Thursday, September 13, 2018

Vertigo, Banyan Tree - Kuala Lumpur

Assalamualaikum

Seronok ye rakyat malaysia mendapat 4 hari cuti. Penuh timeline soc med aku dengan gambar-gambar travel. Carta diungguli dengan Melaka, Thailand, Hong Kong dan Langkawi.
Aku? mereput kat KL. Pergh...mixed feeling la. Kejap boring gile, kejap rasa seronok sebab boleh buat kerja-kerja lain yang tertangguh kat rumah tu.

Hari Ahad tu aku heret jugak najah untuk ke Banyan Tree. Terpengaruh dari blog Abang Meng la ni.
Kami gerak around lepas Asar, rupa-rupanya trafik lancar gile dan kitaorang sampai kat Banyan Tree tu around 5.30 camtu.
Naik jelah atas terus, gedebuk gedebak cari parking bagai dah 5.40p.m. Rate parking ok-ok saja. RM 6 per entry, RM 5 additional hour, gitulah lebih kurang.
Sempat singgah kat Bake by Banyan, mula-mula ingat nak makan pastry tapi rasa malas pulak sebab lagi 15 minit je nak tunggu Vertigo buka.

Vertigo dibuka start 6 p.m, lepak la kejap kat waiting area.
Pukul 6 terus cargas naik atas cop tempat duduk. Since kami berdua je, kami duduk dekat bar menghadap KLCC. Viewgasm!!!


kalau group boleh lepak sini



Kami oder air jelah, koser la nak makan. Light bites ko pun dah mahal gile haha. #knowyourlevel
Najah oder Soft Approach Mocktail (RM 35) aku biasalah oder ice latte (RM 24). Kat sini pekerja dia kebanyakkannya peramah.


parking kitaorang. Arghh..me likey !!


Sebab awal lagi, lepak-lepak dulu. Plan asal opkos la nak menunggu sunset, tapi waktu ni dah mendung dan sendu.





Around 6.30 camtu orang dan mulai ramai, full dah kat seating area belah sini.




Royale Chulan dan Kompleks Kraf
our beloved KL Tower yang aku tak pernah naik lagi.
The Exchange yang aku tertukar dengan KL 118. Serious aku ingat ni KL 118. 
Pencakar langit kuala lumpur


Tengah dok menantikan susnset, tetiba hujan turun lebat sekali. Semua lari masuk dalam. Nasib baik ada bar ni, kitaorang tak give up lagi, sekali hujan memang lebat gile, pekerja pun dan tarik kerusi dan kusyen masuk dalam.
Around 7 p.m kami pun give up, ralat jugak la konon nak tunggu KL waktu malam. Sesak sebenarnya duduk ramai-ramai dalam tu.


layan brader ni buat teh tarik sementara nak bayar
Cuaca tidak mengizinkan. InsyaAllah akan kembali

So, berbaloi ke idok? Mana lagi best? Vertigo by Banyan or KH tower Helipad?
Berbaloi jugak la sebab view lawa banget, (bagi yang meminati cityscape).
Helipad view lebih clear sebab takde cermin kat tepi so tapi view dari Vertigo lebih awesome.
ape aku tulis ni? arghh whatever.
Boleh la dicuba kalau tetiba nak feeling-feeling crazy rich asian walau hakikatnya kau miskin bandar asian sajur.

Dinner? haha, kami gigih nak pegi Little Rara, tetiba Little Rara tutup dan kami makan jelah kat Ikan singgang sebelah Quill City Mall tu. Sedap la layan ikan singgang dengan daging kunyit dikala sejuk hujan kan. Crazy rich asian sangat.




Dzuli

Friday, August 24, 2018

Cafe Hopping 3.0


Assalamualaikum

Rasanya tahun ni slow sikit cafe hopping bagai ni. Mungkin perubahan status, faktor umur ataupun dah boring makan makanan hipster. Seriously aku rasa sekarang ni aku prefer homecooked meal ataupun makan je kat mana-mana yang sedap biarpun repeat 13 kali pun.

Aku kongsikan beberapa cafe yang sempat dicuba beberapa tahun lepas haha.

