Thursday, August 3, 2017

Langkawi 2016 - Gunung Raya, Beach hopping dan Dataran Lang

Assalamualaikum

Tamatlah sudah sebulan raya, berapa kilo berat badan naik pun aku dan tak mampu nak kenangkan. Biarjelah, bukan aku kurus pun sebelum ni hahaha.

sambung balik entry langkawi yang setahun terkubur. 


Pagi kedua, kami plan nak breakfast kat Rooftop The Nest. Katanya ianya menyajikan pemandangan indah dengan buffet breakfast yang berpatutan. Tempat pun cantik. Terletak atas sebuah hotel (tak ingat nama) area Chenang jugak, kira2 650m dari The Cabin.
Harga buffet pun tak ingat, tapi around RM 25 camtu rasanya. Tapi pagi tu hujan lebat pulak, maka kami tak boleh lepak kat luar dan sunrise pun sendu.


Breakfast spread biasa-biasa je. Roti-rotian, ada nasi lemak bungkus, buah-buahan, cereals, camtu jelah






ni open area, best tapi basah sebab hujan lebat



sunrise malu-malu
dah nak balik tu, barulah sunrise memunculkan diri

muka tak mandi semuanya

Lepas breakfast kami balik hotel dan bersiap lawa-lawa sikit untuk ke destinasi seterusnya


Lokasi pertama ialah gunung Raya kerana Gunung Mat chinchang terlalu mainstream eh. Takdelah, kami dah pergi dulu.
Perjalanan agak extreme ala-ala naik cameron. Terima kasih kepada Zuraida atas pemanduan berhemah beliau.
Nampak satu bangunan, Gunung Raya Resort kalau tak silap, masuk dalam dan bayar RM 10/person untuk naik ke observation tower.
Sampai atas, kami dihidangkan dengan teh herba. Layan diri je.

angin kuat, sejukk..

Dipersilakan, view dari observation tower gunung raya


Macam di atas awan



Aku sangat suka view kat atas ni


Gunung Raya resort yang scary sikit

Lepas turun dari Gunung Raya, kami try usha pantai Tanjung Rhu, pantai ni terletak di private properties, ada guard jaga. Area ni banyak watersport, kelihatan booth Naam merata-rata
Panas leting dah masa ni, nak bergambar pun dah tak koser


selfie
apekebenda ni?
 
pantai memang bersih. kalau petang2 syok la kot

Misi mencari rojak hafiz diteruskan. Dengan bantuan beberapa blog, akhirnya kami berjumpa. Memang tak sia-sia pemburuan rojak Hafiz ni. Sedap gila baq hang.



rojak seksi
dipadankan pulak dengan Cendol sedap memikat
boleh berposing jua setelah siap makan
Ada beting pasir kat tengah sana. 

kami pergi ke pantai setrusnya iaitu Black sand Beach yang mempunyai lagenda tersendiri. Something about pari-pari turun kebumi apa ntah. memang pasir kat sini hitam

 

Kami berdua je masih gigih. Zu dah givap dan duduk bawah pokok

pasir warna hitam.

Kali ni aku ajak diorang p Dataran Lang, first time sampai kat sini haha. Berjaya jugak bergambar dengan burung helang yang ikonik itu. Kami pun cadang nak p Taman Lagenda, tapi malas nak jalan, awal-awal dah sesat-sesat dalam tu. Cari parking pun tak jumpa.


Ramai sungguh manusia bergambar kat sini, jenuh gak la tunggu turn
Feri-feri yang membawa penumpang ke pelbagai lokasi

Ada macam bazaar tengah dibangunkan area ni. Maklumlah kawasan dekat dengan jetty. Senang la orang nak beli belah before balik

Takde apa sangatla boleh dibuat kat sini, Kami pun balik semula ke area Chenang dan mari mengisi perut dengan laksa ikan sekoq pula. Bagi aku, laksa ikan sekoq ni memang sesuatu yang tak boleh dilepaskan jika ke Langkawi. Aku suka la rasa dia, serba lengkap. Dapat pulak port baek tepi pantai bersama angin sepoi-sepoi bahasa lagila mantoppp.

laksa sorang satu bersama sirap

Sebelum balik hotel, sempat tapau cucur udang dan keropok lekor. Kami singgah The Zone Chenang kejap sebab ada orang kirim rokok 2 carton. Best jugak The Zone ni, luggage lagi banyak pilihan dan branded sikit dari HIG.

Malam tu aku dinner dekat kampung nelayan. Kebetulan kawan satu universiti aku ada kerja kat Langkawi ni, kami pun mengadakan sessi jejak kasih. Mestilah dinner malam tu dipayung oleh abang PM (project manager, bukan Perdana Menteri).

Lepas dinner kami hanya menjalankan aktiviti free and easy. Aku p mengopi kat starbucks Chenang mall, Zu pergi massage dan Ean lepak bilik je.

2-3 tahun jugak la tak jumpe, dah jumpe terus kena pau haha..


Habis hari kedua yang banyak aktiviti makan.



dzuli

2 comments:

  1. wow menarik juga naik Gurung Raya tu tapi yes nampak a bit creepy. tak ramai orang ke duduk situ ? ngeh2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam xde orang je. Pengunjung pun kami 3orang je masa tu hahahaha

      Delete