Tuesday, November 28, 2017

Sabaidee Laos- Pengenalan

Assalamualaikum

Akhirnya, kembali bernafas sikit setelah melalui bulan yang superbusy. Dalam busy gila pun sempat jugak aku menjongket ke Laos selama seminggu. Sebenarnya tiket dah beli lama dah, around bulan 6 haritu rasanya masa AirAsia free seat. Tapi, nak dijadikan cerita, bulan 10 ada urusan interview dan paper kena siapkan awal. Kerana aku taknak menyusahkan orang atau membatalkan trip maka terjadilah hari-hari yang busy gila. Nak usha itinerary pun tak sempat. Maka trip ni boleh dikatakan trip paling hentam.

Aku beli tiket KUL-LP dengan harga RM 100 sahaja. Masalah terjadi bila Laos ni takde daily flight. Nak duduk 2 hari kat Luang Prabang macam sekejap sangat, nak duduk 4 hari kat LP macam lama sangat. Last-last kami bersetuju untuk buat route KL-LP-VangVieng-Vientiane-KL.
Tiket Vientiane-KL beli last minutes dengan harga RM 274.
Gedebuk-gedebak kos untuk tiket sahaja RM 450++ campur luggage ngan meal. Insurance aku amik AXA insurance dengan harga RM 35++ sebab ada promo.

Untuk hotel, nasib baik dah booking sebelum musim busy. Alhamdulillah dapat la hotel yang ok
Luang Prabang =  Rattana Guesthouse USD 50 untuk 2 malam
Vang Vieng       =  Maylay Guesthouse USD 52 untuk 2 malam
Vientiane          = New Lao Silk Hotel  USD 55 untuk 2 malam
total untuk penginapan USD 157 bahagi 2 jadila USD 78.50 (RM 322). Kira oklah tu, kami dua ni memilih sikit bab penginapan. Takmo tido hotel sebarangan. Hostel pun tak berapa berkenan. (#ajetdivadinegaraASEAN)

Tiket sudah, hotel pun sudah. Preparation lain takde sangat. Ada la beli bekal Brahim's sebab katanya halal food mahal sikit. Aku beli sandal baru sepasang untuk kesejahteraan kaki. OOTD tak koser, panas lit-lit.

Aku rasa aku takde mood lagi nak buat full entry, so teaser jelah dulu.

masih setia dengan Karrimor dan Sonam
Luang Prabang International Airport
Luang Prabang National Museum. panas gile masa nih


level membuang masa- main posing-posing depan kedai
Uji kekuatan lutut dengan mendaki Mount Phousi
Sunset memang mereciks
lunch bekal hampir hari-hari.
menabur Kip di Night market
partayy ni Kuang Si waterfall
Terkesima tengok Kuangsi waterfall. Cantik sekali....waduh waduh...
sunset nyaris-nyaris di Mekong River
Bangun pagi nak tengok Alms Ceremony
mencuba public transport di Laos
6 jam perjalanan penuh dengan Zikrullah...seram weh!!
Sunset di Namsong River, Vang Vieng
melepak petang
acara mengopi masih berjalan lancar walaupun konon-konon tight budget
macam lambat lagi je nak sampai Paris, kita pergi la Patouxay dulu
Supplier makanan halal di Laos. Dhaka/Nazim restaurant
melepak petang di Vientiane
Cafe favourite kat Laos
Thank you Laos for being nice to us.

Pasal cost aku memang tak reti nak advice, travel la ikut keselesaan dan kemampuan diri sendiri. Kitaorang bawak around USD 300, tapi ada balance lagi 50-60 USD. Hotel semua pay at property.
Tapi laos ni agak pricey jugak la terutama part makanan hala and transport. Airport transfer 5 minit perjalanan 70000kip (RM 35). Nanges...

So, kesimpulannya Laos ialah seronok. maybe tak la meriahuolls macam Bangkok or KL, tapi aku suka vibe dia terutama Luang Prabang. Trip ni memang takde rushing langsung. Ko mampu bila tengahari sempat balik tido kat bilik dulu. Petang-petang rileks je melepak kat cafe ataupun tepi sungai. Rasanya sebelum-sebelum ni bila travel memang full je schedule dari siang membawak ke malam. Rasanya ni trip oversea terakhir untuk 2017 dan mungkin sehingga tengah tahun 2018. Sedih pulak nak gantung passport, tapi apakan daya, ada perkara yang lebih penting perlu diselesaikan.

Till next entry


dzuli

4 comments:

  1. cantiknya view. and teringin nak pergi waterfall tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi la..lawaa..senang je nak sampai situ, takyah trekking bagai pun hehe

      Delete
  2. tengah tahun 2018 ke mana pulak tu?

    ReplyDelete