Tuesday, August 8, 2017

Langkawi 2016 - Nasi Dagang Pak Malau

Assalamualaikum

Last day di langkawi. Trip kali ni sangatlah simple dan banyak makan je. Untuk breakfast pagi ni kami pergi ke Nasi Dagang Pak Malau yang sudah menjadi viral di laman-laman sosial. Katanya lokasi cantik dan makanan sedap, since flight ke KL kami pukul 12.00 tgh maka adalah waktu lagi untuk menjongket. 

Pagi-pagi lagi dah bersiap dan checkout. Follow je waze. Lokasi dia aku tak ingatlah, tapi satu hala je dengan komplekas makam mahsuri semua tu.
Sampai je tengok kereta dah berbaris parking. Ni la kuasa viral. Kami pun parking dan cuba nasib, Alhamdulillah, terus dapat seat.

nasib baik buka.

order makanan dan minuman kat sini

meriahuolls, ayam nampak sedap, ikan pun sedap. maka ambik dua-dua hahaha
Bukan volkswagen kuning karak highway

Makanan dia memang sedap, memamg berbaloi la jadi viral. Lagi satu tarikan utama ialah pemandangan disekeliling kedai ni. Kebetulan kami datang ni sawah padi menguning. Sebagai manusia yang mempunyai obsesi terhadapa sawah padi, apa lagiii...memang sakan la snap gambar




rumah pak malau pun cantik. Very the traditional



ada angsa

ada homestay jugak, kalau berminat boleh roger nombor tertera
memang macam rumah nenek2 kita dulu deco dalam ni



kalau la rumah kita, bukak pintu nampak view macam ni...walawehhh

Dah puas meneroka rumah pak malau dan sekitarnya, kami jalan-jalan la sikit area ni. Kawasan ni femes dengan kilang-kilang minyak gamat. sempat jugak la pergi 2-3 kedai. Sempat la beli ubat resdung la, minyak gamat la. Makciks sangat.

Jumpa jalan yang dibuat dari marble. marmar pun sau industri yang terkenal di langkawi

Dah habis membuang masa, kami terus ke airport dan pulangkan kereta. Ada la masa nak check in bag, lepak minum sambil kira hutang dan lain-lain. Sekejap gila trip ni, memang trip pemuas nafsu je lah.

Habis dah entry travel. Tahun ni aku mereput sungguh ni. Dah 8 bulan baru pergi Nepal je. Kaki dah gatal nak menjongket, tapi keadaan tak mengizinkan huhu.



dzuli

7 comments:

  1. sama la saya... duduk diam2 baca cerita org travel je

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..bertabahla. Tumpang happy je la baca cerita orang kan

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. cantiknya view. awal bulan depan nak pegi langkawi. dah masukkan dalam list dah. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..lawa sangat. Ingatkan orang exaggerate je pasal tempat ni.

      Delete
  4. betul2 kedah ni kak.. padi sokmo hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah kah kah...kedah..kedah pantang kalah...

      Delete