Tuesday, April 17, 2018

Saibaidee Laos - Part Finale (Vientiane dan Pulang ke Malaysia)


Assalamualaikum
Sampailah ke part terakhir entry Laos sebelum blog ini berehat sebentar dari entry2 berbaur menjongket.

Hari ke-6 dan hari terakhir untuk jalan-jalan, flight kami pukul 8.30 a.m esok. Serious kitaorang tak tau nak buat apa kat Vientiane ni. Aku tau pasal Patouxay dengan That Dam je, lain-lain tak sure pun. Malam tadi ada la google sikit-sikit. Pagi tu without apa-apa perancangan kitaorang turun bawah dan breakfast dulu.

Benda yang boleh dimakan kat hotel

Kami jalan kaki ke money changer berdekatan. Money changer tu sekali dengan tour company yang bas kami naik semalam dan nampak pakej Vientiane City Tour dengan harga 50,000 Kip.
Dasar pemalas, kami bayar je untuk pakej tu. Takyah fikir panjang hehe.
Pukul 10.30 pagi, buggy pun sampai untuk pickup kami.
Macam biasa la, dekat setengah jam dok memusing ambik orang kat hotel. Pakcik dari NZ tu siap panggil "hotel city tour".
Group kami terdiri daripada pasangan pakcik-makcik dari NZ yang tengah tour SEA, seorang pakcik korean jang kecoh gile juga tengah tour SEA, 2 orang gadis k-pop dan kami, 2 gadis melayu siapa bilang tak menawan.

ahli jemaah

Pakcik korean tu memang kecoh, tak berenti menyembang. Syok la jugak ada orang camtu dalam group. Siap jaga timer bila kita turun kat satu-satu attraction tu. Katanya dia memang tengah travel around the globe. Sekarang tengah abiskan SEA. Lepas Laos nak ke Vietnam dengan Thailand dan Malaysia.
Tour ni merangkumi beberapa tempat menarik di vientiane seperti Wat Sisaket,Wat Phra Kheo, Patouxay dan Wat That Luang.
Ya...semuanya wat sahaja. Daripada melepak tak buat apa-apa kat hotel tu, wat pun bole lah.

Lokasi pertama ialah wat sisaket. Rekabentuk ala-ala wat Doi Suthep kat Chiangmai, Kitaorang jalan-jalan sikit, tolong minah korean ambik gambar dan yang best sikit, setiap entrance ada jual postcard, stamp dan postbox. Ean hantar postcard kat sini tapi katanya tak sampai-sampai pun hahaha. Kesian sistur tu kerana trip ini agak tragis untuk beliau. 


Berhadapan dengan Wat Sisaket ini ialah Wat Ho Phra Keaw dan sebelahnya ialah President house, tapi president house takleh masuk la.

Wat ni lawa.

Masa kami keluar nak pergi ke Buggy, ada accident kat depan wat ni, kat sini style diorang trace tempat accident tu dengan kapur. Rasanya motor kena langgar dengan kereta.
Lepas 2 wat ni, dalam kepanasan terik mentari, kami ke lokasi wajib di Vientiane iaitu Patouxay.
nah sedikit sejarah yang dicopy dari wikipedia.

Patuxai (Lao: ປະຕູໄຊ, literally meaning Victory Gate or Gate of Triumph, formerly the Anousavary or Anosavari Monument, known by the French as Monument Aux Morts) is a war monument in the centre of Vientiane, Laos, built between 1957 and 1968. The Patuxai was dedicated to those who fought in the struggle for independence from France. In romanising the name from the Laotian language, it is variously transliterated as Patuxai, Patuxay, Patousai and Patusai. It is also called Patuxai Arch or the Arc de Triomphe of Vientiane as it resembles the Arc de Triomphe in Paris. However, it is typically Laotian in design, decorated with mythological creatures such as the kinnari (half-female, half-bird).

Before travel, baca la sikit sejarah tempat tu, jangan tak baca sejarah lepas tu terus sebarkan keburukan tempat tu dalam Vlog. eh.
Biasalah, setiap lokasi ada baik buruk, macam orang jugak la. Cuma doakan kita dijauhi dari perkara-perkara buruk. Sebab tu ada doa semasa travel, ada solat sunat musafir.  (kak Azma yang ajar aku 2 perkara ni)

Excited sikit. Lawa jugak la
Pose sikit.
 

