Tuesday, March 21, 2017

Namaste Nepal - Part 1 (Arrival & Thamel Street)


Assalamualaikum

Aku nak mulakan entry Nepal since office punya kerja masih under control. Lagipun excited pulak nak buat entry ni.

9 mac 2017, flight kami dijadualkan pada pukul 12.30 tengahari. Ada 4 orang ahli trip termasuk udey akan naik flight yang sama dengan kitaorang. Pagi-pagi mintak najah dropkan aku kat TBS before dia masuk office. Boleh la pulak pagi tu jem hazabedah kat SILK dan kitaorang ikut jalan waze. mak aih, lalu kilang-kilang mana ntah, nak nangis aku mengenangkan tayar yang baru tukar kena lalu jalan tahape-hape. Sampai la KLIA dengan selamatnya lebih kurang pukul 9.30 pagi. Awal lagi tu, mari breakfast dan mereput kat McD dulu. Masa tengah breakfast, Udey roger cakap dia dah sampai. Tapi aku masih tunggu Ean dan kak Yang yang lewat dan sangkut dalam jem pulak. Sebagai seorang introvert, aku segan nak p join Udey, aku cakap la kitaorang akan hai-hai dekat gate nanti.

Diorang sampai je dah dekat pukul 11.00 pagi dah, cepat-cepat masuk departure hall. Smpai je kat gate, ramai tengah boarding, so kitaorang lepak dulu. Beberapa menet kemudian, datanglah seorang mamat menegur kami, ya..itulah tokey trip ini. Udey Ismail. Hai-hai dan berkenalan kat gate je. Actually, memang kami semua ahli trip tak pernah jumpa pun. Apa-apa info thru wassap je.

Cabaran menaiki pesawat dengan warga Nepal, hahahaha. Seperti yang diketahui, kebanyakkan warga nepal datang berkerja lah di negara kita ni, so diorang bawak balik barang memang banyak, rasanya 30kg allocation pun konpem penuh, so overhead compartment memang macam nak meletop!!. Terjerit-jerit FA tak bagi diorang sumbat barang dalam overhead compartment yang dah full tu.
Aku, Ean ngan Kak yang pulak duduk asing-asing sebab nak dok tepi tingkap kononnya. Sebelah kami memang Nepalese lah, boleh la pulak diorang ni selambe je invade personal space kita sebab nak tengok view kat tingkap, Ya amponn!! puas dah " excuse me, excuse me" Tau la korang excited nak balik kampung.

Flight mendarat je, memang kitaorang tergelak-gelak dan berjanji yang kami akan duduk sekali untuk flight balik nanti. Nak tengok himalaya sangatlah kan..yang ko dapat, terkepit hujung seat sebab diorang ramai-ramai nak jenguk tingkap !!

senarai barang-barang kena bawak.

Flight mendarat di Thibuvan International Airport lebih kurang pukul 2.30 p.m
Bienvenida Kathmandu!!

Sampai je airport, kami terus apply Visa on Arrival. Awal-awal lagi Udey dah suruh kami isi form online dan print siap-siap supaya cepat sikit urusan. Tengok mat-mat salleh baru dok beratur nak isi online kat mesin-mesin yang disediakan. kami terus je ke kaunter visa dan bayar RM 120 ataupun USD 25 untuk visa 15 hari.

Masa ni baru berkenalan dengan jemaah yang lain, kak Maz, Julie dan Inaz. Dah setel semua terus p ambik beg dan berjanggut gak le nak tunggu. Sebelum keluar airport dengan luggage, diorang mintak luggage sticker dekat boarding pass tu, first time la aku jumpe airport mintak menda tuh. Tapi Udey dah pesan siap-siap dah dari tadi.

Keluar je airport, kami dijemput oleh tokey Odea Services, Devi
wargh..cam tak caya dah sampai Kathmandu *sujud syukurrr*
Disambut umpama PM dengan kalungan bunga dan air mineral, masa ni jumpa sorang lagi guide kami iaitu Hanis@Darabdua. Aku follow mamat ni lama dah dalam twitter dan i.g, akhirnya berjumpa jua. Hanis datang naik flight AirAsia dan dia seorang je warga melayu dalam flight tu. Nasible..haha.

