Monday, January 1, 2018

Throwback 2017

Assalamualaikum

Macam tak caya 2017 hampir melabuhkan tirainya beberapa hari lagi. Setahun dah berlalu dan rasa sekejap sangat. Macam tahun-tahun sudah aku takdela berazam sangat, maybe aku jenis go with the flow ataupun azam dibuat mengikut keadaan.

Saja jelah untuk kenangan peribadi, sedikit Recap 2017.

Kerjaya.
Sama je, masih di tangga korporat. Tapi dah boleh terima kenyataan sikit berbanding tahun 2016 dulu. Sis redhoo..asalkan rezeki halal dan ilmu bertambah. Berharap tahun 2018 boleh la aku kembali ke aliran teknikal semula. Rindu site meeting, bau site dan technical drawing haha. Tahun ni aku ada apply untuk sambung belajar, tapi tak berjaya kerana proposal terlalu ringkas katanya. Takpo la, nanti cuba lagi.



Travel
Tidak serancak tahun 2016, tapi Alhamdulillah ada la jugak menjengah 2 negara yang belum dilawati dan beberapa tempat menarik dalam negara


1. Sekinchan Padi Box.
Trip pembuka 2017 with the girls. Saja menjongket masa cuti new year.

sorang dah selamat bergelar isteri...

sempat singgah jeti ni. walaupun bau ikan tapi picturesque tau..


2. Kathmandu, Nepal
Wishlist ticked. One of the best experience ever. Thanks Kiwionearth/Udey dan geng Holifest 2017. Semua lengkap dalam trip ni ; culture, nature dan new friends.

team holifest yang best
Bhaktapur yang aku sangat sukaaa...rasa macam kembali ke zaman kesultanan nepal.eh
pengalaman menyambut Holifest yang awesome. Rasa macam dalam VC Coldplay haha.
Mencari penampakan himalaya disebalik kabus


3. Sasaran, Kuala Selangor
Pergi dengan kesekian sebab tempat ni viral dalam media sosial. Rasanya seminggu selepas aku balik dari Kathmandu. Lawa la tempatnya, sesuai la untuk daytrip. 1st trip  berempat yang kena overnight. Baru tau perangai sorang-sorang. Ada penakut, ada acah2 berani.


 



4. Singapore
Trip geli-geli sebab lama sangat mereput. 2 hari 1 malam sajur. Banyak makan dengan layan buildings lawa-lawa je





4. Laos PDR
Satu lagi wishlist ticked. Seminggu bekelana di bumi Laos. Beyond expectation dan umpama adventure of a lifetime tambah-tambah lagi bila naik bas dari LP- Vang Vieng- Vientiane.  Tapi aku suka Laos ni.  Masih virgin, landscape lawa banyak tourist tapi tak too touristy. Just nice.


tujuan asal ke Loas. Kuangsi waterfall
memanjat 300++ anak tangga demi view ni
Perjalanan hazab nak ke Vang Vieng, tapi lawa tempat ni
Patouxay- Paris di laos


5. Johor Bharu, Johor
Trip penutup dan bersama kesekian lagi. Trip last minute plan sebab plan asal ialah ke Terengganu. Banyak makan jelah dan sampai ke penghujung tanah besar asia di tanjung Piai.

Dataran Bandaraya Johor Bharu
penghujung tanah besar asia


Family & Friends
Family macam biasa je, takde pertambahan ahli keluarga untuk tahun ini. Gambar-gambar sambutan birthday semua takleh ditepek kerana tak syariah compliance hahaha. Oh, tahun ni abang aku kena operate untuk sinus dan tonsil. Masa ni baru aku belajar camne nak handle bila terjadinya masalah macam ni dalam family. Alhamdulillah semuanya ok walaupun family terkejut sikit, dengar kata abang aku dah 2 bulan tak smoking hahaha. 3 hari sebelum new year, family aku ditimpa musibah kemalangan kecil dekat Phuket. Alhamdulillah semua selamat tapi small injury la. Nerves jugak la aku..semua perkara dah disettlekan dengan cara berganding bahu. Hopefully dijauhkanla dari perkara2 macam ni lagi.

