Monday, July 10, 2017

Cafe Raya 2017- Jibby&Co, Aboong Cafe




Assalamualaikum

anda single?
malas masak?
tak reti masak?
rumah serba kekurangan?

Cafe raya ialah penyelesaiannya. Bagi kami yang bujang-bujangan tapi sebok nak menjadikan hari raya lebih meriah. Bukan taknak ajak kekawan datang datang rumah, tapi faham-faham la rumah bujang nih. pinggan mangkuk semua tak proper, belum sesuai nak ajak tetamu datang rumah. Nantilah, InsyaAllah kalau panjang umur tahun depan "berumah tangga" kita ajaklah kekawan datang rumah beraya.

Start tahun lepas kitaorang buat agenda ni. pakai baju raya, pilih cafe yang proper sikit dan sesuai dengan outfit dan menyembang sakan.
Untuk harini kami Geng Siem Reap memilih kafe mewah Jibby & Co. dekat Empire Shopping Gallery, Subang Jaya

Kami datang separately sebab sorang kerja sabtu, sorang tengah pampering herself sempena birthday dan seorang lagi busy berdatingan melepaskan rindu.

Orang tak ramai sangat, Ean sampai dulu dan terus order. Aku sampai pun terus order, 20 minit kemudian Farhana sampai dan last sekali baru Kak Yang sampai, tu pun orang tu dah sebok nak clearkan meja.

Menu-menu kami untuk hari tu :

Chicken Maryland. Didatangkan dengan nasi goreng. Serius sedap. Ice americano biasa-biasa aja
Farhana order Carbonara. Sedap gile. Ada parmesan chips dan mushroom. Ayam pun banyak.   

Ean order seafood aglio olio dan Coco Longo. Air tu sedap. Pasta biasa-biasa je. Tapi seafood dia banyak
selection cake pun banyak, tapi kami tak order
takleh dok atas sebab meja untuk 2 je
Deco memang awesome. Aku suka

Tapi, yang tak best memang waiter kat sini tak berapa nak friendly. Kejap-kejap usha meja kita angkat pinggan, air tengah dok minum pun dia usha-usha jugak. Patutlah aku ada baca beberapa review pasal perangai waiter kat sini. Nak kata orang ramai, tak jugak. Kita jadi rengsa nak menyembang lama-lama. Settle semua makan, cabutlah, p cari kafe lain.

Tiles lawa
Kak Lopak ni, kecoh je. Btw, kami ada photographer harini. Che ta sangat
sekeping OOTD. Perlu ke # jenama pakaian? tak perlu. Jangan poyo
childhood friend, ex housemate menjadi travelmate dan BFF
satu lagi sebab masing-masing rasa chantek hahahaha
malu sebenarnya nak bergambar sakan. Tapi abaikan je. Kami bayar RM 200 kot. eh
Rajin tunang farhana ni layan kami. Akak approve (Tibajah)

masuk dalam empire dan solat kejap. Recce satu artikel dari HHWT tentang dessert cafe. Kami bersepakat memiling ABOONG yang mensajikan street food terkenal korea iaitu Bungeoppang or fish-shaped waffle. Dekat je ngan Empire, guna Grab cuma RM 3 sahaja. Dekat Aboong ni ko menyembang la sampai malam pun, takde sapa nak usha. Tunang farhana pun friendly orangnya, bolehla buat menyembang. Tak sangka ko nak kawin dah nok..

kami order platter yang berharga RM 28++. Farhana dan En. tunang order mango apatah dengan froyo

kak Lopak buatkan Cheesekut untuk kami. Thanks kak Lopak.
okeh, photo time.(Amaran: sedikit kegedikan)






last but not least.

Thanks girls atas effort dan masa yang diluangkan harap friendship berkekalan sehingga tua bangka dan kerepot . Gigih berbaju raya di tengah kota kan. InsyaAllah tahun depan kita serbu rumah orang yang dah kawin.



dzuli