Tuesday, August 29, 2017

Makan @ SG

Assalamualikum

Selamat hari selasa dan selamat menyambut Aidiladha yang bakal menjelma dan juga selamat menyambut hari kemerdekaan ke 60. Esok Malaysia mula bercuti panjang, selamat menempuh jem hazab di lebuhraya-lebuhraya utama.

Last weekend, kami bertiga sempat menghabiskan weekend di negara jiran, SG. Ni namanya trip gatai kaki. Maklumlah lama sangat dah mereput, last-last aku mengutarakan idea untuk short getaway merangkap pre-birthday trip huhu.

Entry ni nak cerita pasal makanan yang sempat dicuba sepanjang 2 hari 1 malam kami kat sana.
 
1. Kampong Glam Cafe.
Cafe yang tidak asing lagi jika ke Kampong Glam. Menghidangkan makanan melayu dan harga agak berpatutan jika tidak diconvert dalam RM. Nak convert2 price mohon makan kat KL siap2-siap oopsss....Kami makan breakfast je, nasi lemak yang meriah dengan harga SGD 3.50 dan Air SGD1, Kuih lopis nampak sedap tapi saiz dia besar sangat, takut tak mampu nak habiskan. Bukak jam 8.00 pagi sampai lewat malam.
 
  

Nasi lemak ada ikan, telur, ayam dan sambal sedap.



2. Aiskrim Wafer, Cavenagh Bridge.
Agak famous la aikrim roti/wafer uncle ni. Harga SGD 1 sahaja, kalau roti SGD 1.20. Sedap rupanya, patutla beratur orang membeli. Layan pulak time panas lit-lit, memang chaghe. Kitaorang try flavour kacang merah, jagung dengan durian. Semua sedap




3. Beanstro by Coffee Bean, Marina Baysands
Meal paling mewah untuk trip kali ni. Memang takde makna nak makan benda-benda macam ni kalau travel, tapi apakan daya. Kami dah malas nak menapak balik, dah cari jugak alternatif lain tapi tak menyelerakan. Tibai jelah. Rasain la meal untuk 3 orang SGD 82++. Nasib baik la makanan agak sedap dan tempat selesa. Kami order spaghetti dan ean order Chicken schnitzel burger. Semua sedap dan yang penting halal.




4. Victory, Arab Street
Restiran yang tidak asing lagi untuk Murtabak Singapore. Last trip aku try Zam-Zam, kali ni aku heret bebudak ni try Victory. Kami nak order yang medium je (SGD 9) sebab semua tak lapar sangat. Tapi pakcik tu suh order yang SGD 11, untuk 3 orang makan katanya. Ambik ko, besar gila sampai tapau buat makan breakfast esok pagi. Total include air SGD 15 je untuk 3 orang. Verdict : lagi sedap dari zam zam sebab filling agak moist.

malas naik atas, kaki sakit !!
Dapat kari ikan, daging dan timun bersos.
Close up sikit.


5. All thing Delicious, Arab Street
Seperti yang sedia maklum, SG juga banyak dessert cafe yang menarik. DJ ada share artikel dari Have Halal Will Travel (HHWT) tentang halal cafe kat SG. Kami pun cuba la satu. 
Memang best cafe ni, lama termenung depan glass display pilih menu. Tokey pun baik, kami duduk kat seat yang sempit sikit, dia bawak kami pergi ke belakang dan dapat la meja besar sikit dan siap suruh pekerja dia pergi depan sebab dia nak entertain kitaorang. Cafe kecik sikit dan full house masa ni. 
 
tak sempat ambik gambar elok-elok haha. Orang ramai dan sempit
berry tart yang lawa. kak Yang order, rasanya SGD 5-6
semua ini adalah sedap!!!
Kami order gula melaka parfait-sedap, earl grey loaf- sedap dan sebijik rasa teh earl grey, berry cake apatah-sedap dan berry tart. Drinks aku order hazelnut latte yang sedap, ean order Chai latte dan Kak Yang order Chamomile tea. Tak ingat total harga. Tapi air dalam SGD 6, Loaf SGD 5.60, Berry cake SGD 2.90 dan parfait tu around SGD6-7 kot. kalau datang SG silalah cuba. Area kampong Glam tu jugak, depan sikit je dari Masjid Sultan.



6. Kudapan. 7E
Najah kirim salted egg yolk potato crisp, sedap jugak la, rasa macam butter prawn. SGD 7.30. Aku cuba jugak british milk tea by Lipton dan beli Cafe Latte dalam botol untuk najah. Milk tea tu biasa-biasa je, sedap lagi Pokka yang kat Malaysia ni.



Sekian sahaja, full entry trip ini akan menyusul lepas raya.

dzuli

1 comment:

  1. Lamanya entry pas raya baru menyusul!

    Masa saya p Singapore tahun 2011 dulu, mmg nak pergi makan murtabak Singapore kat Zamzam... tapi pakcik teksi cakap yg betul sedap ialah kat Victory tu la... makan kami makan kat situ je... mmg sedap betul! tapi tak leh nak compare lg dgn zamzam, sbb tak pernah makan lg murtabak zamzam... ekekeke

    ReplyDelete