Thursday, November 2, 2017

Bachelorette Party @ Glasshouse Cafe, MAHSA & Orchid Fun Run

Assalamualaikum

Baru la rasa nak mengupdate blog setelah sekian lama busy dengan tugasan hakiki. Maklumla dah masuk hujung tahun, musim-musim busy pun bermula. SKT la, CI la, ESI la apebenda la.

Bulan 9 haritu, kitaorang ada join Orchid Fun Run, anjuran PETRONAS. Alang-alang kami berempat berkumpul bersama, kami terus la buat bachelorette party untuk Zu yang bakal menamatkan zaman single bulan 12 ni InsyaAllah. (1 down, 3 to go eh)
Sebab zaman aku muda mudi dulu takde trend-trend bachelorette ni, dan tua tui ni baru la nak menggedik buat untuk kawan-kawan baik kita. Nasib le sapa yang dah kawin zaman dulu-dulu tu hahahaha

Run tu dekat KLCC, so kami cadang untuk stay kat KL la, senang sikit. Kitaorang book summer suites Kenneth dari booking.com. Harga RM 250 boleh fit 4 orang. Apartment ala-ala AirBnB. Ok sesangat, selesa dan lokasi best. Beberapa meter je dengan monorel Sultan Ismail. Sebelah The Face suit tu.

Kitaorang semua tak drive pun, kami berempat jumpa kat KLCC, collect race pack, having lunch dan Uber pergi Apartment tu. RM 4.++ je. Tuan rumah pun sempoi gile, tinggal je kunci dalam post box dan terus masuk rumah.

Studio apartment, tapi ada 2 queen bed
Kitchen pun ada

Tahu la bila 4 wanita yang lama tak bertemu kan, bergosipan riang. Aku dah book venue dekat Glasshouse Cafe, MAHSA university pukul 5.00. Tapi kerana seronok sangat bergosipan, lepas tu sorang-sorang pun lama nak bersiap, pukul 5.00 baru terhegeh-hegeh nak request Uber bagai. Jenuh la wassap dengan staff cafe tu suruh tunggu.
Zu memang tak tau ape-ape, kitaorang cuma suruh dia pakai lawa-lawa dan dia just ikut je kitaorang. 
Bila sampai kat lokasi, aku rasa happy jugak la sebab surprise menjadi.

Cafe tu kecik je dalam MAHSA tu, tapi best la dia set up meja, orang pun tak ramai dan staff pun ok. Cuma bila cafe kecik sangat ni, nak menyembang ko rasa macam ada je staff yang dengar. Maklumla, bachelorette partay, mesti la topik perbincangan tu "ehem-ehem" sikit. Girls talk kannn..


Flower crown sempat beli last minute masa dekat KLCC
Menu yang disediakan
Sedap jugak dessert dia. Blue velvet tu sedap

Food yang disediakan not bad lah. Sebenarnya aku jumpe cefe ni dekat Instagram masa search Glasshouse cafe. Ada 2 glasshouse (lain-lain company) satu dekat damansara, yang ni dekat MAHSA, sebelah UM tu. Dekat bio i.g tu dia tulis boleh book untuk private events. Since kami ni budget tak besar..ehem.. nak book tempat-tempat lain rasa takut pulak hehe. Aku pun PM cafe ni dan diaorang tanya la basic macam budget, berapa orang, menu pilihan dan waktu. Aku pun request tea time menu dan decorations sekali. Total semua RM 150.

Menu disediakan ada pesto pasta, egg croissants, sandwich, chicken fajita, blue velvet dan pavlova. Air boleh pilih dari coffee selections. Rasanya ok la harga. Makanan sejuk sikit sebab kami lambat sampai kot haha. Tapi overall food ok, maklumlah bukan nak makan beriya-iya sangat.

Untuk tema, kami main hentam je. Mula-mula nak beli tudung sama kaler, tapi macam noobies pulak haha plus nanti baju tak match. Last sekali kami decide untuk pakai baju ruffles. Gigih la Mun cari baju ruffle sebaik sahaja touchdown dari Kuching. Cekak kucing tu pun idea last minute. Nasib baik la Cafe tu tak ramai orang, kalau tak malu jugak rasanya hahaha.

Bersedia untuk gambar-gambar geletis wealls

The Bride to be
The kucing girl..miawww (dato' vida)

Idea pakai kucing tu tetiba je, masa beli flower crown dekat Zu, kitaorang nampak dan terus beli. Murah je RM 15 dapat 2 haha.


adik kedai rajin layan


Dekat sebelah ni ada taman sikit, mula-mula ingat diorang set up meja dekat luar, tapi since musim hujan, kitaorang request kat dalam.


helium balloon pun cafe yang sediakan


Around pukul 7 malam, kami balik hotel semula untuk solat jap. Plan nak pergi HRC la, karok la apa la last-last kitaorang pergi ngeteh je dekat Greenhouse by Muir. Fikir balik HRC konpem penuh sebab malam minggu, Mun tak suka karok dan mesti ramai jugak sebab weekend. So, kami memilih untuk ngeteh je. Dah tua ni, aktiviti takleh havoc sangat. Aku ajak p TAPAK diorang taknak sebab malas tukar baju hahaha.

biasa la, gambar malam memang out

Greenhouse by Muir ni berkonsepkan food market katanya. Ada bakery, japanese food, japanese fine dining,western dining dan atas sekali ada skybar. Kami pilih bakery je sebab semua masih kenyang.

camni ke rupa orang kenyang? haha


Balik je hotel, semua tumpas awal haha. Esok kena bangun pagi. Walaupun KLCC 2km je dari hotel, tapi flag off pukul 7.45 a.m

Pagi tu kami Uber ke KLCC. Meriah sungguh orchid run & ride ni. Host pagi tu Daphe Iking lagi.
Memang menarik orchd run ni. Each KM ada performance sikit dari budak-budak sekolah. Ada gendang cina, beg pipe dan cheerleading. Route pun best, rileks je.
Goodies bag and breakfast pun ok. Selalu run lain dapat pisang je kan, yang ni dapat milo, roti, biskut, mineral water, cereal bar.

menghampiri garisan penamat
dapat orchid fresh dekat finish line
 



Lepas run, Zu dikejutkan dengan pemergian nenek dia. Boleh kategori meninggal tiba-tiba  sebab takde sakit apa pun. Lepas bergambar sikit-sikit kami terus balik hotel. Zu tunggu tunang dia datang ambik sebelum diorang terus balik kampung.

Kami sempat breakfast dekat kafe bawah hotel tu.

share je pancake dan minum kopi sorang satu.
View from balcony


Around pukul 12 kami checkout dan pulang ke sarang masing-masing. Aku balik naik MRT dan boleh pulak MRT breakdown, jilake sangat bila baru 2 bulan operate dah breakdown. Sejam lebih baru sampai rumah.

Thanks girls untuk kerjasama dan all the sweet moments. Tengok lepas ni bachelorette sapa pulak kannnn...







dzuli

No comments:

Post a Comment