Monday, August 14, 2017

Cafe Hopping

Assalamualaikum

Sejak mereput takde trip ni, perkara yang menarik boleh dilakukan ialah cafe hopping. Ada yang sedap, ada yang hauk.Yang sedap kita repeat lah.

1. Dolly Dim Sum, Nu Sentral
Dulu dah pernah pergi dengan Divana yang outlet Avenue K, baru-baru ni aku repeat balik dengan Ean. Since kami hanya tea time je, ambik yang light-light je la. Total damaged RM 60++. Mewah betul teatime.


Mozza roll, Siew mai, salted egg yolk bun (menu wajib), dan cocnut bun apa ntah. Minuman: moctails dengan sea cocnut longan something


2. Milano Coffee, Atria Shopping Gallery
Pergi sini untuk ambik race kit, sebab dah kenyang hanya mengopi je la. Jumpe kiosk ni yang menghidangkan pure vietnamese coffee kata kau. Harusla terjah. Harga dua cup of coffee RM 15



3. Haagen Dasz, Sunway Putra Mall
Tempat ni idea colleagues aku yang nak menyambut birthday boss + saja hang out. Sedap rupanya, tapi ni pun takleh selalu-selalu, boleh mengundang masalah kepada poket.

waffle with ice cream : RM 24++
Banana crepe with ice cream, rasanya RM 28++


5. Common Grind, The Row
Haa..dengan rasminya aku menyukai area the row ni. Lawa. Lokasi depan Sheraton Hotel, depan Quill City Mall. Ada beberapa cafe, tapi kami memilih Common Grind ni. Datang masa lunch hour dan try lunch set. Bagi aku, menu biasa-biasa je. Coffee tak sempat try sebab lunch set dah plus drinks.




Chicken meatball spaghetti dan butter chicken pasta, drink of the day : passionfruit tea

6. Dottys, Platinum Park, KLCC
Dulu dah pernah try dengan #kesekian. Repeat semula sempena farewell Jasmine (colleague aku). Since masa ni cuti raya, semua warga unit tengah cuti, so aku mengambil alih tugas boss untuk belanja Min makan sebelum dia balik Sarawak.Kali ini aku berjaya merasai sendiri salted egg cronuts. Sedap hooii...

chocolate croissant, back coffee dan latte

cronuts fresh dari ladang



sekian sahaja edisi menternak lemak untuk kali ini

dzuli

8 comments:

  1. nak try gak olly dim sum tu tak sempat2 lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila sempatkan abang meng haha...sedap

      Delete
  2. Platinum Park tu belah mana ek? Sat lagi google

    ReplyDelete
  3. The Row walopun dekat office je, tak pernah gi, takde geng nk mengopi..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe..mengopi sorang2 pun chaghe jugak hehehe

      Delete