Wednesday, August 23, 2017

cafe hopping 2.0- Merchants Lane, VCR, LOKL

Assalamualaikum

kembali lagi ke edisi menternak lemak. Saja nak share cafe-cafe menarik yang boleh dicuba di Kuala Lumpur.

Ada satu jumaat tu, aku kembali lagi ke Merchants Lane, saja nak melepak sebab lunch break lama.


try latte kali ni, sedap woh.
menu yang sama je macam haritu


Hari sabtu pulak, kami cadang nak pergi melawat baby Faezah.Alang-alang sampai ke K.L, ayuhla mencoba beberapa Cafe yang femes.

1. VCR, Bukit Bintang
Lawa cafe ni, walaupun alamat dia Bukit Bintang, bukanlah di golden triangle tu, jauh sikit area Time Square tu. Terletak di kawasan perumahan. walaupun cantik, orang ramai sangat, seat limited dan segan nak berposing sakan. Aku just try coffee dan cinnamon roll je sebab pagi tu kami dah breakfast kat rumah.


Latte, Iced Choc dan cinnamon roll. Semua ok.


Nah, lanje gambar OOTD.

Lepas melepak, terus kami Uber ke rumah Faezah. Kebetulan minggu tu Uber ada weekend promo RM 7 untuk every ride. Bahagiaaa...thanks Uber Malaysia.
Berjodoh juga berjumpa dengan baby Aniq Azeez ni. Terharu rasanya apabila faezah abadikan nama arwah ayah dia kat baby ni. Aku, Faezah ngan Ean ni memang kawan dari zaman kecik-kecik. Parents kami jiran, colleagues  dan kawan baik. kami bertiga pun menyambung legasi itu hehehe.

Aneeq, 6 monts. Gebus gebas budak ni

Lama jugak la kami menyembang, lama sangat tak jumpe Faezah ni, maklomlah dia kan bekeluarga,bukan boleh nak berpeleseran selalu-selalu macam single dulu.
Faezah ni siap masak nasi daging untuk kitaorang. walaupun simple, tapi sedap, semua pakat menambah.


Berkawan dari zaman a kurus kering sampai la macam sekarang huhu.. (2 orang lagi maintain dulu kini selamanya)

Dah kenyang, kami gerak balik dulu. Sebelum balik, kami nak teatime dulu. Pilihan kedua untuk hari ini ialah LOKL Coffee & Co.
Malangnya masa kami sampai kitchen dah tutup, tapi diorang masih ambik order. Kedai ni tutup pukul 5 rupanya. Cis



Kami hanya boleh order yang dalam display dan drinks je. Aku memilih creme brulee dan iced latte dan Ean memilih rainbow crepe dengan jus orange, pineapple,mango. Budak-budak kedai asyik dok mengemas, nak bergambar-gambar pun tak selesa huhu.

Dessert dan coffee memang terbaik. Creme brulee sedap, kek tu pun sedap.
hari mengada, asyik nak bergambo je
satu lagi

Lepas makan, kami jalan kaki je ke LRT Masjid jamek dan terus ke KL sentral semula. Sampai KL sentral sempat lagi la menjongket sekejap kat Nu Sentral tu. Ada orang nak cari baju la, lipstick la.
Around pukul 6, aku gerak balik ke Kajang. Motip lagi satu ialah nak try MRT. Bangga jugak la aku dengan MRT ni, setaraf MRT Singapore dan korea la kiranya. Interval time 10 minit, stesen lawa dan selesa, train pun best. Good Job

Stesen Muzium Negara, link dengan KL sentral. Sangat convenience.

Aku smpai rumah around pukul 7.45 macam tu. Sampai je rumah, boleh pulak tetiba Najah ajak p makan ikan singgang kat Kampung Baru. Sebab dia nak drive, aku ok je lah. Around 8.30 p.m kami gerak.
Kami memilih Nur Ain ikan Singgang. Ada banyak je kedai, tapi yang ni nampak ramai. Memang sedaplah, aku tak sangka sesimple ikan singgang boleh jadi signature menu kat sini. Kami order singgang ikan, daging, ikan rebus goreng 2 ekor, ulam dan budu. Semua ni harga RM 40. Najah cakap singgang ni memang pair dia budu. Aku x berani pun nak try.

ikan selayang rebus goreng tu memang sedap. Singgang pun sedap

Dah, habis la sessi melantak dihujung minggu. Malas la nak kira berapa ribu kalori masuk perut. Mak pasrah jelah



dzuli

9 comments:

  1. wah syoknya seharian jalan jalan cari makan hehe.

    btw MRT tu memang best and harapnya bukan mula mula je cantik lah -,- tapi i takut benau dengan escalator dia sebab laju sangat. adoi

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..escalator laju sikit hehehe.
      InsyaAllah bertahan lama, rakyat Malaysia dah ada kesedaran sivik hehehe

      Delete
  2. Waahhhh... mahal jadi menu ikan singgang di KL

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tu lah nye, nasib baik la sedap..

      Delete
  3. ada kerja kt kwsn Petaling Street, ingat nk singgah LOKL..hujan lak..
    gulai singgang all time favourite..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, lain kali boleh naik LRT je, turun masjid jamek

      Delete
  4. Telan air liur berkali-kali sebab byk gambar makanan sedap

    ReplyDelete
  5. wah sakan berjalan. lama tak jalan2 seharian macam nI.

    ReplyDelete