beli makanan, separuh lagi pergi beli susu. Kitaorang beli je apa yang ada, sosej dengan waffle.

sapa ntah minum fresh milk. DJ kot
kopi ni memang sedap gile
jalan- jalan sikit lagi.

Lepas jalan-jalan sikit, kami terus gerak balik KK. Sempat singgah Jambatan Tamparuli dulu. Saja je nak tengok.






Singgah lunch dekat Gayang Seafood restaurant jap

sedap jugak la, tapi best lagi Thien Thien semalam

Kami singgah solat kat Masjid Likas. Takde gambar pulak. Lepas solat, pergi Pasar Filipina nak beli kudapan dan souvenir sikit. Souvenir tu ikan bilis je haha..

Kuih cincin, amplang dan Angry bird. Borong semuaaa

Last sekali sebelum semua jemaah berangkat pulang, kami ke pantai Tanjung Aru. Antara sunset spot tercantik di KK.

Layan ABC dulu sebelum sunset menjelma
Lawa gile sunset sini, tapi orang agak ramai.
menetes much?

ewah2, beromantik kau kat situ kan
ok lah, last before balik
love tak jadi dan.........

Bie terus hantar kami ke airport sebab flight Dj pukul 8.00 pm, flight azra pukul 9.00 rasanya, flight aku pukul 11.00 dan flight Mrs pukul 12.00. Ni la penyakit kalau trip beli tiket asing-asing hahah.
Yang mereput gile memang aku ngan Mrs.
Sampai KLIA dah pukul 1.00 a.m, tak sempat last ERL, maka aku mereput lagi sampai pukul 5.00 pagi. Malas la nak suruh najah ambik, sebab diorang pun baru sampai dari kampung. Nak melepak ngan Mrs pun tak boleh sebab dia kat KLIA2.

Tamatlah trip #divanatakessabah. Terima kasih semua


Till Then

dzuli