Monday, October 16, 2017

Singapore 2017 - Haji Lane

Assalamualaikum

Fuhh...musim-musim kebizian melanda dekat office. Letih jugak otak bila bekerja dalam bidang khidmat pelanggan ni. Not easy to pleased everybody, letih otak ni nak melayan semua pihak. Cepatlah 3 tahun, tazabar nak pindah office hahaha.
Harini baru la rasa boleh bernafas sikit.

So, sambungan daripada short trip singapore haritu. Hari kedua dan last day.
Pagi tu kami breakfast kat hostel je, kebetulan pulak salah sorang dari jemaah holifest trip haritu stay kat hostel yang sama sebab diorang pergi tengok concert Foo Fighters. Sempat la jugak bergosipan riang kat Terrace.
Amaran : Entry ni gambar bersepah.


simple breakfast provided.

Lepas bergosipan, kami bersiap-siap untuk check out dan sempat jugak la bergambar sakan kat hall.


yang kiri sekali tu la orang kuat @kiwionearth. Kalau nak join trip NZ/Kashmir/Nepal boleh pm beliau.

Kami tinggal je beg dekat hostel. Plan utama ialah nak cari street art dan menyelusuri the iconic Haji Lane. Hostel ngan Haji Lane ni dekat je, level bernapas pun dah sampai la kiranya.

Jumpe bangunan lawa, kita ambik gambar dulu
Masjid Sultan dilupa jangan.


Sebab semalam dah jumpe, so harini tibalah masa berposing sakan.

yang ni biasa-biasa je
ni luar biasa, aku impressed gile. Lawaa

sebab street art lawa, marilah kita menjadi subjek.
orang ramai sebab keluar lewat sikit

ni pub sebenarnya


Kami terus meneroka keunikan Haji Lane. Aku kan memang pantang sikit bangunan heritage ngan street art ni.


Add caption

Kedai-kedai pun lawa




Dan...Street art paling unggul di Haji Lane



memang unik dan lawa, Imagine la kegigihan nak buat mende ni
Pub jugak
selfie dan gambar akan di print atas latte. Aku rasa membazir je, tapi sukatilah duit memasing haha


Dah letih merayap, kita minum jap kat All the things delicious. 

we take our food seriously hahaha
 


Dah siap makan, Ean ajak jugak pergi Library at Orchard tu, walaupun masa dah agak sipi-sipi ni, tapi kitaorang cargaskan jugak. Cara dia senang je, naik train sampai somerset, terus masuk mall tu dan naik level 3.
Memang kami sampai library, bergambar dan balik. Macam gila rasanya hahaha.

signature picture. Sorang kena gigih snap dari atas







Library ni kecik je, dalam mall pulak tu, tapi memang lawa la layout dia. Syok kalau dapat melepak lama-lama dalam ni.
Kami bergegas balik semula untuk solat dan ambik beg. Bas balik KL lebih kurang pukul 4. Siap-siap solat dah dekat pukul 3, makanya tak sempat la nak makan sup tulang merah huhu. Lain kali jelah

Rembat apa yang patut dekat 7E





















 Kami sampai kat The Plaza tu ngam-ngam je bas dah sampai. Sempat la beli roti sikit kat CS sebelah Nice Lounge tu. Naik je bas terus membuta. Bangun je lapar, sampai kat Pagoh kot baru la bas berenti. Kami sampai kat KL sentral agak awal la jugak, around 9 p.m rasanya. Aku terus naik ETS sampai TBS dan najah pickup kat situ.

Tamatlah trip geli-geli melepas gian kitaorang



dzuli