Friday, December 15, 2017

Sabaidee Laos Part 3 - (Alms caremony, Perjalanan Ke Vang Vieng, Namsong River)

Assalamualaikum

Berikan tepukan kerana masih gigih menaip blog untuk kenangan masa hadapan.
Hari ketiga. Harini kami akan bertolak ke next destination iaitu Vang Vieng. Tapi haruslah kita menyelesaikan satu lagi "must do when in Laos" item iaitu Alms Giving atau Alms Ceremony.
Upacara memberi makanan kepada monks. Aku baca blog Abang Meng katanya upacara ni dah jadi very touristy terutama di Luang Prabang.

Sesudah subuh, dengan wajah tak mandi kami turun dari guesthouse ke jalan besar depan Joma Cafe. Malam tu ada tanya dekat Janggel lokasi Alms ni, dia cakap area night market pun ada.
Dah ramai orang sedang menunggu. Ada jugak makcik-makcik jual bakul giving kat kami.
Mula-mula segan nak p dekat-dekat tapi dah lama-lama tengok ramai je orang pergi dekat-dekat, aku pun join je lah . Kesian pulak tengok budak-budak tu bila ramai sangat pelancong berkumpul tepi-tepi diorang.

Ramai local dan tourist dah menunggu untuk memberi makanan.

ramai monks macam budak-budak lagi

 

Pukul 7 a.m dah busy

Kami naik bilik dan bersiap. pulul 9.30 tuk tuk akan pickup kitaorang untuk ke stesen bas.

Breakfast dari Malaysia.

Dalam pukul 9.15 kami dah turun bawah untuk checkout, tak lama lepas tu tuk-tuk pun datang ambik. Nampak sorang mat salleh ni melilau cari hotel dia. Dia sehelai sepinggang dan hanya bawak resit hotel dan beer. Kesian pulak dok memusing cari hotel, budak hotel aku pun tak tau hotel dia mana maybe communication barrier. Aku pun satu, lupa nak tolong search dalam google maps.

wajah happy sebelum tahu apa yang bakal terjadi. Ada 5 orang je dalam tuk-tuk ni semua ke Vang Vieng

Tuk-tuk tu dropkan kami kat stesen bas dan kitaorang pergi kaunter untuk tukar resit kepada tiket bas. Sekali tengok kitaorang bukan dapat minibus, tapi bas biasa macam transnasional tu. Dalam bus tu hanya ada kami berlima dari dalam tuk-tuk, ada 4 orang makcik pakcik dari france dengan beberapa locals.


bas yang kitaorang booking sepatutnya mcam ni. Motor pun ada ats bas tu

Geng-geng locals tu turun kat tengah2 jalan sebelum sampai Vang Vieng. kitaorang bantai tido je. Tiba-tiba aku terjaga dan terpandang keluar tingkap..
berderau darah, jalan sempit,curve dan gaung dalam. Seram sejuk rasanya, dah la takde railing macam kita.
Ada pulak yang kawasan jalan rosak dan bertembung dengan kenderaan lain dekat selekoh!!
gila nervous aku..
Macam dalam hati, cepatlah keluar dari kawasan ni (sambil berzikir). Dekat sejam jugakla kami melalui jalan2 horror.

Tapi view memang lawa..ada sikit2 mengingatkan aku kat jalan nak pergi Phillips Island.


Yang ni macam kat Nagarkot..tapi versi panas

Curve level 90 darjah. REAM guidelines tak lepas ni, apatah lagi ATJ

Bas ni ada berenti dekat satu restoran untuk lunch. Kitaorang tak turun pun. Makan Brahims je atas bas. Ada berenti kat stesen minyak jugak untuk toilet. Surprisingly toilet dia bersih dan ada bidet.
Tengah2 jalan bas tu ada berhenti untuk bagi tumpang sekumpulan warga China yang bising gila. Mula la imajinasi liar aku ni, cuak sikit. Tapi sebelum sampai Vang Vieng geng China tu dah turun.

Around 3.30p.m, pakcik bas berhenti dekat stesen bas dan mengumumkan kami dah sampai Vang Vieng. Kelakar tengok muka sorang-sorang macam lega dan bersyukur sebab dah sampai.
Kami ambik tuk-tuk untuk ke hotel kami dengan harga 20000Kip.
Mula-mula pakcik tu hantar kami ke May Lin Guesthouse, nasib baik aku open google maps, dan bagitau dia lokasi salah. Guesthouse kami nama Maylay.


Akhirnyaaa....sampai ke GH. Naik atas dan berehat  sekejap dan solat . Masih trauma dengan gaung tadi. GH ni best la, antara yang paling selesa tapi tangga tinggi umpama mendaki phousi mountain. 

Bilik paling selesa semasa trip Laos.

Petang sikit, kami menapak ke Namsong River. Dekat je ngan GH dalam 5 minit jalan kaki. Sebelum pergi lepak, kitaorang singgah mart beli jajan.

Bamboo bridge
suasana petang di Namsong


Kat Namsong ni famous dengan aktiviti air la macam tubing, kayaking, naik bot pun boleh. Nak melepak sesaja pun boleh. Kitaorang yang takde apa nak buat ni ambik satu port, order air dan melepak menunggu sunset sambil layan lagu Kpop vs lagu Laos vs Lagu Hollywood.
Berlawan-lawan, bising jugak la. tapi pasrah je la. lagu laos ni kadang-kadang annoying sikit, suara high pitch/ sumbang hahahahaha.

Lawanya area villa ni, apakan daya bajet tak menyebelahi
Jumpe kacang Tong Garden ada cop Halal
apahal tah camera henphone aku ni.
depan ni cafe yang pasang lagu hollywood
Boleh naik bot ni ronda-ronda sungai.
Ni area kami lepak. Order air tin dan makan kacang dari K-mart


makin malam makin meriah

hari makin malam dan perut pun dah lapar. kami pergi cari restoran nazim tu. Masa naik tuk-tuk kami nampak. Guna la google maps, sekali dia bawak kitaorang pergi nazim tak halal. Nasib baik tanya dulu sebab nampak lain macam je kedai tu. Kakak Nazim tak halal tu bagitau Nazim halal kat depan sana, rupanya dekat je dengan GH. Lokasi sebenar ialah depan Viva Pub.

Depan kedai ni
Ada jual rotee halal jugak
Signboard nazim tapi menu book tulis Dhaka Restaurant
order nasi goreng, nan cheese dan chicken tikka

Nasi goreng kat Nazim ni sedap. Yang lain-lain tu biasa-biasa je. Harga dah tak ingat tapi macam mahal jugak la. Tak kisah la, yang penting dapat makanan selain Brahim's

Lepas makan kami cari pakej ke Blue Lagoon. Pakej start at 2.30 petang dan harga 50000 Kip termasuk entrance fee.
Setel semua, balik GH dan tido je. Kat VV ni takde night market ke apa ke nak membuang masa.




dzuli

No comments:

Post a Comment