Tuesday, December 26, 2017

#Kesekian ke Johor- Tanjung Piai

Assalamualaikum

Plan nak sambung entry Laos, tapi gambar lupa download dari dropbox pulak. Sambung balik entry #kesekian ke johor haritu.

Hari kedua, plan nak pergi tanjung Piai. Pagi lagi dah keluar dan nak breakfast Johor style kat Plaza Larkin. Syok jugak kat sini. All Johor cuisine under one roof gitu.
Dah dasar semua kuat makan, penuh jugak meja dengan mee rebus, kacang pool, goreng pisang tanduk, lontong goreng. Goreng pisang kat sini memang sedap, siap tambah order jadi 2 pinggan. Pisang manis dan tepung dia crispy. Kacang pool dengan lontong goreng aku tak makan sangat. Cannot go. Mee rebus tu ok. sedap jugak.

Nampak sunrise lawa dari tingkap rumah.



Lepas makan terus drive ke Tanjung Piai. Jauh jugak la, almost 2 jam kot. Macam-macam benda la jugak sembang sementara nak sampai sana. Dengan diorang ni takleh tido dalam kereta, kang kena cerca hahaha.

Sampai jua ke Southernmost Tip of Mainland Asia.

Cuaca memang panas nak jalan dari parking pun terasa bahangnya. Mekap dah cair dah. Bayaran masuk dikenakan RM 5.35 rasanya untuk dewasa.
Meh masuk dalam, pakcik yang jaga kat depan suruh jalan kat jetty dulu sebab katanya air belum surut, jambatan masih tenggelam.

Area entrance
jalan menuju ke hati awak..eh ke jeti
Area ni dah peluh jantan mula membasahi
Area ni lagila, peluh umpama air terjun Kuangsi. Sampai senget gambar haha
sampai jua kat sini. Kena tutup data handphone, dah roaming kat sini
walaupun ketibas berposing tetap on.
mamat hujung yang buat boring

Kami patah balik ke area entrance untuk gerak ke lokasi paling hujung di tanah besar asia. Berjalan hampir 1km di bawah terik mentari.

awal-awal lalu kawasan paya bakau ni..ok la lagi
Area ni macam kawasan paya bakau kat Kuala Sepetang tu
sampai sini..haaa..ketibas level sungai
tapi sempatlah berposing


semakin menghampiri. Dj dengan Ab yang fit dah sampai lama dah.
dan akhirnya sampai ke sini
Pelancong dari China kot tolong snap.
Abiang Ab tolong snap
Bagilah can sistur berposing macam america's next top model versi plus size.

Abis je sessi photoshoot, sampai satu group lain pulak, syukurlah takyah beratur panjang nak ambik gambar kan. Cepat-cepat balik semula ke main building, panas wehhh.
Sempat singgah kedai mana tah sebab semua dah haus, nak singgah pulau kukup la, pantai apa tah semua takleh, memang panas. Muka masing-masing dah boleh buat cucuq  udang.

Drive balik je JB semula, lalu Pontian, konon nak p muzium Nenas tapi semua macam takde mood sebab panas sangat. Perut pun dah semakin lapar. Jumpe gerai jual nenas dengan goreng pisang, singgah jap membasahi tekak dan mengalas perut. Mintak pakcik tu kupaskan nenas sebijik. Manis gila, sedap. Tapi perut dan lapar nasik

Ada jual tebu sejuk jugak.

Tiba-tiba semua rasa gatal kaki nak pergi JPO. Walaupun kami berempat ni bukan kaki shopping dan dekat KL pun ada premium outlet, apa salahnya kita menjenguk JPO. Aku tak pernah sampai lagi sini. Ramainya manusia, tapi rezeki dapat parking yang agak dekat dengan main entrance.
Orang agak ramai, tapi gigih jugak la kami usha kedai-kedai berkaitan. Ab ada nak beli baju kerja, aku pulak rasa nak tengok Carlo Rino (Coach hakak tamampuuu). Last-last semua keluar tidak dengan tangan kosong. Siap jumpa Kak Girl lagi, kakak yang suka dubmash lagu hindustan tu.


Masih panas..

Kerana kelaparan teruk, atas cadangan kawan DJ kami ke foodcour Tepian Tebrau. Lapar gila weh, apa yang sampai atas meja terus makan tanpa flatlay ke hape ke. Kitaorang makan udang, ikan, kerang, tauhu sumbat, nasik beriyani, nasik goreng dan total loss dalam RM 200.

Sempat ambik gambar bangunan je

Keletihan yakmat, kitaorang plan balik bilik dan mereput sahaja. Sempat la layan sunset depan hospital seround.



Balik je bilik, kedua driver kami tumpas, aku dan Mrs layan tengok tv. Around 9-10 malam baru la budak berdua tu bangun. Tengok drama budak autisme tajuk Fatonah dan Azali kot, nak ke bazar karat la, mengopi la semua dah tak mampu.
Lepas habis drama DJ ajak pergi McD, kami layan jela sebab dia dah bertungkus lumus drive siang tadi walaupun aku dan mrs dah rabak. Dalam mata rabak dan jugak la mengeteh dan borak sampai pukul 2 pagi huhu. McD yang kami pergi kat permas tu hampeh, cashier rude, kopi tak sedap dan yang paling best ayam goreng takde hahaha. Nasib baik Dj tak mengamuk macam Tonah kat kaunter tu.

Balik bilik dan sambung tido..



dzuli

No comments:

Post a Comment