Friday, June 16, 2017

Ramdhan 1438H - Edisi #DoneIftar




Assalamualaikum

Salam Ramadhan, belum terlambat lagilah kot nak ucapkan selamat berpuasa.

sekejap je kita dah masuk ke fasa 10 malam terakhir Ramadhan. Ekspres betul masa berlalu rasanya. Tak sabar nak balik kampung next week, turn untuk berbuka puasa dengan parents tersayang pulak. Tahun ni, macam tahun-tahun lepas aku memang sengaja ambik cuti awal sikit supaya sempat berbuka dengan family kat rumah 2-3 hari. Bagi aku, puasa dirumah lebih penting dari berhari raya dirumah hahaha. Boleh gitu? Maklumla, dah tua-tua ni raya tu dah macam biasa je.

ok, terus ke edisi #doneifthar untuk tahun ini
Tahun ni aku dah duduk dengan adik aku, Najah merupakan anak pak Leman yang paling pandai memasak. Yang lelain hauk je bab masak-masak lauk pauk ni. Keuntungan kat aku lah kan. Weekend je memang kitaorang buat projek masak-masak. Bazar membazar ni weekdays je.

puasa pertama : sempat buat popia tu, donat beli yang frozen zaman sebelum posa.
posa kedua, cucur udang ngan sup daging. Awal posa beli daging 500gm. hah, makan la sampai abis
tah la posa keberapa. Nasik tomato ngan ayam kicap pedas. Masih popia tapi inti lain.
menu sebelum dapur ditutup, nasik lemak. Masihhhh popia. taknak bazir kulit popia
ni standard tapau kat kafe, Balik masak nasik je.
ni level aku masak sendiri bila Najah berbuka kat luar, Nasi goreng campak2 dengan karipap frozen.

Ada jugak masa-masa bersosial dan berbuka dengan kawan-kawan tersayang. Kami berdua pun ada jugak berbuka kat luar, cuma jarang sikit lah sebab renyah dan keberangkalian untuk ponteng terawih lebih tinggi hahahaha

Najah belanja kat Milk Moustche Cafe. Layan je, makan free
ada jugak yang mengajak moreh 20km jauh dari rumah. Entry check blog Dj
mengumumkan port feveret bulan Ramadhan. Trust Issue cafe, sesuai la nama dengan perangai masing-masing

Churros sedap memikat
moreh dekat Shell pun boleh. Geng kumari nag mencoba Costa.
berbuka dengan BFFdilupa jangan. Ni kat Sepiring, Putramall

Iftor perdana #kesekian dekat bora ombak. Entry boleh check blog DJ
bayar RM 60 makan ini je? Oh tidakk..ni baru 1st round
iftar paling mewah tahun ini. Kesekian ni memang selalu all out.

moreh kat McD. Dapat kuih bulan la, florentine la, kek Tupperware la
Dah moreh, korang bersahur terus.. Astagaaa..patutlah.....

Dah, tak larat dah nak tempek gambo makanan, mana yang aku jumpa je. Semalam sempat jugak la jumpe sorang lagi BFF budak oren. Jauh-jauh datang dari Kluang nak jumpa I. Sebelum tu sempat jugak berbuka dengan best fren zaman politek, tapi kami ni jenis kuat borak je, nak selfie-selfie memang susah sikit.

Btw, thanks kepada semua yang sudi meluangkan masa Iftar bersama. Bagi aku, Iftar dengan Family dan kekawan baik ni memang pemeriah Ramadhan dan menjadikan bulan mulia ni lebih bermakna. Gituu.

Petang ni nak balik subang pulak untuk berbuka dengan satu-satunya abang aku tu, sepanjang Ramadhan busy bebenor dia kesana-kesini. Puan Zuraidah pun dah menurunkan wahyu "pergi berbuka rumah abang" Baiklaaaaahhhhh

Selamat menjalankan ibadah puasa dan Selamat Hari Raya, InsyaAllah



dzuli

4 comments:

  1. aritu jumpe costa coffee tu kat shell, tapi x reti nak beli.. cam complicated je.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..senang je...follow instruction, takpun mintak budak shell tu buat

      Delete
  2. Iftar paling mewah tu di kedai mana ya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh..yang tu dekat Bora Ombak, Putrajaya

      Delete