Wednesday, May 24, 2017

Langkawi 2016 - The Cabin Langkawi & Yellow Cafe


Assalamualaikum

Baru teringat, tahun lepas ada satu short trip ke Langkawi yang belum buat entri. Kiranya ni kali kedua lah pergi dengan Ean lepas trip Langkawi 2013 dulu. Kali ni kami bertiga termasuk Zu, Mun tak dapat pergi sebab busy.

Kami dapat tiket promo MAS, return RM 129 sahaja. Awal-awal lagi dah book kereta sewa dan tempat penginapan. Kali ni kami sewa Axia dengan harga RM 60 per day kot.
Sampai je airport, brader kereta sewa dah siap menunggu. Ambik kereta dan terus pergi makan. Hujan lebat la pulak pagi tu. Plan kami nak pergi makan kat Seashell Restaurant dalam Laman Padi. Aku baca satu artikel, katanya ni restoran yang perlu dicuba kalau ke Langkawi.
Ingatkan nak jalan-jalan dulu la kat Laman Padi, tapi hujan lebat sangat so kami terus makan jelah.

Kami order satu set apa tah untuk 3 orang. Ada ayam kampung, sup, ulam-ulaman dan nasi. nasik ni macam nasik berperisa la, sedap jugak. Tapi yang lain-lain tu so-so saja. Ayam tak berapa crispy dan sup tu macam sup kosong je. Harga tak berapa murah la sebab restoran.


Tapi view dari restoran memang lawa
Hujan
suasana dalam restaurant. Kalau tak hujan boleh makan dalam pondok tengah sawah.

Nak check in hotel pun masih awal, kami pergi shopping dulu kat HIG haha. Mampu tak baru jejak kaki dah pergi shopping. Tapi rupanya time solat jumaat semua kedai tutup dan Idaman Suri pulak memang tutup pada hari jumaat. Melengung jugak le dekat sejam sementara tunggu HIG bukak. Diorang ni nak beli luggage dan aku nak beli coklat kiriman. Kami semua ni memang bukan kaki shopping, rasanya kejap je kami kat sini, lepas beli barang yang dihajati kami gerak ke tempat penginapan.

Mula-mula hajat nak cari rojak azmi, waze bawak kitaorang ntah mana-mana sampai ke area Vivanta Resort. Jumpe jetty nelayan ni, kita bergambo dulu. Rojak azmi menang tak jumpa sebab memang bukan kat area sini. Tak guna punya waze

 




Kali ni kami memilih untuk stay dekat The Kabin, last visit haritu memang dok aim tempat ni sebab nampak hip dan lokasi yang betul-betul area Chenang. Kalau tak silap RM 160 per cabin dan ada charge untuk additional tilam. Tempat ni takde dalam agoda or booking.com so memang kena contact diorang thru website diorang. Takde pulak gambar dalam bilik. Interior dia biasa-biasa je, macam dalam kabin sempit sikit tambah pulak bila ada additional mattress tu. Tapi ok jela since kami pun bukan jenis melepak dalam bilik sangat.

sorry gambar senget
woops senget lagi gambar
tu website diorang, tapi tadi aku nak share katanya under maintenance
ada love lock juga.
suasana malam. Lawa jugak.
Aku rasa ok je The Cabin Langkawi ni, memang tidakla bertaraf mewah. Breakfast pun tak include. Yang best memang location dan surrounding dia. Kalau kita yang bujang-bujang ni ok kot, kalau berfamily maybe pergi cari hotel lain kot.

Last trip, kami tak sempat nak layan sunset Chenang, kali ni pastikan jadi. Lokasi petang ni ialah Yellow Cafe. Boleh bersantai sambil menikmati keindahan sunset. Jalan kaki je dari hotel, dekat sangat.

ruangan dalam cafe

kami lepak area beanbag. Nak lepak sini kena datang awal sikit lah
kan dah ramai
order drinks dan makanan ringan




wefie
lawa jugak Chenang ni..




sunset sedikit sendu sebab hujan
 



Aku suka Yellow Cafe ni, memang best la nak melepak sambil menikmati keindahan Chenang. Harga pricey sikitlah dari gerai biasa, tapi masih ok. Adik aku cakap food dia sedap, tapi tadi macam kenyang lagi je nak dinner.

Dah puas melepak, kami balik hotel untuk solat dan keluar cari dinner. Kami just dinner kat kedai-kedai biasa area Chenang je. Sepanjang hari merayap kan. Malam tu pun rasanya kami just lepak borak-borak kat bilik.
Sebenarnya aku masih suka Langkawi, maybe sesak sedikit kat area tertentu tapi tempat ni masih mampu membuatkan aku repeat sebab vibe langkawi tu sendiri.

habis day 1

till then


dzuli

No comments:

Post a Comment