Friday, January 5, 2018

Sabaidee Laos - Part 3 (Vang Vieng Tara Villa, Blue lagoon)

Assalamualaikum

Sudah sampai ke hari ke-4 di Laos.
boleh dikatakan harini ialah hari paling mereput sepanjang trip di Laos hahaha. Ada banyak sebab dan salah satu daripadanya ialah cuaca panas.
Pagi tu kami takde la bangun awal sangat pun, around 8.30 turun bawah untuk breakfast. Ada banyak jugak breakfast choice tapi ada la beberapa yang boleh dimakan. Aku ambik bread with butter & Jam. Ean ambik scrambled egg dan siap pesan kat orang tu jangan bubuh apa-apa kat dalam.
first time rasa baguette laos ni, malas la nak fikir pembuatan dia macam mana haha. Sedap gak bila dipanaskan, luar keras tapi dalam dia soft and fluffy. Fruits, banana pancake, coffee dan tea adalah free flow.
Jumpe satu family dari Sabah, kemain rancak la borak. Diorang pun peramah.


Mula-mula plan nak jalan pergi Chang Cave, tapi sebab macam takde apa yang menarik kitaorang jalan-jalan je. Aku ada tengok orang gambar kat twitter, Vang Vieng Tara Villa. Kitaorang plan nak pergi jalan-jalan area situ.

Jalan-jalan nampak area Villa yang macam lawa-lawa je





Dan jumpe tempat ni, macam dalam blog Jea. Nasib tak berapa menyebelahi, sawah padi tengah kering, kalau menghijau sure lagi lawa.


Kalau jalan terus ni boleh pergi ke Chang Cave. Kalau malas jalan boleh ambik package tour. Tapi dekat je sebenarnya Chang Cave ni. Dalan 1-2 km je dari GH kitaorang


Boleh pulak berposing sakan tepi pagar rumah orang

Nak cari Tara Villa tu pun satu hal jugak, dah la panas, lepas tu ada satu bahagian tu kami kena meniti jambatan kayu yang hidup segan mati tak mahu, tapi bukan atas sungai la, macam parit je. Risau jugak aku, buatnya patah jambatan tu lepas aku lalu, pasai pulak nanti.

Tara Villa ni ditutup untuk pelanggan sahaja, tapi kitaorang masuk ikut tepi. Tapi masalah yang sama, sawah kering. So view tak mengancam sangat, tapi still lawa jugak.

rasanya harga RM 400-500 pernight

Hobomap yang banyak membantu, ambik kat hotel atas saranan Jea


Matahari semakin memanchor, dah tak lalu lagi. Kitaorang balik hotel dan tengok TV hahaha. Rasa macam 1st time travel balik lepak bilik tengahari. Tunggu nak pergi Blue Lagoon pun pukul 2 nanti. Lambat lagi.
Jalan menyusuri Namsong River sementara nak sampai bilik.




Sampai kat bilik jumpe family dari sabah tadi, diorang dah balik dari Chang Cave. Diorang nak gerak ke Luang Prabang naik bas pukul 10.00 malam tapi tak ambik bilik, kesian pulak tengok diorang dok melepak kat breakfast area tu sementara nak tunggu 10.00 malam.

Lunch dulu. Menu biasa.

Dah pukul 2.00 siap solat semua, kami gerak semula ke tour office semalam. Naik tuk-tuk untuk ke blue lagoon. Ada beberapa Blue Lagoon kat Vang Vieng ni, kami pergi yang agak touristy la. Kami orang last, so kena duduk depan.


Melalui suspension bridge yang kena bayar tol
Perjalanan dalam 15 minit je.
port aku melepak sementara tunggu Ean mandi

Memang ramai gile, dah la weekend kan. Siap ada Concert rakyat lagi kat depan tu. Pening jugak la dengan lagu-lagu karaoke Laos yang sumbang mambang tu. Kami cari-cari port dan akhirnya dapat satu port yang secluded sikit. Ean je turun mandi, aku malas. So aku duduk atas pangkin, baca novel dan main internet haha.

Lama jugak la duduk sini, around 2 jam lebih. Boring sikit sebab aku tak join mandi. Kalau tak just nice la kot timing dia. Ada jugak aktiviti Zipline dan Caving bagi sesiapa berminat.

blue jugak la..maybe off sikit kaler dia sebab ramai kencing dalam ni hahaha



boleh lepak sini, picnic.

Around 5.30 kami balik ke town semula, landscape sepanjang jalan sangatlah cantik, rugi tak jalan-jalan area sini pagi tadi. Driver tuk-tuk kami walaupun muka garang dan tak reti english, still gigih tunjuk kat kitaorang benda-benda cantik sepanjang jalan.

sempat capture dari dalam tuk-tuk
lalu semula jambatan ni

Balik tu kami rehat-rehat jap dan keluar cari makan. Sebab ni malam last, kami bercadang nak mengopi. Ada la nampak beberapa coffee shop korea influence. Sebelum tu beli tiket bas ke Vientiane esok dengan harga 100000 Kip pukul 9.30 pagi.

Nazim dan nasik goreng lagi sekali. Kali ni ambik sepinggan sorang
Jenis tak reti kenyang, makan pulak rotee susu. sedap oii..crispy

Akhirnya kami memilih untuk lepak kat Coffee Prince ni. Masa ni Mycofee prince Fattah Amin (pelakon kegemaran Ean) belum ditayangkan lagi.




Tak lawa dan banyak menu macam Joma. Tapi ok lah sebab kami nak minum je. Penuh korean makan bingsu oii..ingatkan sesat kat Seoul tadi. Kami lepak jap lepas tu balik hotel. Esok kena bangun pagi.







dzuli

1 comment:

  1. huurm blue lagoon tu lawa tapi ceq setuju kalo depa tak kasi orang mandi ahahaha. keruh teruk hahaha. confirm macam2 dalam tu..

    ReplyDelete