ni je gambar syariah compliance sebab gambar raya
budak ni dah main besar, akai pun makin panjang
untung birthday parents dekat-dekat haha..sekali sambut sajur

Bulan Feb kitaorang ada sambut birthday Ab ala kadar saja kat Indus cafe, Putrajaya, aku suka gila cafe ni sebab lokasi dan konsep dia. Food biasa-biasa je




Bila masuk Ramadhan, ofcourse berbuka bersama tu perkara yang wajib. Iftar perdana (paling mahal) tahun ni dekat Bora Ombak Putrajaya.


ada rasa macam retis kat red carpet?
ada jugak beraya bersama Neelofa kat Jibby and Co

Birthday diri sendiri jugak disambut gilang gemilang (lah sangattttt) dengan kesekians lagi 2 orang. maklumlah september babies belaka.

Travel partner abadi cum bff belanja.
Gatai nak tiup lilin bawah KLCC


Tahun ni jugak 2 orang best friends aku menamatkan zaman bujangan. Zu dan Farhana. Mixed feelings tau, happy for them but sedih jugak sebab takleh dah nak meronggeng macam dulu. Barakallah, semoga perkahwinan anda berdua #tilljannah. Sedih sikit sebab aku tak dapat pergi kenduri farhana sebab sama tarikh dengan abang aku punya operation.Tapi hutang dah dibayar minggu lepas hahaha

tidak mahu ketinggalan dengan trend terkini. kitaorang buat bachelor party ala kadar
ni Farhana punya, tema pastel, lokasi kat Trust Issue
2 bridal shower, ko punya bila? teeeeettttt..
Dah selamat bergelar isteri


Running Events
Konon-kononnya nak join events sebulan sekali tidak tercapai pada tahun ini hahaha. Ada musim malas, ada yang dah regis tapi tak dapat join. 2 Events aku tak dapat join. MHWH Run sebab sprained masa jogging haha, satu lagi UV Night run aku tak dapat join sebab parents aku datang KL. Ada jugak join Virtual Run 50km. Kurus? Belum lagi hahaha
Pembuka 2017. Engineers for Makna Run
The maze runner 50km/month
Running events terbesar di Malaysia- SCKLM
My buddies. 1st time berlari bersama #kesekiancukupempat

Orchid run with the girls before Zu kawen

Running events paling best untuk tahun ini. AIA The Music Run

hujung tahun, sorang ahli kesekian ditimpa musibah kesakitan. Nampaknya macam dan boleh merapu,dah makin sihat la kot. Kalau panjang umur, jangan la ada lagi yang masuk hospital. Dah 2 tahun berturut-turut ni ada kesekian masuk hospital bulan 12, semoga semua diberikan kesihatan yang berpanjangan.

bawak untuk pesakit, yang tak sakit tolong makan.
last but not least, sempat bertemu Ratu tamparuli di airport

Acara terbesar pada tahun ini...

mendirikan rumahtangga dan bakal bersara dari dunia travel buat seketika (maybe beberapa ketika)
my account need time to recover hahahahaha.



Happy New Year semua, semoga diberikan tahun yang cemerlang, gemilang dan terbilang 2018 nanti InsyaAllah.





dzuli



4 comments:

  1. waaahh tahniah bakal berumah dan bertangga... banyak kunci tu macam besar je

    Selamat tahun baru Dzuli... teruskan berblog

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..kunci tu nampak je macam banyak.
      selamat tahun baru jugak, insyaAllah kalau ada content akan terus blogging

      Delete
  2. hi. nak tanya pasal trip kat atas. feel free to email me: naniehanie@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. trip yang mana? boleh emel saya jugak. dzulichan@gmail.com

      Delete