Naik van dan dibawa terus ke hotel. Jarak dari airport ke hotel kami dalam 30 minit macamtu.



Art Hotel, Thamel Marg
Bilik triple sharing. Lawa dan agak luas. Puas hati!!
Devi's welcome kit haha..passport tu aku punya la.

Semua jemaah pun jenis tak sesabo nak explore Thamel street, kami berkumpul semula kat lobby around pukul 5.30 untuk minum petang dan jalan-jalan.

depan hotel

Devi bawak kami minum petang kat Hotel Mandap. Kami dapat rasa makanan terkenal di Nepal iaitu momo dan pakhoda. Momo ni macam dumplings la either fried or steamed. Pakhoda ni macam kuih india yang kacang dal ada sayur-sayur tu. Aku lagi suka pakhoda. Layan pulak dengan masala tea petang-petang yang dingin..perghhhhh

geng sampai awal. Yang baju belang tu Devi. Laki ye bukan pompuan

comel je restoran  ni
ada hotel dan bakery jugak. 
Khusyuk dengar diorang dok sembang pasal travel
masala tea terbaek
Pakhoda
Steamed Vege Momo
Lepas makan, kami jalan-jalan usha Thamel Street. Udey nak cari essential oil. Kitaorang pulak cuci-cuci mata je. Baru 2-3 jam di bumi KTM, takkan nak tapur rupee dah kan?. Kami juga tukar duit rupee kat sini je. Rate lebih kurang Rs 100 = RM 4 camtu.

kedai jual cenderamata
sabun dari bahan semulajadi
banyak pub, restoran dan kedai-kedai
majlis kawin pun ada
syukurlah Malaysia guna underground cable.
orang shopping, kau selfie
cari essential oil




Udey bawak kami masuk kedai "Beni". Kedai yang menggunakan barang-barang recycle menjadi souvenir dan duit hasil jualan disalurkan ke tabing apa ntah. Tokey kedai ni la penulis buku "penguins of Himalaya" yang menceritakan pasal porter/guide di Everest kalau tak silap. Aku x beli pun sebab Kak Yang dah beli.



Dah abis jalan-jalan, balik hotel dan mengopi dekat kedai kopi bawah hotel. Kononnya nak tunggu geng yang datang naik flight dari KL pukul 6.10 p.m. Pukul 10.00 malam diorang tak sampai-sampai lagi so kami naik bilik dulu, mata dah nak melabuh, Udey call bilik ajak keluar untuk dinner dengan jemaah yang baru sampai around pukul 10.30 malam. Turun lobby dan berkenalan pula dengan ahli yang baru sampai, Alin, Leen, Tini, Hikmah dan Asiah.

Kami pergi dinner dekat satu pub H2O, dekat-dekat je dengan hotel. Makan momo, pakhoda dan veggie fried rice sambil bersembang-sembang.

Balik bilik dah dekat pukul 12.00 malam, habislah hari 1st di kathmandu yang penuh dengan adengan menyembang dan mengenali hati budi..cewaahhh..



Till Then



dzuli

Friday, March 17, 2017

Namaste Nepal - Pengenalan


Assalamualaikum

Alhamdulillah, aku telah selamat pulang dari trip Nepal (Kathmandu). Dekat setahun jugak la plan, ditambah dengan hiccups sana-sini, akhirnyaa..tanggal 9 Mac 2017 kami berlepas dari KLIA dan 14 Mac 2017 kami pulang semula ke tanahair
Trip ini hanya 6 hari 5 malam dengan fokus utama ialah Holifest dan attractions di Kathmandu sahaja.

