Monday, January 22, 2018

Saibaidee Laos - Part 4 (Perjalanan ke Vientiane)

Assalamualaikum

Rasanya sikit lagi dah nak habis entry Laos ni dan maybe lepas tu blog aku bakal bersarang.
hari ke-6 di bumi Laos, kami akan meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir iaitu ibu negara Laos, Vientiane.
Pagi around 9, pickup datang ambik naik buggy. dekat laos ni aku perasan buggy dia berjalan merata-rata atas jalan utama. 
Peristiwa di LP terjadi lagi, kami beli ticket minibus, tapi dapat bas. Cuma kali ni bus dia much better lah. Condition elok dan aircond pun mantap. Penuh tourist jugak dalam bas ni.

 

Naik je bas, kami membuta la, apa lagi. Perjalanan ke VTE tak horror macam dari LP ke VV. Jalan macam federal road kita je dan banyak melalui pekan-pekan kecil. Sampai kat mana tah, macam R&R, bas berhenti untuk toilet break. Toilet kat sini memang bersih dan ada paip air. Sempat jugak la Ean turun bawah beli snek kat dalam kedai. Ada snek halal dari Thailand macam kacang koh-kae dengan keropok apatah.



Rasanya lebih kurang pukul 2 jugak la kami sampai Vientiane. Bas drop kitaorang kat area night market. Nasib baik dekat je dengan hotel, jimat duit tuk-tuk.
Kat Vientiane ni kami ambik New Lao Silk Hotel. Dari luar nampak lawa, masuk dalam, bilik dia sebesar kotak kasut je. Ok latu, harga dah murah. USD 50 untuk 2 malam.

Dah check in, kitaorang rileks-rileks je. Solat, masak lunch. Yang tak boleh blah, bilik ni tak sediakan electric kettle tu, so kami pun call la room service mintak air panas, sekali boleh diorang hantar secawan je air panas. Kitaorang bayangkan at least ko hantar 1 jug. berguling-guling gelak, nak masak maggi pun tak lepas dik ooi.



Petang sikit kami keluar untuk menikmati sunset Mekong. Jalan kaki kedepan sikit je, 5 minit macam tu.
sikit-sikit mengingatkan aku dekat Phnom Penh.
detim ke bang?
bakal Vientiane next top model
Mekong River Commission Secretariat Building

Bole paragliding jugak
Pedicure di tepi sungai pun ada



Dah jalan-jalan tepi sungai, masa untuk bershoping di night market. Night market Vientiane ni memang besar tapi barangan tak menarik macam di LP. Kebanyakannya jual baju-bajan modern, aksesori hanphone, sunglass dan benda-benda macam tu la. Food ke fruit juices pun tak banyak. Souvenir pun ala-ala kadar je. Last-last beli jugak la apa yang sempat.



Dah habis mencari barang tuaian, kami pergi cari dinner pulak, masa jalan nak keluar hostel ada nampak satu pizzeria halal dekat je ngan hotel. So, kami decide nak makan situ

Podomoro Pizza- Halal sis
menu malam tu, Calzone dengan apantah.

Kedai ni best gak, menu banyak dan ramai datang makan pizza. Calzone tu sedap, tapi tak sangka la besar gitu, ingatkan sebesar Calzone kat Secret Recipe je. Aku order kebab tu, sedap jugak, dry sikitlah. Waiter kedai ni cute, macam muka korean hahaha.
Lepas makan, aku lepak kat coffee shop bawah hotel, Ean naik bilik berehat. Habis hari ke-5 di Laos, esok last day. Tazabar nak balik KL, lateringat nasik campur. hahahaha






dzuli

2 comments:

  1. salam perkenalan & ziarah sini..

    menariknya tempat2 tu...cantik plak shawl tu..hihi

    ReplyDelete
  2. alaaa janganlaaa bersarang.. hewhew..
    cantik view. CT xdan nak follow entries Laos ni. slow2 baca dari entry latest hehe..

    ReplyDelete