Untuk naik atas, kena menapak la. 5-6 tingkat kot. Kat dalam ni ada jualan jugak, tapi barang-barang nampak biasa-biasa je.

Not bad view dia. Mengancam jugak (sambil mintak nyawa)
Kebetulan ada konvoi superbike ni. Ada orang Malaysia gak join.

Destinasi terakhir untuk Vientiane City Tour ni ialah Wat Tat Luang. Masa kat sini memang panas terik, kitaorang jalan sikit-sikit dan lepak bawah pokok. Untuk kali ni kami tak masuk kat dalam pun. Taknak bayar 10000 Kip dah haha.



katanya stupa bersalut emas.


City tour tu tak lama pun, around 12.30 p.m kami dah balik ke office tadi. Perut pun dah lapar, ayuhla cari lunch dulu. Kat Vientiane ni ada beberapa choice makanan halal. Salah satunya ialah Nazim/Dhaka Restaurant sama macam kat Vang Vieng. Kat area hotel aku je ada 2 Dhaka ni, kedua-duanya halal.
Aku order ayam goreng kunyit yang berharga hampir 20 hengget. Hari last kan, takde kira-kira duit dah. Order sajurr. Ean makan beriyani.

Makanan sedap walaupun harga dah macam kat nandos.

Lepas makan, kami balik hotel sekejap untuk solat dan rileks. Petang nak keluar lagi cari port ngeteh dan pergi muzium.
National Museum dah tutup sebab relocation
Lao National Culture Hall- tau pasal building ni dari blog kaki jalan
Pengaruh french dalam nama-nama jalan kat sini
apartment mewah di Vientine
Jumpa masjid


Las sekali, kami kembali untuk menyempurnakan misi Joma Cafe. Kat VTE ada 2 Joma cafe, kami pergi yang terdekat dengan hotel. Area ni cun jugak.

 



Add caption


Order latte dan tapau Almond Croissants
Masa nak balik, ada orang mintak tolong ambikkan gambar

Malam tu kami hanya melepak dan sempat pergi SPA untuk massage dan Mani-Pedi. Kat Vientiane ni mahal sikit, kalau Vang Vieng haritu lebih murah. Sebelum naik bilik, siap-siap booking teksi dan wakup call untuk esok pagi. Masa ni dah rindu rumah dah haha. Lama benor kau berkelana ye.

Pagi 6.00 am kami dah gerak ke airport, dekat je airport dia, 10 minit pun tak sampai, tapi teksi charge around RM 30++ kau.
Drama dekat airport bila kami takde nombor flight kat board, cuak kejap, kaunter Air Asia pun takde, rupanya kitaorang sampai awal sangat dan kaunter dibuka 2 jam sebelum. Tampal ngan kertas je.
Masuk dalam hall, sempat la jugak beli postcard, jumpa fridge magnet yang lawa sikit. Duit Kip dah habis, ada baki dollar kecik2 sempat la sopping Kopi Dao kat dalam tu. Sedap gak coffee tu dan murah.

 

\
Flight berlepas tepat pada masanya dan kami hanya makan dan tido sepanjang 3 jam. Sampai KL macam awal lagi, kami makan dulu sambil fikir nak balik macamana. Dengan angkuhnya aku request Grab ke rumah. Punya la malas nak naik ERL hahaha. RM 70 terbang melayang. Nasib baik dapat driver yang ok. Mamat tu suka travel jugak, kencang la kami cerita pasal travel dalam sejam perjalanan ke rumah.

Walaupun trip ni banyak hiccups dan drama, Alhamdulillah, satu lagi Negara SEA telah dijejaki. So tinggal Vietnam dan Filipina la. Myanmmar tak masuk list lagi kot. Aku tak setuju sebab kes Rohingya tu, so aku takde rasa pun nak pergi Myanmmar walaupun Bagan tu nampak menyelerakan jugak.

So, until next trip yang entah bila. Maybe after settle hal rumahtangga aku lah kot, tunggu ekonomi stabil semula.


The End

dzuli

3 comments:

  1. Replies
    1. cari tiket murah, then we talk. eh

      Delete
  2. Seronok baca cerita dzuchan melancong ke negara luar..
    Suka tengok pemandangan dan cara hidup mereka..

    ReplyDelete