Friday, September 15, 2017

Singapore 2017 - Esplanade & Supertree Groove


Assalamualaikum

Bersambung kembali, masih hari pertama. Lepas Fullerton Hotel tu, kami menapak sikit ke Esplanade. Nak tengok Merlion kata kau. Sampai je kat situ, ramai gila orang. Tak selera aku nak posing. Dah la panas, merlion tu pun kecik je rupanya. Kami jalan je terus ke Theaters by the Bay ataupun Durian by the bay. 



Jalan je ikut jambatan ni. Panas sikit la. Rasa nak mengamok pun ada hahaha.
macam durian kan?

Kitaorang masuk dalam ni dan lepak jap dekat Library at Esplanade. Menarik jugak kat SG ni bila ada library yang modern dan cantik dalam mall. Lengkap dengan wifi, cafe dan lounge bagai. Kalau taknak baca buku pun boleh melepak sesaja. Aku tak ambik pulak gambar library tu sebab sibuk bila dapat WiFi haha.
Kitaorang naik atas dan ada macam taman sikit.
Theaters by the bay ni ala-ala Sydney Opera House la, ada macam-macam concert hall yang berbeza. Kat luar pun ada macam pavillion yang katanya ada free performance every weekend night.



singapore skyline dari rooftop bangunan
Marina Baysands pun dah nampak

Dari Esplanade kami naik train ke bayfront station untuk ke Marina Bay Sands. Kitaorang lunch je kat MBS dan jalan-jalan sikit. Masalah sebenar bila nak cari tempat solat. Aku ada baca dalam web yang ada tempat solat kecik kat sini, tapi tanya kaunter, orang tu cakap takde. Masa tu dah dekat pukul 5. Akhirnya kami jalan kaki pergi Supertree Groove. Walaupun agak awal lagi, tapi takpelah. Kali ni aku jalan melalui Sky Garden ke apa tah nama dia, mak aiii..escalator nak naik tempat tu tinggi gila. Shaky kot kaki kitaorang.


Tapi kita dapat la view ni
dan view ni

Fokus kami ialah cari tempat solat dulu, ada baca dalam blog ada tempat solat dekat Texas Chicken, tapi malangnya tak jumpa dan kitaorang solat dalam nursing room.
Bermulalah episod mereput 2 jam hahaha. Nak p area art and science museum macam jauh sangat nak patah balik, nak masuk flower dome kitaorang kedekut. Last-last lepak-lepak je lah bawah supertree groove tu sementara nak tunggu 7.45 p.m for light and music show.

Kitaorang jalan-jalan dan menghayati kawasan sekitar ni.


harga dah naik jadi SGD 8 untuk canopy walkway ni. dulu SGD 5 je

masa ni dah around 7.30..



Tepat jam 7.45 p.m bermulalah light and music show. Nasib baik kami awal dan dapat port yang baik sikit.







Around 15 minutes je light and music show ni, lepas tu la hazabnya nak keluar dari situ. Berpusu-pusu manusia.

 

Eye of singapore

Kami jalan lagi untuk cari Helix bridge

lawa jugak. Tapi aku memang masalah la guna night mode. Bergegar je gambar
LV terbesar di asia tenggara katanya. eh yang ni ke?
Next time lah kita masuk artScience museum ni. Tak sempat

Ramai betul la manusia kat helix bridge, pasrah je la nak bergambar

ni jela yang paling uploadable, yang lain ntahapa2
Penuh orang, nak berdiri tengah-tengah susah sikit

Kami menyeberang jambatan ni untuk ke train station terdekat. Plan asal nak pergi Bras Basah Complex sebab ada Singapore Light Festival,
Turun je station Bras Basah tu, mak aiii... ramai gila manusia, bersesak-sesak sebab ada konsert dan light show. Nak bergambar apa semua pun tak boleh. Kami bertiga give up dan turun semula ke MRT dan balik ke Bugis.

Sampai Bugis, makan murtabak dulu dan balik ke bilik. Habislah hari pertama yang letih teruk. Letak kepala atas bantal terus tido.


dzuli

3 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. gambar lawa-lawa.. huwaaa nak pergi la Singapore. nak pi amek gambar je banyak2. eh JJCM sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala..jiran je..pergi la. weekend trip pun boleh

      Delete