Sebenarnya aku join tour under @kiwionearth (dulu dikenali sebagai aoteroa tour) dan tokey trip ini ialah Udey Ismail, yes the photographer. Ni kira first time la aku join group tour yang besar dan all included. Selalu join ground package je. Memang risau jugak la kan sebab banyak baca benda-benda tak best pasal tour package dalam FB, tapi Alhamdulillah semuanya sangat Ok dan best gilaa. Akak bagi 5 bintang kepada kiwionearth

Cerita dia, aku memang lama dah teringin nak pergi Nepal lepas tengok video "Postcard to Kathmandu"- by Udey Ismail jugak around 3 tahun lepas. Lepas tu tengok pulak gambar2 dan cerita dari Meng dan Agip. Tapi impian tu aku simpan je lah dulu. Tiba-tiba suatu hari di tahun 2016 aku nampak i.g post dari kiwionearth "Holifest tour 2017". Apa lagi..terus aku umpan geng trip Cambodia dan diorang semua nak pergi. Yes!!

pakej tour RM 1200 with booking RM 300 sahaja. Agak affordable lah kan, kami juga dapat beli tiket return KUL-KTM return dengan harga RM 1060 (sapa suruh terhegeh-hegeh beli lambat). Duit belanja aku just bawak USD 300 dan cukup untuk makan, entrance fees, shopping dan mengopi. Tu pun ada balance sikit.

kat sini aku bagi simple itinerary kami sepanjang kat sana :

9 Mac 2017 - Bertolak dari KL. Waktu KTM awal 2 jam dari Malaysia. Free and easy sahaja, jalan-jalan di Thamel dan mengopi

10 Mac 2017 - Jalan-jalan di local market, Udey bagi tips photography sikit-sikit. Best gile local market diorang, banyak benda "tersembunyi"

11 Mac 2017 - Bhaktapur, Pashupatinath Temple dan Boudanath Stupa. Malam ada welcome dinner with culture dance

12 Mac 2017 - Holifest..Happy holi!!!

13 Mac 2017 - bertolak ke Nagarkot ( lebih kurang 1 hour dari KTM)

14 Mac 2017 - Balik Malaysia 


Aku tempek sikit gegambar yang sempat diambil. Seriously KTM memang picturesque. Kalau zaman kamera kodak, 3 gulung pun belum tentu cukup haha.

mengopi di Himalayan Java. Sedapnya kopi diaaaa. Biji kopi dipanggang segar

morning at Thamel Street.
pintu diorang yang unik dan comel. Konpem aku kena masuk mengiring haha..
Budak sekolah yang sporting
Local Market

masuk dalam rumah orang. Tapi kami mintak izin

Sadhu di pashupatinath. Katanya yang ni bukan sadhu sebenar, saja je cari duit lebih
Pashupatinath lagi
tengok body cremation caremony. Dari jauh jelah
wajah-wajah di Bhaktapur 
setiap lorong ada keunikannya
ajak member baru buat perangai - Travel for social media hahahaha
ehem.
red clay bricks dari bangunan sampai ke jalan. Me likey!!
bermandi serbuk colour. Happy holiii!!!
90% jemaah trip ialah perempuan. 
Tour guide dari Odea Services yang menjaga kami dengan baik sekali
gambar lawa dari sifu Udey Ismail. masuk TV nepal ni, nasib baik bukan TV3, 
Hutan pine di Nagarkot. 
view dari balkoni bilik, kalau cuaca elok nampak Himalaya range wooo
nampak sikit himalaya range. jadilah pengubat rindu
bukak pntu bilik nampak ni...rasa taknak balik
full moon di Nagarkot
from Kathmandu with Love
banyak mengopi kat sini, almost hari-hari
hasil godaan abam peniaga di Thamel. 

Memang best gile Kathmandu. Agak busy dan sesak tapi aku suka je. Orangnya pun baik-baik sahaja. Service dari Kiwionearth dan Odea services memang terbaek. InsyaAllah kalau ada trip yang sesuai aku tak ragu-ragu nak join lagi.

Special thanks to Udey, Hanis dan Devi .

Ahli jemaah memang sporting habis, semua best dan sekepala. Anda semua menjadikan trip ini lebih indah dan bermakna!!

Ean dan kak Yang..seronok rasanya berkongsi trip yang best ini dengan ualls..bulan Mac ialah bulan berjimba (menurut memory FB haha)


Full entry mungkin menyusul 2-3 bulan lagi dan sementara itu, marilah mereput kerana aku akan menggantung passport sampai hujung tahun ni T_T





dzuli