Friday, September 8, 2017

Singapore 2017 - Beautiful Buildings

Assalamualaikum

Kembali semula ke office selepas seminggu bercuti.
dan
Happy Birthday to me. Thanks for all the wishes. A year older and hopefully wiser. Tiada birthday trip seperti tahun-tahun sudah kerana kegawatan ekonomi sendiri hahaha. Syukur Alhamdulillah kerana dipanjangkan usia sehingga 33 tahun. Walaupun tahun ni birthday disambut dengan drama yang hampir membuatkan aku give up, tapi harus diingat banyak lagi nikmat-nikmat lain yang patut disyukuri.

Kembali kita ke tajuk asal. Trip gatal kaki ke Singapore. Trip ni kira planning last minute dan takde la prepare apa sangat pun. Date pun tak pilih elok-elok dan mendapatlah date sama dengan cuti sekolah dan konset Foo Fighters.

Kami bertolak 25.08 naik bus Nice dari KL sentral. Bus bertolak pukul 11.40 malam dan dijangka sampai ke The Plaza, Beach Road SG pada pukul 5.00 pagi. Harga tiket RM 56 dan boleh dibeli online dari website seperti easybook/Redbus/Catchthatbus. Survey semua website sebab kadang-kadang bukan semua waktu perjalanan ada dalam satu website.

lama tak travel kan. Jijiks tau siap flatlay barang-barang hahahaha.

Sebelum naik bas, sempat jugak la buat macam-macam seperti tukar duit, ngeteh ngan Abdullah, beli lipstick kat Sephora, beli charger kat Minisoo, survey tempat dinner dan last-last dinner kat McD je sebab kedai dah banyak nak tutup. Last-last sampai pukul 10.30 jugak la baru kami boleh bertenang dan mereput tunggu lagi sejam.
Sebab bas malam kan, membuta jelah. Sampai kat Checkpoint Tuas barulah driver bas kejut. Naik bas ni ok jugak la, bas berenti depan pintu immigresen, tambahan pulak pagi-pagi orang tak ramai, segala urusan tak lama dan berjalan lancar.

Sampai je The Plaza, awal lagi masa tu, kami hanya jalan kaki ke Masjid Sultan untuk fresh up. The Plaza dengan Masjid Sultan ni around 600-700 meter je. Aku downlod jugak apps maps.me untuk offline maps (thanks abang Meng, tau pasal apps ni dari blog Supermeng Malaya)

Sampai masjid kami lepak-lepak jap. mandi siap-siap haha. Actually tak dibenarkan mandi tau. Tapi pepandai la nak hidup kan. Mandi la pelan-pelan jangan la buat macam shower rumah sendiri. Dah rasa bersih dan chantek, naik solat subuh dulu.
Masjid Sultan ni syoknya siap ada charging station dan WiFi. Sempat jugak la update apa yang patut dan cas handphone. Masa keluar masjid ni, ramai photographer dok tunggu nak ambik gambar masjid ni time sunrise. Lawa.

ambik gambar ditepian je, maluu

Around pukul 7, kami jalan ke hotel untuk simpan barang. Kami memilih 5footway inn project Bugis.Aku suka hotel ni, lokasi memang best. Dekat dengan MRT Nicoll Highway dan Bugis. Lokasi area Kampong Glam, so memang happening dan banyak halal food. Harga je tak berapa best hahaha. SGD 150 untuk bilik loft 3 orang ensuite bathroom dan takde tingkap.Macam biasa, bilik tak ready lagi, so kami tinggalkan beg dalam luggage storage. Key deposit SGD 20 dikenakan, tapi boleh je bayar dalam any currency bersamaan nilai. kami letak le RM 60 sebab takut dollar tak cukup nanti.

Building lawa..Me likey.
Common area. Polairod picture guest hotel ni
area reception counter


Letak beg - Check
Make up - on point
Makan dulu...kami breakfast kat Kampong Glam Cafe. Menu pagi tu ada nasik lemak dan lontong sahaja. So, kami bertiga order nasik lemak je SGD 4.50 termasuk air. Review makanan dalam previous entry. Kat sini ada WiFi Free...layan dulu seround sebab masih awal nak berjalan-jalan.

Bussorah Street yang colourful

Dah melepak, kami terus bergerak ke destinasi pertama iaitu ION Orchard. Secara tak sengaja datang sini sebab nak beli Singapore Tourist Pass dekat MRT Orchard. Lagi satu sebenarnya nak cari Library at Orchard, ingatkan dalam ION, rupanya kena turun kat MRT Sommerset untuk ke Library tu.
Dah sampai, tibai jelah posing dulu. Lawa kot building ni. Konsep dia ialah shopping complex mewah ala-ala Pavi/Siam Paragon. Jenama-jenama yang kami rakyat marhaen ni tak pernah dengar pun ada outlet kat sini. H&M dengan Uniqlo takde la kot hahaha.


lawa..
sebab pagi lagi, takde la malu nak berposing sangat.
Antara outlets jenama mewah antarabangsa.

Takde apa sangat pun nak dibuat, kami terus ke lokasi seterusnya iaitu Clark Quay. Area ni banyak bangunan heritage dan colourful. Mula-mula ingat nak stroll along Singapore river, tapi tersilap pergi jalan tempat lain dulu, last-last dah jauh, malas nak patah balik dah.

First stop, MICA buildings ataupun Ministry of Information and Communication. Bangunan yang berasal dari balai polis lama ni diberi nafas baru dengan tingkap yang colourful. Aku tau pasal ni pun dari instagram @visitsingapore

Gigih seberang jalan sebab nak capture angle ni
Dalam bangunan pun colourful dan ada hasil-hasil seni seperti arca dan drawing

posing sikit..lawa kot tetingkap ni, sesuai dijadikan profile pic. eh

Dah puas berposingan, kami jalan lagi  untuk cari National Gallery. Pekerja dalam MICA ni baik dan peramah, kitaorang siap tanya direction lagi.

Nampak building-building macam ni aku dah teruja
Tudia, National Gallery Singapore
Gabungan 2 buah building iaitu High Court dan Gallery
besar gila dari hujung ke hujung
Pameran Yayoi Kusama sedang berlangsung. SGD 25 per entry
kat tengah bulding. Penghubung High Court dan Gallery
WiFi free..yang pentinggg..

Cuaca memang panas lit-lit la..dah la jauh jugak menapak. Kami jalan lagi ke Cavenagh Bridge, last time aku datang dari Ferrer Park MRT, kali ni aku dari arah National Galeery, so sebelum sampai jumpe la Victoria Theater dan satu Museum. Ada jugak arca cecantik kat sini.



dalam panas meletit pun sempat selfie kau.

nampak uncle jual aiskrim sandwich
beli la satu
sambung balik ambik gambo
Fullerton Hotel
selfie dalam bola ni pun bolehhh...
Arca gangsa yang famous kat sini


Bersambung nanti. Muak pulak aku nak tempek gambar bebanyak dalam satu entry hehe


dzuli

2 comments: