Friday, September 29, 2017

its my birthday


Assalamualaikum

Musim busy tiba lagi, huru-hara sikit office dan kehidupan dua tiga menjak ni. Weekdays sibuk berkerja, weekend sibuk berjimba. Eh

Macam biasa, bulan september tiba lagi. Syukur masih bernafas dengan bahagia pada umur 33 tahun. Terlalu banyak nikmat yang tak mampu didustakan walaupun masih ada sikit lagi wishlist belum tercapai. Birthday tahun ini disambut di rumah dan pada raya haji. Takde sapa rajin nak melayan sebab sibuk dengan raya dan cuti panjang huhu. Tiada birthday trip seperti 3 tahun lepas, tapi aku membelanja diri aku dengan produk-produk kosmetik idaman. cewahh!!

dimulakan dengan birthday dua beradik ni. lepas running events, buat surprise ala kadar dekat Trust Issue.

sambutan ala kadar je. Tak dan nak proper planning pun.

Sekali lagi lepas running events paling hauk. (tobat dah aku nak masuk benda anjuran SAM ni..ppfftt) diorang pulak buat surprise. Memang surprise sungguh la. Terharu ahkak. Yang paling best, Cake Bearer comel gilaaa hahaha, siap nyanyi untuk Iolls, maluu...
 

 
Cake takda, brownies pun boleh
Happy hour- Virgin mojito
Last but not least, sambutan gilang-gemilang bersama #kesekian. Kami bertiga ialah september babies. Kalau kesekian ni memang biasanya all out la, takde humble-humble. eh
Full story boleh baca kat sini. 
Memilih HRC sebagai lokasi sambutan. Food sedap, layanan bagus tapi memang tak daya nak tunggu live show lama-lama, bising sampai sakit kepala. #faktorpenuaan


Menu pilihan masing-masing. Semua sedap

 

Thanks abam Vy atas "surprise" tu.. terkejut gila wealls, terharu gitu
Mengada nak tiup lilin depan KLCC.
Terima kasih dekat family dan kawan-kawan yang wish dan sudi meraikan birthday aku. Najah belanja makan, yati (collegues aku) belanja lipstick hehe. It's  the thought that counts.
Sebelum ni aku ialah manusia yang tak kisah sangat pasal birthday. Tapi sekarang ni aku rasa birthday ni perlu diraikan. Tak kisah la belanja diri sendiri ke, travel ke, makan dengan family or kawan-kawan ke sebab dalam setahun,ada sehari yang istimewa untuk kita mengingati asal usul kejadian kita.
Aku ni bukan jenis ramai kawan beribu-ribu lemon, tapi yang kat atas-atas ni definitely a keeper. Gitu.

 
dzuli

Friday, September 15, 2017

Singapore 2017 - Esplanade & Supertree Groove


Assalamualaikum

Bersambung kembali, masih hari pertama. Lepas Fullerton Hotel tu, kami menapak sikit ke Esplanade. Nak tengok Merlion kata kau. Sampai je kat situ, ramai gila orang. Tak selera aku nak posing. Dah la panas, merlion tu pun kecik je rupanya. Kami jalan je terus ke Theaters by the Bay ataupun Durian by the bay. 



Jalan je ikut jambatan ni. Panas sikit la. Rasa nak mengamok pun ada hahaha.
macam durian kan?

Kitaorang masuk dalam ni dan lepak jap dekat Library at Esplanade. Menarik jugak kat SG ni bila ada library yang modern dan cantik dalam mall. Lengkap dengan wifi, cafe dan lounge bagai. Kalau taknak baca buku pun boleh melepak sesaja. Aku tak ambik pulak gambar library tu sebab sibuk bila dapat WiFi haha.
Kitaorang naik atas dan ada macam taman sikit.
Theaters by the bay ni ala-ala Sydney Opera House la, ada macam-macam concert hall yang berbeza. Kat luar pun ada macam pavillion yang katanya ada free performance every weekend night.



singapore skyline dari rooftop bangunan
Marina Baysands pun dah nampak

Dari Esplanade kami naik train ke bayfront station untuk ke Marina Bay Sands. Kitaorang lunch je kat MBS dan jalan-jalan sikit. Masalah sebenar bila nak cari tempat solat. Aku ada baca dalam web yang ada tempat solat kecik kat sini, tapi tanya kaunter, orang tu cakap takde. Masa tu dah dekat pukul 5. Akhirnya kami jalan kaki pergi Supertree Groove. Walaupun agak awal lagi, tapi takpelah. Kali ni aku jalan melalui Sky Garden ke apa tah nama dia, mak aiii..escalator nak naik tempat tu tinggi gila. Shaky kot kaki kitaorang.


