Wednesday, June 27, 2018

Sebulan Ramadhan


Assalamualaikum

*tebas-tebas semak*
Lamanya tak menulis kat sini. rindu jugaklah, tapi sebab tahun ni agak slow sikit dari segi aktiviti sosial, so takde modal nak menulis.

Memandangkan masih mood syawal, lagu raya masih berkumandang kat radio dan jamuan raya masih bertebaran. Kita buat la entry puasa dan raya tahun 2018/1439H ni sikit-sikit.

Tahun ni aku berpuasa sebagai penduduk Cyberjaya dan tempat kerja masih di KL. Macam biasa la, bertarung dengan jem petang. Nasib baik dapat balik awal setengah jam dari biasa. Oleh kerana Cyber ni bazar ramadhan dia sedeehh sikit, maka dengan rajinnnya aku memasak hampir setiap hari.
Stock up dapur dengan barang-barang. Prep sayur bawang semua on weekend siap-siap. Pukul 6.30 pm sampai rumah pun masih sempat nak masak. Maklumlah aku bukan masak beriya-iya pun. Menu pun kebanyakkan simple dan benda yang aku reti buat.
Kat bawah ni aku tempek gegambar sikit screenshot dari igstory #menjual

Ni najah masak kot. Rasanya weekend. 
Ni pun najah masak. Budak ni ambik alih dapur on weekend/ dia cuti
Yang ni beli kat Bazar Putrajaya.
Try nasi McD. Lemper tu budak2 ni beli kat singapore. Sedap gilaaa
ni menu kalau aku berbuka sorang-sorang dan malas



Selain dari berbuka kat rumah, macam biasa, kemeriahan berpuasa diserikan dengan berbuka berama keluarga dan kawan-kawan. Sempat jugakla aku bukak puasa sekali dengan Abang, pastu balik kampung masa cuti wesak. Ada berbuka dengan Ean kat Nu Sentral sekali. Khafi dengan Zu tak sempat tahun ni sebab 2 pompuan tu busy berkhidmat untuk negara dan suami terchinta (Zu)

Tiba-tiba Bie memunculkan diri di Kuala Lumpur, terus dapat bersungkai sekali.


Nasik Royal. Sedap jugak
Ratu tamparuli nak dessert best. Nah, Tims Teapot Terrace. sedap baq hang

Lagi satu aktiviti wajib, Iftar Perdana #kesekian. Konon dah taknak buffet. terjebak jugak dengan Buffet kat Goat2go. Bolehla tahan. Sedap jugak.



Lepas akan, sesi mengopi pulak. Boleh la baju kau sama macam cawan starbucks.

Last but not least, buat majlis berbuka sikit dengan girls friends. Buat kat rumah aku je, supaya lagi senang untuk membawang. Drama sikit apabila tetiba dapur aku rosak time nak masak. Kemain la aku offer diri nak masak main dish iaitu nasik ayam. Masa tengah rebus ayam, aku tak perasan sup meruwap dah masuk ke celahan dapur aku dan menyebabkan kondensasi secara langsung dapur aku takleh unlock (hasil google). Gabra dah ni, Ean cakap ok je kita pergi makan luar lepas maghrib. Tapi mengenangkan ayam dah diperap, sambal dah buat bagai, aku gigih pergi Dpulze cari portable dapur yang guna untuk camping tu. Crisis aborted dan kami berbuka dengan riang. Makanan banyak gila sampai membawak ke sahur. Nasib baik budak 3 orang tu tido umah aku.

Nasik ayam dan cucur udang- masak sendiri 
Kek batik I buat, Puding raja Ean sponsor, Kuih tepung pelita Leen sponsor. Pulut kuning Mun sponsor
Tema malam tu- Jubah hitam tapi ada yang takde jubah la, basuh jubah la. Thanks girls. muahciked

Hari terakhir Ramadhan sempat jugak la menjengah bazar faveret kat kampung aku, Bazar Kilang Lama, Kulim. Tapi datang awal sangat banyak gerai tengah set up.



Alhamdulillah dapat melalui Ramadhan sekali lagi. Kalau umur panjang jumpa pulak next Ramadhan. Masa tu tak tau apabenda pulak yang akan berubah.
Untuk family dan kawan-kawan yang menjadikan Ramadhan lebih meriah dan bermakna, semoga ukhwah berkekalan sampai bila-bila.





dzuli



1 comment:

  1. meriah sambutan ramadhan banyak makan sedap2 yuuums..

    ReplyDelete