1. Huckleberry
Terletak di Bandar Sri Damansara, colleagues aku yang bawak sebab dia kata cupcake sini sedap gile. Banyak menu lain yang menarik tapi sebab masa aku datang ni, kitaorang masih kenyang, so oder cupcake dengan coffee jelah. Sedap jugak la cupcake dia, banyak pilihan tapi aku masih suka Fluff punya cupcake.





2. Janhet, Bnadar Baru Bangi
Format dia macam Menate, pilih daging dan suruh orang tu masak. Sedap jugak. Sides pun boleh pilih. Harga lebih kurang menate. Tak tau la kafe ni wujud lagi ke tak hahaha.



3. Little Rara.
Tidak perlu diperkenalkan lagi. Aku suka gile makan kat sini. Tapi sebab dekat KL sana, tak rajin la nak pergi selalu-selalu plus lokasi dia yang tak berapa convinient untuk aku. Yang dekat KLCC jem+payah parking, yang dekat Jalan Sultan Ismail pun payah parking. Tapi sempat jugak la 2 kali try sini. Sekali dengan kesekian sekali dengan adik aku.
Kalau tomyam dia sedap lagi yang dekat Jalan Sultan Ismail kot.



3. New Chapter, CCC Bukit Jalil
Kafe ni terletak didalam Calvary Convention Centre Bukit Jalil. Susah nak nampak melayu sebab dalam kawasan church. Najah la bawak sini sebab waffle dia varieties dan sedap. @ kali jugak la datang back to back sebab lepas aku datang, kesekian pun ajak ke sini.

earl grey ice cream tu sedap giler. Rose latte tu aku tak berkenan sangat rasa dia



4. Sasana Kijang Cafe
Dah diulang beberapa puluh kali kot dalam blog ni haha. Food decent, tak la sedap sangat tak la hauk sangat. Selections pun banyak. Dari main course ke dessert dan coffee, semua ada. Port membawang dengan Moi dan Eda di hari Jumaat. 



5. Baan Kanom Jeen, IOI City Mall
kalau bagi pilihan, makanan yang aku boleh makan hari-hari ialah Thai Food. Baan Kanom Jeen ni specialties dia ialah Laksa Thai yang aku rasa susah jugak la nak cari. Ayam goreng kat sini memang sedap, crispy dan ada sos apa tah yang sedap. Dah 2 kali jugak la try makan sini, rasa memang tak mengecewakan. Harga pun ok-ok, affordable tak pricey macam Absolute Thai.



6.Tim's Teapot Terrace
Kek dia sedap!! dan deco dia lawa walaupun kelihatan macam rumak makcik2 orang putih.



7.Stalkers Cafe
haha, Kafe Bamtah. Saja je ke sini sebab kebetulan ada kat area Kota Damansara ni.
Food decent. Tak sedap gila dan tak hauk berdasarkan apa yang kami order.




8. 10gram, Tamarind Square
Decoration memang lawa namatey. Food takleh nak bagi komen sangat sebab kitaorang hanya try belgian waffle saja. tu pun so-so rasa dia. Tapi kopi adalah sedap.





Tu jelah yang boleh dikongsi since gambar-gambar tempat lain banyak yang hilang.


dzuli

Thursday, August 16, 2018

Ipoh Trip 2018 - M Boutique Hotel & Sarang Art Hub


Assalamualaikum

Sambung balik pasal trip Ipoh yang hampir sebulan dah berlalu tu. Tujuan asal kitaorang nak try M Boutique hotel ni. Kitaorang book Premiere King sebab boleh occupied 3 orang. Farhana book King Room. Harga thru Agoda Rm 250 dan additional bed RM 50 sajur. Farhana punya RM 175 camtu. Agak affordable jugak lah. Not including breakfast.

kami check in dah around 10 malam. Urusan memang sekejap je. Tengok lobby pun dah teruja. 
Aku tempek gambar jelah. Serious hotel ni very my taste. Farmhouse/industrial design gitu. dengan pengunaan recycle material. I.D and furniture lawa nakmati. Argh!!

Lokasi yang station 18 ni area shoplot je, so takde view menarik ke apa ke. Depan ada Speedmart, dalam 200-300m ada Jusco Station 18 dan belakang tu ada Tesco station 18. Takdela pool ke apa ke, maybe kurang sesuai la untuk family yang anak-anak suka nak mandi pool. Parking disediakan tapi depan-depan hotel jelah


pintu-pintu lama jadi hiasan luar bangunan



Lobby dia lagilah lawa. Menetess





Common area kat luar bilik



walkway pun lawa


Bilik kami. Bilik Farhana tak sempat nak ambik gambar. Aku sangat puas hati. Bilik besar, plug point banya, Toilet besar gila dan lawa. Tapi bilik farhana toilet dia takde pintu. Nasib la laki bini, kalau ngan kawan-kawan mau kena perambat diorang keluar kalau nak berurusan. Ironing romm dan laundry room ada kat level 2. Tak sempat ambik gambar sebab tak bawak phone. Ironing room pun lawa, lantai dia dari kayu terpakai.

4 poster bed siottt.. 
simple bar. Ada snack and mineral water. Takde view la kat depan tu
Ada sofa untuk melepak jugak. 
Illy coffee machine. Aum sangattt!! sempat la layan secawan.
Additional bed pun best. Bukan jenis tilam biasa tu. 

Oleh kerana sayang nak meninggalkan hotel yang cantik, breakfast pun kami ambil kat hotel je. Yes I know New Hollywood, mee kicap lebih tempting, tapi tu lain kali la.
Breakfast set harga RM 16 per person. Pilihan menu seperti nasi lemak, mee kari, english breakfast dan ramen.
Kami bertiga turun awal sikit dan sempat oder nasi lemak. Farhana ngan Yin turun lambat, nasi lemak habis dan diorg order english breakfast dan ramen.
Restaurant dia pun cantik banget dan specialties in japanese food.





nasi lemak yang agak sedap. 
ada pilihan coffee or green tea.
dekat walkway luar

Tepat pukul 12.00 barulah kami check ou dan ke lokasi pilihan aku iaitu Greentown Dim Sum. Ya ampun tempat ni, memang sampai terkenang-kenang. Mana lagi nak dapat dim sum halal murah dan sedap. Orang agak ramai tapi kitaorang berjaya dapat seat awal. Ada beberapa menu salah tulis hahaha. Tapi tibai jelah masih sedap. contohnya fried pawn dumpling tu, nak oder benda lian, silap tulis tapi yang sampai tu sedap la jugak. Aku oder 2 set salted egg bun, rupanya budak-budak ni tak suka sangat. Aku rasa 3 bijik kot aku bantai sorang. Matilah nak!!

Ada menu yang belum sampai macam siumai dengan apabenda tah

birthday girls.
carrot cake sedap gila

Kitaorang plan nak cargas balik je terus, tiba-tiba Ean bagi idea untuk singgah Sarang Art Hub kat Tanjong Malim. Why not kan sebab aku pun tak pernah lagi ke sini.
Nostalgia sangat tempat ni, ada bilik yang dipenuhi poster filem-filem dari zaman P Ramlee sampai sekarang. Mengimbau kenangan sangat tengok movies yang dipernah disukai suatu masa dulu.
katanya lokasi ni ialah train station lama yang diubahsuai oleh Mamat Khalid menjadi kafe dan art hub. Ada jugak nampak pentas untuk live band. Surau pun ada.


cuaca hujan lebat dan kedai agak ramai. Kami duduk dalam bilik ni

Typewriter
skrip filem P Ramlee yang ditulis semula

kudapan petang. Lempeng tu sedap gak
Layan kek yang farhana beli kat Ipoh tadi



Harap jangan muntah dengan gambar-gambar di bawah. #berilahpeluang





Around pukul 7 jugak la kami pulang ke sarang masing-masing. Hujan lebat dan jalan jem, dekat pukul 10 jugakla aku sampai Cyber dihantar oleh Farhana dengan Yin.
Trip ni sangatlah simple, tapi saja je la girls trip kononnya. 
Thanks Girls and Yin. InsyaAllah ada masa and duit lebih nanti bolehla pergi tempat lain pulak.


dzuli