Wednesday, January 10, 2018

#Kesekian ke Johor - Part Finale

Assalamualaikum

Hampir tercicir pulak entry penutup trip kesekian ke johor tahun lepas.
Last day ni takde apa-apa pun. Plan asal kelaut jugak sebab semua macam letih. Maklum la travel dengan makcik-pakcik tua, gitulah. eh

Pagi tu, kawan Dj, Rina datang pickup kami dekat rumah. Breakfast dekat umah je pagi tu sebab dah plan nak makan dekat jalan Dhoby. Sampai je, kami terus jalan-jalan sekitar Jalan Dhoby. Dulu 1st time aku dtang macam lawa sikit, skg dah macam abandoned pulak. Tempat ni ada peluang nak jadi macam penang or Arab street, harap dapatla majlis buat sesuatu. Tapi kafe hipster banyak la area sini. Menarik belaka.

bangunan lawa yang juga sebuah Cafe
street art yang so-so saja hahaha
dulu pavement sini warna warni, lawa. skg dah pudar dan tak dicat semula.
saja je lepak sini walaupun dah tau air dia tak sedap
semua terperdaya dan beli sorang satu hahahaha.

Sampai waktu lunch, terus kami ke It Roo Cafe yang katanya menghidangkan Chicken Chop nostalgia sejak zaman tv hitam putih. Around 11.45 pm dah beratur orang kat depan pintu. Kami order standard menu. Chicken chop dengan root beer float. Aku je order Chicken grilled.
Rasa dia ok-ok je la. potatoes dia homade dan crispy. bagi aku grilled lebih sedap dari fried.


grilled chicken and root beer float

Sebelum balik, saja jela menjengah kedai roti legend salahuddin bakery. Dulu aku rasa roti dia sedap jugak cuma tak la fluffy or fancy macam bakery2 modern sekarang. 


cream horn dia sedap. tapi takde pulak. ke aku tak perasan
Oven legend

Rina ni rajin je nak melayan kami nak pergi mana, tapi semua macam kureng mood sikit. So kami hanya singgah dataran bandaraya dan sekolah lama Rina yang unik tu. Mrs je turun ambik gambar.

dataran bandaraya JB

Lepas tu Rina hantar kami balik ke Cresent bay dan kami pun memulakan perjalanan pulang ke sarang. Seperti yang dijangka, jem hazab + panas gila. Kesabaran amat penting jika menghadapi situasi seperti ini. Around pukul 4-5 pm tambah satu lagi masalah iaitu lapar. Bertabah jugak la sampai senawang.
Dj suggest kami makan nasik arab damsyik. senang jugak kat situ sebab surau semua dah ada. Kat sini la baru dapat menghilangkan lenguh dan paling penting dapat toilet.

sedap nasik arab sini.

Lepas makan, kami ambil kereta masing-masing dan terus balik rumah. Settle dah satu lagi trip yang penuh drama dari kesekian. Terima kasih pada Dj yang settlekan urusan itin dan booking accom. juga kepada Ab yang banyak drive.



1 comment:

  1. kawan CT orang Johor memang penuh IG dia dengan gambar It Roo cafe. memang dia cakap fevret n the best hhehe.. one day nak plan JJCM Johor jugakla =)

    ReplyDelete