Monday, December 11, 2017

Sabaidee Laos - Part 2 (Kuangsi Waterfall & Night Market)


Assalamualaikum
hari ke-2 di Luang Prabang. Pagi tu kami hanya melepak dalam bilik. Nak pergi tengok Alms macam dah lambat, nak pergi Mekong layan sunrise pun malas nak keluar. Oleh kerana tour ke Kuangsi  start at 11.00 a.m, kami bercadang untuk having breakfast for the king dekat Joma Cafe.Dekat gila dengan GH kitaorang, lompat dua kali dah sampai.
harga dia standard starbucks kita kot, tak lah murah macam coffee shop kat Bangkok ataupun Nepal. eh

selection yang mouth watering. Pilihla yang  boleh dimakan
pilihan kami pagi itu

Aku order Cinnamon roll dengan latte. Ean order chai latte dengan almond croissant. Tiba-tiba nampak pulak banner pumpkin pie. order la jugak. Dasar tamak. Tapi semua sedaplah, paling win sekali almond croissant tu. 

wajah happy kerana berjumpa coffee.
duduk tepi tingkap dan people watching @ cuci mata muahahaha.

Around pukul 10.50 kami gerak ke office Viva untuk  naik Van ke Kuangsi waterfall. Sementara tunggu, sempat jugak la grab tiket bas ke Vang Vieng. Harga dalam 120000 Kip rasanya. Kami ambil minibus.
Biasalah tour van, pergi pickup orang je dah dekat 30minit. Tido jelah dalam van.
Perjalanan ke KuangSi waterfall dalam sejam jugak la. Sampai je van parking kat parking area dan kena bayar entrance fee 10000kip.
Jalan sikit ke atas sana. Jalan pun ok je, bukan la nak kena hiking or trekking bagai.
Kami jalan terus sampai ke part atas yang merupakan lokasi utama Kuangsi ni

lawa gileeee.....walaupun ramai orang
versi matahari terik memancor
tidak dibenarkan mandi dekat sini



Tengah dok menngagumi kecantikan Kuangsi, jumpe satu family dari Malaysia yang satu flight dengan kitaorang haritu. Borak-borak kejap atas jambatan tu. Dah la orang tengah ramai, muahahaha.
Kitaorang tolong ambik gambar diorang, vice versa.


Punya susah nak dapat spot ni, jenuh berebut dengan sekumpulan aunties yang perposing sakan


Ada jugak cafe kat atas ni, bolehla kalau nak minum sambil menikmati keindahan Kuangsi. Kalau rajin, nak trekking sampai atas pun boleh. Kami turun bawah untuk pergi ke tempat mandi-manda.

Sampai bawah, mak aii..punya la ramai manusia. Dah macam party kat bawah ni. Terus aku turn off nak mandi. Aku biar je Ean jadi buaya kat dalam tu.
I lepak je tepi sambil main handphone ahaha.



Dinasihatkan masa mandi, berhati-hatilah bila naik atas. Agak licin. 2 orang jatuh bedebuk depan aku. Yang sorang tu, sejurus selepas aku bagitau Ean, tiba-tiba selepek jatuh depan kitaorang. Terkejut kejap, baru nak p tolong, dia bangun dan angkat sign "good".

Lepas dah mandi, tukar baju, kami turn bawah pergi Bear Conservation Centre.




Around 3.30p.m, van pun bergerak pulang ke Luang Prabang town. Boleh pulak masa nak balik, geng-geng laki mat salleh tu tak pakai baju. Blusing Ean..hahahahahaha.
Sampai bilik kami rehat jap, makan dan terus ke Mekong River untuk layan sunset.
Dapatla jugak sunset sipi-sipi. Sunset dekat LP ni pukul 5.30 p.m





dah layan sunset, ayuh ke pasar malam menabur Kip. Aku aware ramai bagitau night market ni mahai. Tapi aku nak tengok jugak dan masih berazam untuk membeli sehelai tenunan Laos. Cewah.

Payung kertas
tanya harga, 5Juta Kip nakkk....terus berlalu pergi.
kalau handmade Luang Prabang ni biasanya pricey sikit. Bargain hard uolls.
rembat sorang satu. Harga 10000 Kip
Yang ni murah sikit...USD 10, aku pun beli la satu. buat lepas gian.
Tshirt pun ada. Tak minat dah

Kraftangan 3D. menarik
Kopi dan teh organik. made in Luang Prabang (katanyaa)

Konon-konon taknak shopping. Terlebur jugakla duit kat Night Market ni. Macam tak percaya je dah last night kat sini. Kami pergi lepak kat Indigo cafe melayan keheningan malam dan wallet.

ni bukan Indigo cafe
Ni Indigo cafe
beli lemon slice kat gerai depan, order air je

Dah puas melepak sambil buat kira-kira, kami pun menapak pulang ke GH. Esok nak kena bangun awal. Nak tengok Alms Caremony. Beg pun nak kena kemas.



Hasil tuaian di Night Market

Tamatlah hari kedua dan malam terakhir di Luang Prabang.
Vang Vieng pula esok..ayuh!!




dzuli

No comments:

Post a Comment