Tapi kita dapat la view ni
dan view ni

Fokus kami ialah cari tempat solat dulu, ada baca dalam blog ada tempat solat dekat Texas Chicken, tapi malangnya tak jumpa dan kitaorang solat dalam nursing room.
Bermulalah episod mereput 2 jam hahaha. Nak p area art and science museum macam jauh sangat nak patah balik, nak masuk flower dome kitaorang kedekut. Last-last lepak-lepak je lah bawah supertree groove tu sementara nak tunggu 7.45 p.m for light and music show.

Kitaorang jalan-jalan dan menghayati kawasan sekitar ni.


harga dah naik jadi SGD 8 untuk canopy walkway ni. dulu SGD 5 je

masa ni dah around 7.30..



Tepat jam 7.45 p.m bermulalah light and music show. Nasib baik kami awal dan dapat port yang baik sikit.







Around 15 minutes je light and music show ni, lepas tu la hazabnya nak keluar dari situ. Berpusu-pusu manusia.

 

Eye of singapore

Kami jalan lagi untuk cari Helix bridge

lawa jugak. Tapi aku memang masalah la guna night mode. Bergegar je gambar
LV terbesar di asia tenggara katanya. eh yang ni ke?
Next time lah kita masuk artScience museum ni. Tak sempat

Ramai betul la manusia kat helix bridge, pasrah je la nak bergambar

ni jela yang paling uploadable, yang lain ntahapa2
Penuh orang, nak berdiri tengah-tengah susah sikit

Kami menyeberang jambatan ni untuk ke train station terdekat. Plan asal nak pergi Bras Basah Complex sebab ada Singapore Light Festival,
Turun je station Bras Basah tu, mak aiii... ramai gila manusia, bersesak-sesak sebab ada konsert dan light show. Nak bergambar apa semua pun tak boleh. Kami bertiga give up dan turun semula ke MRT dan balik ke Bugis.

Sampai Bugis, makan murtabak dulu dan balik ke bilik. Habislah hari pertama yang letih teruk. Letak kepala atas bantal terus tido.


dzuli

Friday, September 8, 2017

Singapore 2017 - Beautiful Buildings

Assalamualaikum

Kembali semula ke office selepas seminggu bercuti.
dan
Happy Birthday to me. Thanks for all the wishes. A year older and hopefully wiser. Tiada birthday trip seperti tahun-tahun sudah kerana kegawatan ekonomi sendiri hahaha. Syukur Alhamdulillah kerana dipanjangkan usia sehingga 33 tahun. Walaupun tahun ni birthday disambut dengan drama yang hampir membuatkan aku give up, tapi harus diingat banyak lagi nikmat-nikmat lain yang patut disyukuri.

Kembali kita ke tajuk asal. Trip gatal kaki ke Singapore. Trip ni kira planning last minute dan takde la prepare apa sangat pun. Date pun tak pilih elok-elok dan mendapatlah date sama dengan cuti sekolah dan konset Foo Fighters.

Kami bertolak 25.08 naik bus Nice dari KL sentral. Bus bertolak pukul 11.40 malam dan dijangka sampai ke The Plaza, Beach Road SG pada pukul 5.00 pagi. Harga tiket RM 56 dan boleh dibeli online dari website seperti easybook/Redbus/Catchthatbus. Survey semua website sebab kadang-kadang bukan semua waktu perjalanan ada dalam satu website.

lama tak travel kan. Jijiks tau siap flatlay barang-barang hahahaha.

Sebelum naik bas, sempat jugak la buat macam-macam seperti tukar duit, ngeteh ngan Abdullah, beli lipstick kat Sephora, beli charger kat Minisoo, survey tempat dinner dan last-last dinner kat McD je sebab kedai dah banyak nak tutup. Last-last sampai pukul 10.30 jugak la baru kami boleh bertenang dan mereput tunggu lagi sejam.
Sebab bas malam kan, membuta jelah. Sampai kat Checkpoint Tuas barulah driver bas kejut. Naik bas ni ok jugak la, bas berenti depan pintu immigresen, tambahan pulak pagi-pagi orang tak ramai, segala urusan tak lama dan berjalan lancar.

Sampai je The Plaza, awal lagi masa tu, kami hanya jalan kaki ke Masjid Sultan untuk fresh up. The Plaza dengan Masjid Sultan ni around 600-700 meter je. Aku downlod jugak apps maps.me untuk offline maps (thanks abang Meng, tau pasal apps ni dari blog Supermeng Malaya)

Sampai masjid kami lepak-lepak jap. mandi siap-siap haha. Actually tak dibenarkan mandi tau. Tapi pepandai la nak hidup kan. Mandi la pelan-pelan jangan la buat macam shower rumah sendiri. Dah rasa bersih dan chantek, naik solat subuh dulu.
Masjid Sultan ni syoknya siap ada charging station dan WiFi. Sempat jugak la update apa yang patut dan cas handphone. Masa keluar masjid ni, ramai photographer dok tunggu nak ambik gambar masjid ni time sunrise. Lawa.

ambik gambar ditepian je, maluu

Around pukul 7, kami jalan ke hotel untuk simpan barang. Kami memilih 5footway inn project Bugis.Aku suka hotel ni, lokasi memang best. Dekat dengan MRT Nicoll Highway dan Bugis. Lokasi area Kampong Glam, so memang happening dan banyak halal food. Harga je tak berapa best hahaha. SGD 150 untuk bilik loft 3 orang ensuite bathroom dan takde tingkap.Macam biasa, bilik tak ready lagi, so kami tinggalkan beg dalam luggage storage. Key deposit SGD 20 dikenakan, tapi boleh je bayar dalam any currency bersamaan nilai. kami letak le RM 60 sebab takut dollar tak cukup nanti.

Building lawa..Me likey.
Common area. Polairod picture guest hotel ni
area reception counter


Letak beg - Check
Make up - on point
Makan dulu...kami breakfast kat Kampong Glam Cafe. Menu pagi tu ada nasik lemak dan lontong sahaja. So, kami bertiga order nasik lemak je SGD 4.50 termasuk air. Review makanan dalam previous entry. Kat sini ada WiFi Free...layan dulu seround sebab masih awal nak berjalan-jalan.

Bussorah Street yang colourful

Dah melepak, kami terus bergerak ke destinasi pertama iaitu ION Orchard. Secara tak sengaja datang sini sebab nak beli Singapore Tourist Pass dekat MRT Orchard. Lagi satu sebenarnya nak cari Library at Orchard, ingatkan dalam ION, rupanya kena turun kat MRT Sommerset untuk ke Library tu.
Dah sampai, tibai jelah posing dulu. Lawa kot building ni. Konsep dia ialah shopping complex mewah ala-ala Pavi/Siam Paragon. Jenama-jenama yang kami rakyat marhaen ni tak pernah dengar pun ada outlet kat sini. H&M dengan Uniqlo takde la kot hahaha.


lawa..
sebab pagi lagi, takde la malu nak berposing sangat.
Antara outlets jenama mewah antarabangsa.

Takde apa sangat pun nak dibuat, kami terus ke lokasi seterusnya iaitu Clark Quay. Area ni banyak bangunan heritage dan colourful. Mula-mula ingat nak stroll along Singapore river, tapi tersilap pergi jalan tempat lain dulu, last-last dah jauh, malas nak patah balik dah.

First stop, MICA buildings ataupun Ministry of Information and Communication. Bangunan yang berasal dari balai polis lama ni diberi nafas baru dengan tingkap yang colourful. Aku tau pasal ni pun dari instagram @visitsingapore

Gigih seberang jalan sebab nak capture angle ni
Dalam bangunan pun colourful dan ada hasil-hasil seni seperti arca dan drawing

posing sikit..lawa kot tetingkap ni, sesuai dijadikan profile pic. eh

Dah puas berposingan, kami jalan lagi  untuk cari National Gallery. Pekerja dalam MICA ni baik dan peramah, kitaorang siap tanya direction lagi.

Nampak building-building macam ni aku dah teruja
Tudia, National Gallery Singapore
Gabungan 2 buah building iaitu High Court dan Gallery
besar gila dari hujung ke hujung
Pameran Yayoi Kusama sedang berlangsung. SGD 25 per entry
kat tengah bulding. Penghubung High Court dan Gallery
WiFi free..yang pentinggg..

Cuaca memang panas lit-lit la..dah la jauh jugak menapak. Kami jalan lagi ke Cavenagh Bridge, last time aku datang dari Ferrer Park MRT, kali ni aku dari arah National Galeery, so sebelum sampai jumpe la Victoria Theater dan satu Museum. Ada jugak arca cecantik kat sini.



dalam panas meletit pun sempat selfie kau.

nampak uncle jual aiskrim sandwich
beli la satu
sambung balik ambik gambo
Fullerton Hotel
selfie dalam bola ni pun bolehhh...
Arca gangsa yang famous kat sini


Bersambung nanti. Muak pulak aku nak tempek gambar bebanyak dalam satu entry hehe


dzuli