Tuesday, May 23, 2017

SCKLM 2017 - #FinishStrong




Assalamualaikum

Saja jelah nak buat entry pasal ni since entry travel dah habis dan takde apa-apa trip lagi yang terdekat  #mereput.
Aku ni bukanlah runner pun, suka-suka jelah masuk running events untuk tujuan bersosial dan mengelakkan arteri tersumbat. Sejak mereput takde trip, ni jelah hobby yang mengelakkan aku mereput jadi baja kat rumah tu.

Standard Chartered KL Marathon ni salah satu running events terbesar di Malaysia, lepas berkawan-kawan dengan runner, aku rasa macam nak join je event ni. Nak tengok sendiri kemeriahan acara terbesar ni. Kebetulan ada slot 5km untuk noobies dan "walker" macam aku ni hahaha. Kami hanya bayar RM 43 sebab ada rebate 6% (SC card holder). Bawah RM 50 aku rasa ok je lagi.
Aku registerkan untuk Ean, Zu dan Mun untuk kategori 5km, diorg setuju nak join. Dj and rerakan opis dia pun join dan Abam Fit Abdullah pun join. Diorang fit belaka, so diorang ambik 10km leisure.
Rasanya registration start around Dec tahun lepas  dan Januari 2017. Cepat gila slot habis. Padahal kategori belambak-lambak. FH,HM, 10 km speed, 10km leisure, 10km cruise, corporate challenge, ministries challenge, run for a reason dan ada jugak Honda Marathon & 2Xu marathon.
Participants dianggarkan 35,000 umat dari dalam dan luar negara.

Ambik race kit pulak kat KLconvention centre sana, waduh-waduh..nasib baik opis aku dekat KL, uber saja. Memang hall 6 tu khas untuk ambik race kit dan ada booth2 partner & sponsors. Ciwi tau, sebelum ni ambik race kit dekat library Uniten ataupun Dj ambikkan. Ada lane-lane khas mengikut kategori. Elakkan bertentang mata dengan yang beratur dekat FM or HM lane. Ambik race kit, keluar cepat-cepat. Kebetulan hari yang sama Dj kena outstation ke Taiping, Ab pun datang nak ambik race kit jugak. kami janji jumpe kat KLCC, sempat la lunch dulu dengan 2 orang kesekian tu.
Gambar race kit takde, tapi biasa-biasa je, ada singlet, bateri double A, Salonpas , voucher sikit. Tu je.

Hari kejadian, flag off kami 8.45 pagi, so around 7.45 kami dah berjumpa kat Sogo. Diorang sarung je running singlet kat situ. Semua naik public transport sebab majority jalan KL tutup dan susah nak parking. Sempat la bergosipan riang sementara tunggu FO. Maklumla, lama jugak tak jumpe face to face.

wajah pagi yang masih floless..jumpe Deqja, jemaah trip holifest Nepal haritu
tudiaa... ramai beno umat. Kalau from bib number, lebih kurang 4000 participants utk fun run. Tak tau la kalau lebih
setelah berhujan dan mintak nyawa..sampai jua ke finish line





Finish tak berapa strong.. almost 1 hour, macam biasa je, berkura-kuraan


Team Nike Run Club.
bergambar dengan "runners" dan Abam Fitness first
Girls only..
larinya tak seberapa, gambo je berpesen-pesen
 

Route hari kejadian. Km 2-3 ialah hazab namati. Cmne la orang 42km tu huhu


Dah bergambar-gambar dan sedikit sessi jejak kasih, maklumla masa ni la nak jumpe kawan-kawan lama bagai, kami menapak ke LRT berdekatan dan pergi brunch kat Nu Sentral. Lapar gile, maklomla dapat mineral water, isotonik ngan pisang je. Calorie burned 400Kcal, topap balik 12000 kcal hahahaha.

lepas semua orang balik, aku ngan Ean sambung ngeteh untuk isu-isu hati, perasaan dan kerjaya. ewah

Overall, aku rasa ok je join event camni. Kira 1st experience join yang serius sikit, maklomla sebelum ni join farmville la, engineers run ala holifest la yang memang totally for fun. Mungkinkah kembali ke SCKLM 2018 bertambah KM dan finish strong? teeettt




dzuli

No comments:

Post a Comment