Friday, June 30, 2017

Raya with #kesekian - Merchant's Lane


Assalamualaikum
6 Syawal, masih mereput kat opis. Sebab mereput meh nak buat entry JJCM sikit. Aku memang tak rajin nak buat entry pasal cafe/restaurant unless tempat tu memang aku betul-betul suka.

Bermula dengan Cik Dj ada hal dekat KL dan dia la suggest untuk kami menghabiskan masa dan kekayaan dekat cafe ni. Memandangkan masih mood raya, memang kebanyakkan cafe masih belum beroperasi. ML ni je yang aku yakin bukak. Check i.g diorang, memang dah bukak start 28hb.

Aku uber je dari office, around 2km je dari office aku. Lokasi dia memang betul-betul dekat Petaling street sebelum gate besar tu. Almost 10 tahun jugak tak jejak kaki kat sini. Kecuakkan tu ada jugak since Uber aku drop jauh sikit dari cafe. Nak cari cafe ni pun tak senang jugak, kecik dan tersorok. Paling senang cari Kolej Pengajian Tinggi ATC. Sebelah tulah, kena dongak atas sikit untuk nampak signboard. Naik tangga dan terkesima tengok cafe ni. Memang awesome. Classic, rustic semua cukup. Tapi aku tak snap gambar banyak pun. Seat pun hampir penuh, kami duduk je mana boleh.

Menu yang masuk artikel Buzzfeed food sebab katanya "terlalu hipster sampai letak menu dalam frame"
Aku order "kai fan". nasi dengan ayam rempah. Sedap. Drinks aku pandan lemongrass cooler biasa-biasa je.
kebetulan takde orang, apa lagiii
Photo by Yu Tsai untuk hari itu- Abdullah

Dj dengan Ab makan dessert je sebab diorang baru balik beraya. Nama dessert dia "Better than Sex" uuuu.... Actually roti jala, ada cheese, almond flakes, gula melaka syrup, strawberry dan aiskrim. Memang sedap. sesuai la dengan nama menu. eh. Gambar takde. Tunggu la entry Dj mungkin publish menjelang raya Haji nanti.

Dah habis makan, tengok kat belah belakang dah takde orang. Apa lagi, memasing naik syeh la bergambar. Ada yang fefeeling Yu Tsai, ada yang fefeeling Shikin Gomez.

 

Gunting Rumbut Welcome. Ni poster zaman P. Ramlee agaknya
Ada akar-akar pokok pulak
Iolls la feeling shikin gomez walaupun body jauh panggang dari api dengan Shikin. Photo by Ab
Photo by Dj.
dah..dah..geletis benor post gambar sendiri banyak-banyak dalam blog. Photo by Dj

Sesiapa yang ada berdekatan, boleh terjah. Parking mahal, sejam RM 3.50 subsequent hour RM 2.50. Cekik darah sungguh. Nasib baik aku Uber RM 0.45 je sebab ada dapat free ride. Balik dari sini aku paksa diorang hantar aku kat opis hahaha. Thanks gaiss.. Tapi sempat jugak la bebudak ni solat ngan tukar baju sebelum diorang p membakar lemak berjogging di Lake Garden. Aku pulak sambung ternak lemak dan beraya dengan member kat McD Bangi. #Inikanraya.




dzuli

1 comment: