Wednesday, December 6, 2017

Sabaidee Laos- Part 1 (National Museum & Mount Phou Si)

Assalamualaikum

Rasa bersemangat sikit nak update blog.
untuk trip kali ni, flight kami scehduled on 15 November 2017 pukul 6.35a.m. Sesudah subuh.
Macam biasa la kena overnight kat airport sebab takde sapa rajin nak menghantar pagi-pagi buta.
Flight ontime dan takde sebarang masalah. Masalah lain ada, si Ean ni phone dia rosak, memang kong terus, nak repair tak sempat, nak beli baru pun tak dan. Nasib baik la sempat call masa kat KLIA 2 untuk jumpe dekat mana.

pukul 8.30 waktu local kami mendarat di Luang Prabang International Airport, urusan immi lama gile, dekat sejam. Dah la aku ada book airport transfer dari hotel. Aku bagitau diorang flight landing pukul 8.30. Dah setel urusan immi, kita beli sim card dulu. Selain untuk update media sosial, internet penting untuk google maps dan nak google apa-apa yang patut since preparation trip tahape-hape. Aku amik UNITEL dengan harga USD 5 untuk 7 hari. Data 2.5 GB je, tapi ok la sebab kat GH/Hotel konpem ada WiFi.

Sampai je kat Arrival hall, dah ada orang pegang card nama aku. Kesian dia tunggu lama hehe.

Building airport ni macam chaghe gak. tapi tak dan nak ambik gambar

Perjalanan dari airport ke Guesthouse around 15-20 minit macam tu. Harga hotel quote USD 7. Macam mahal tapi aku pasrah je sebab survey dari kawan-kawan lain/Trip advisor tuk-tuk biasa pun takde la murah mana.

Sampai GH, bilik masih belum ready. So, kami letak beg dan gerak ke Luang Prabang National Museum/ Royal palace. Dekat je dengan GH, tak sampai pun 1km. Jalan kaki jela. Sebelum tu tukar duit dulu. Kitaorang mengamalkan tukar duit sikit-sikit dulu. Takut kang ada lebih KIP, rugi pulak. Money Changer pun memang belambak area LP ni.

Bayaran masuk ialah 30000 Kip (lebih kurang RM 15). dalam ni ada wat, ada satu macam paraving hall, ada patung King Sisavang Vong dan kebetulan masa kami masuk ni ada pameran antique cars.
Kami banyak berphotogedik je dalam ni since banyak photospots yang menarik.

Royal palace.
In the palace compound, there are several buildings including the Royal Barge Shelter, a conference hall, and Haw Pha Bang (a ornate pavilion) that houses the standing Buddha statue called Prabang. In the pass the Prabang statue and many other religious artifacts were housed in the palace, the front wing.
Also in the compound is a building that houses the royal car collection. It’s a small collection, mostly American cars from the 1950s to 1970s. Behind the garages is another building which has a gallery for rotating exhibitions.
The palace building can be visualized in three main parts: The front wing, consisting of reception areas; the throne hall (in the middle); and the back wing that was once residential area. (copypaste dari sini)


statue King Sisavang Vong. Seberat 5 tan
lotus pond

posing sikit
The King’s reception hall. Tak masuk dalam pun ada orang tu takleh masuk sebab pakai ripped jeans.
Wat Ho Pha Bang.
sebab building ni lawa, nah belanja gambar. Sapa la ambik gambar kerat kaki gue. Sobs.
 



 

nak view macam ni, ambik dari area tangga naik Mount Phou Si



ntah la bangunan apa.

ada jugak pameran kereta antik milik keluarga diraja kat garage belakang istana ni, tapi takleh ambik gambar.

Sebab masih awal dan bilik belum ready, kami jalan-jalan kat area bangunan depan tu. Lawa-lawa jugak building area sini. Tapi level panas dia ialah panas gila, tak berawan. ketibas jugak la

boleh sewa basikal kalau pandai naik
area ni banyak tour service, cafe dan guesthouse
tuk-tuk yang colorful

 
antara building yang menarik perhatian


Cafe dekat dengan GH

Around pukul 12 macam tu, kami balik hotel. Lepak-lepak jap, fresh up dan having lunch. Kami makan je bekal Brahims dari Malaysia. Bilik kitaorang ok jugak, standard la guesthouse. sempat kami tido seround sebab panas sangat nak keluar.


 

Dalam pukul 3.30 petang, kami keluar semula untuk naik ke Mount Phousi. Kitaorang keluar awal sikit sebab sunset pukul 5.30 petang, kang yang kurang fit macam aku ni mau terhegeh-hegeh naik. 
Sebelum pergi mount phousi, sempat grab pakej untuk ke Kuangsi Waterfall dari office Viva Travel 
& Tours dengan harga 30000Kip tak termasuk entrance fee. 

Pendakian dimulakan dengan menyumpah diri sendiri. Ada bayaran masuk dikenakan. 10000kip rasanya. Naik lagi, lagi dan lagi. Makin lama makin steep. Banyak kali jugak la aku berenti mintak nyawa.

 

Dan akhirnyaaa. pendakian yang berbaloi-baloi. Memang lawa la view dari atas ni. Mula-mula ambik satu port, lepak-lepak tetiba makin ramai aunty2 yang lebih tua naik, kami pun bagi la seat kami. last-last kitaorang yang merayap rata sebab takde seat. 
Disarankan naik awal sikit untuk menikmati view yang lawa sementara tunggu sunset.






Menjelang sunset, manusia bertambah ramai dekat atas ni. Rengsa pun ada, aku ajak Ean turun, dia tak mau lagi. last-last aku turun duduk kat stupa bawah sikit. Aku bagi kamera kat ean, aku lepak-lepak kat bawah. Tiba-tiba ada orang tegur "orang malaysia ke?"
Ada sorang mamat tegur, kami borak-borak kejap. Dia kata dia lepak Luang Prabang je 4-5 hari dan solo travel. Tiba-tiba datang minah salleh pulak "hai apa khabar".. what? ini rare. Rupanya minah salleh tu duduk Malaysia. Jumpe mamat tadi kat GH diorang. gitulah.

Gmabar susnset dari Ean yang gigih
 

penuh kepala orang dan kemera

Lepas turun bawah, kami mulakan misi mencari Wat That Restaurant dan Guesthouse yang dikatakan ada makanan Laos halal. Aku tanya Abdullah sebab dia stay situ masa last visit, dia cakap area mount phousi dan bagi address dari Booking.com. Aku ni masuk sampai lorong-lorong belakang, tak jumpe pun. Guna google maps, dia asyik tunjuk area dalam Istana tadi. Kami lepak jap minum fresh juice dekat night market sambil menyumpah Ab sikit-sikit hahahahaha.
Sebenarnya petang tadi dan ada cari tapi sampai kat tepi sungai Mekong.
Hampir give up dan nak pergi makan kat Nisha, tetiba Zara DM aku "jumpa tak what that?" aku cakap tak. Terus Zara carikan dalam google maps dan bagi direction. Pastu sorang followers dalam i.g nama @puteriii pun tolong bagi direction. Last-last lepas Zara bagitau, baru la jumpe What That sebenar, belakang area GH aku je pun huhu. 
Lokasi sebenar dia ialah line post office, nampak Joma Cafe belah kanan dan lorong kedua selepas Joma. Depan Sayo Naga BP. 
Katanya owner dia ialah rakyat Malaysia yang berkahwin dengan local. Kakak tu boleh la bahasa melayu sikit-sikit.

dinner malam itu. Green curry dan nasi goreng. Sedap gak. Harga green curry 15000kip, nasi goreng 7000kip

Lepas makan, kami balik bilik dan mereput layan TV.

abis 1st day di Laos. Rileks kan?

dzuli

1 comment: