Wednesday, June 28, 2017

Aidilfiri 1438H/2017

Assalamualaikum

Ketika warga Malaysia masih sibuk beraya di kampung halaman,aku menjadi #teamkerjarayakeempat. Maklumlah start cuti raya awal, kena la balik awal. Walaupun memang tak jadi kerja punya lah, office macam ghostown, KL pun ala-ala Kuala Lipis je, jalan tak jem langsung muahaha. Heaven.

Aidilfitri kami sekeluarga sangtalah sederhana, memang serius aku cakap aku balik kampung demi family nukleus aku je. Sedara mara pun aku melawat yang rapat je. Kawan-kawan pun takde kat kampung. Sobs. Sebab tulah agaknya aku rela balik cuti awal hehe.

dimulakan dengan sessi bergambar untuk kad raya Cawangan. Kerlas tau zaman sekarang. Dulu-dulu takde pulak cawangan aku buat cmni

Ketupat dibalut oleh Pak Leman, anak-anak pompuan semua tangan keras
Pagi Aidilfiri, anak sedara masih blur pagi-pagi dah bersiap-siap
Balik masjid pun masih terpinga-pinga
Team Kelabu. Kebetulan semua ada baju kelabu. Kami memang takde tema-tema ni.

Perihal gambar raya family. Sabar jelah, aku tak bawak balik tripod, Nina tak bawak balik Gopro, last last guna front camera je. Memang low quality la, geram aku tengok gambar raya orang lain lawa-lawa. Ajak bergambar kat luar puan diorang taknak, panas la apa la...eii..sabar jelah dapat family camera shy belaka ni.

Belanja satu lagi, eii...ada botol air Adam pulak


Mak aku suruh ambik, nak hatar kat kawan-kawan katanya. layan jelah
Musim padi menghijau. Meronta-ronta jiwa aku, tapi sorang pun taknak layan bila ajak bergamba kat sawah. Panas katanya

layan dari tingkap kereta dengan linangan air mata
ni jelah satu-satunya gambar ootd. Ye la kau pun beraya sehari je muahaha.


lastbut not least. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf zahir dan batin.


dzuli

11 comments:

  1. Kak dzuli selamat hari rayeeee~~
    -asiah
    - raya 3 da keje. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya jugak...ala kampung dengan opis ko dekat je. takpe hahaha

      Delete
  2. Selamat Hari Raya

    cantiknya view tu. bergambar tengah panas memang cantik, sebab natural lighting kan. tapi panas menyengih tu yang tak tahan. heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya jugak..aah memang panas meletit hari raya 1st tu.

      Delete
  3. Selamat hari raya & maaf zahir batin dzuli

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya jugak. Maaf zahir batin

      Delete
  4. salam aidilfitri.. maaf zahir batin..
    have a blast syawal =)

    ps : nak duit raaaayaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya, meh datang beraya ngan I kat bangi hehehe

      Delete
    2. okay kalo daaaatang braya nak duit raya tau.. hahahahaha..

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. saya nak je amik gmbo kat sawah tu dgn baju rayaaa... tapi apakan daya kampong takde sawah...

    Selamat hari raya Dzuli :-)

    ReplyDelete