Thursday, October 11, 2018

family Trip- Bandung 2.2 (Dusun Bambu, Rumah Mode, Paris Van Java dan Paskal Food Market)

Assalamualaikum

Masih lagi di hari kedua di Bandung. Selepas lunch, kami terus ke lokasi seterusnya iaitu Dusun Bambu. Tempat ni dicadangkan oleh kawan aku. Ada entrance fees jugak tapi tak ingat. Rasanya IDR 20-25k gitulah.
Lepas bayar tiket, terus naik shuttle yang disediakan. Kalau rasa fit nak berjalan naik atas pun boleh, tapi mendaki la sikit ye.
Ada sedikit kekecewaan kerana masa aku datang ni tasik yang ada restoren tu Kering dan ditutup untuk maintenance. Adoii....dan 3 lokasi dan ada attraction yang didtutup, It was not our day la kot. Tapi takpe, kita jalan je kat tempat lain.
Ada macam-macam tarikan sebenarnya. Boleh check website ni http://dusunbambu.com/en/
Tapi aku rasa aku macam jalan sikit je minus tasik yang kena tutup tu la kan.

disambut dengan arca buluh
Ampunkan dosa malas straighten picture
Gigih angga ambik gambar dari bawah. Thanks untuk layanan mesra
Pasar Khatulistiwa. Ada jual jajanan pasar, souvenir dan makanan ringan
Dalam pasar Khatulistiwa


Angga ajak kami ke area Restoran Lutung Kasarung, Parents aku dah letih, so angga suh je lepak kat Pasar Khatulistiwa tu. Aku dengan najah jalan ke dalam. 
Restoran ni memang unik la, macam sarang burung tempua. Ada sewa khas untuk sarang tu, IDR 100k untuk berapa jam ntah, makanan tak termasuk.
Rajin angga melayan wealls bergambar
Taman kelinci/Rabbit


yaa..itulah sarang tempat bersantap di Lutung Kasarung

for picture purpose only, biasanya bercakar je
Angga jugak ambik ni. Huntung I dapat photographer for the day

Cafe Burangrang yang katanya menghadap Gunung Burangrang. Tak sempat lepak, lain kali la mungkin


Lepas jalan, sempat la usha-usha dalam Pasar Khatulistiwa, tapi kitaorang beli air je, lepas tu terus turun ke bawah untuk balik. Kira tak lama pun melepak kat sini.

Terus gerak balik ke Kota Bandung, tetiba anasir si Angga ni menyarankan kami singgah ke Rumah Mode. Katanya Tak Bandung la kalau tak ke Rumah Mode. Asalnya takde plan pun sebab tak rasa nak shopping kat DFO knowing kami semua bersaiz America, konpem takde benda nak beli.
Kami solat kat Rumah Mode, bestnya surau dan toilet dia. Selesa dan cantik.

Sebab takde mende nak beli, kami ke foodcourt dia untuk makan jajanan pasar haha. Katanya bakery dia best. Sempat la rasa Kuih Ape dan Serabi Gula Jahe. Nak order cendol habis pulak.
Serabi tu macam kuih serabai kita je, tapi sedap dan fluffy.

menarik jugak la produk bakery dia
sempat makan Kuih Ape. Ala-ala apam lenggang (belah utara)
tapi lebih fragrant, crispy dan manis.

Lepas makan, jalan-jalan la sikit. Not bad rumah mode ni terutama kat bahagian baju-bajan. Lawa dan murah. Ada je baju plus size tapi tak lawa dan yang lawa mahai gila haha.



setiap entry Bandung yang aku baca wajib ada gambar ni

Lepas Rumah Mode, kami ajak pula Angga ke Paris Van Java. Ha..tak reti letih ke oiii? Aku risau gak kat mak dengan Abah, tapi diorang Ok je. Paris van Java ialah nama timangan la untuk kota bandung. Ada Angga cerita asal-usul nama tu, tapi aku lupa haha. Rasanya ada kaitan dengan cuaca bandung and penjajah Belanda gitu-gitulah.

Tapi, Paris Van Java (PVJ) juga ialah sebuah mall. Agak besar, F&B Outlet banyak, ada SOGO dan Carrefour yang telah pupus di Malaysia.
Tujuan asal kami nak ke rooftop PVJ yang ada taman dan sunflower

ada walkway yang lawa untuk bergambar. Tapi sebab takde orang nak melayan
my picture did not do the justice. Tempat ni agak Keren
sunflower dan sunset

sunflower dan flower eh.

Sebenarnya sunflower dia ialah setompok je. Pepandai la ambik angle bagi nampak ala-ala Lopburi hahahahaha. Ada tapas and Bar jugak atas ni, kira best la. Cuma macam belum siap sepenuhnya.

air terjun buatan pun adaaaa.

Lepas PVJ, terus Angga hantar kami balik hotel, kesian parents aku. Sehari suntuk ha. Tapi adakah kami berdua naik ke bilik? oh, opkos la tidak hahaha. Aku mintak Angga Bawak ke tempat dinner. Dia recommend Paskal Food Market. Salah satu tarikan tempat makan terbaru di Kota Bandung yang dikatakan mempunyai 1100 menu makanan. Berdekatan dengan Paskal Shopping Mall yang ala-ala Pavillion la kalau kat KL. Takde kena mengena dengan filem Paskal yang aku teringin nak tengok tapi turn off sebab hero tahape-hape.
Mula-mula kitaorang suggest Jalan Sudirman, Tapi Angga cakap Jalan Sudirman berdekatan dengan ChinaTown dan banyak food tak halal, Paskal lebih tersusun dan bersih dan ada jugak la stall tak halal.


Kat sini Angga cakap ada satu stall Soto madura yang sedap. So, marilah kita cuba. Pakcik ni meniaga dekat stall je. Ada pilihan soto perut, urat, daging dan campur dan dihidangkan dengan nasik dan keropok. Harga tak ingat dah. Kami berdua ambik soto daging sebab tak makan organ dalaman.
Nama gerai tu "Soto Sulung Madura Asli".

serius sedap. Sup pekat ada masam sikit. 

Takkan makan soto je? Kita selangi juga dengan roti bakar. Kat bandung ada satu stall roti bakar famous "Roti Bakar 234 Gang Kote" yang Angga janji nak bawak tapi sampai ke sudah tak bawak hahaha. Kat paskal ni ada 2-3 stall roti bakar. Angga cadangkan kitaorang try Roti Bakar Tunggal sebab satu lagi stall roti bakar tu ala-ala Roti Bakar Gang Kote. (kononnya jangan try sebab nanti try kat Gang Kote)
Harga tak ingat, kami memilih roti bakar original iaitu Cheese dan butter sugar. ke Cheese and chocolate rice tah, maaf short term memory loss

sedap gila oiii...Roti yang fluffy and manis-manis sikit
orang tak berapa ramai, maybe weekdays

Sebelum balik kami tapaukan kat Mak dengan Abah Nasi Goreng dan Martabak manis Mr. Black.
Mr. Black ni sedap sebab dia tak tebal sangat, so kurang muak lah. Aku try sekeping je tu pun pagi esoknya.




Lepas makan terus balik hotel. No Braga Street for today, Angga pesan jangan balik lewat-lewat dari Braga sebab ramai orang mabuk kat situ . Rasanya harini beribu-ribu kalori makanan sunda masuk perut ya ampun. Semua sedap berbeza sangat dengan trip ke Indonesia sebelum ni yang biasanya food dia aku tak berapa berkenan (except Padang).


Tamatlah sudah day 2


dzuli

No comments:

Post a Comment