Friday, February 8, 2019

Roadtrip Utara -Penang The Top, Rollney dan Sup Hameed


Assalamualaikum

Lama sangat cuti dan busy gile beberapa minggu lepas dengan PRK Cameron la, AJL 33 la, dan beberapa kisah hot artis-artis malaysia (tiberr). Panjang betul bulan Januari 2019 eh.

Sambung balik la kisah menjongket ke Penang bulan lepas tu, Lepas makan tu, terasa pishang dan kami bercadang naik jela The Top Penang tu. Aku ajak je naik tenghari buta panas terik tu sebab kalau naik malam tak nampak view dan gambar mesti hauk. Maklumlah masing-masing bukan pakai Huawei P20 or Note 9 

The Top ni lokasi dia dekat Komtar tu. Drive sampai komtar dan ada je signboard untuk ke kaunter atas. Bayaran naik RM 45 with MyKad. Ada la pakej-pakej lain macam dinosour world la, museum2 la. Kitaorang ambik untuk naik The Top sahaja.

Lepas bayar dan scan tiket masuk, ada tayangan macam biasa menceritakan asal usul kejadian The Top ni, dia punya ending tu menarik la, tetiba screen terbuka dan nampak view Penang. Tak sempat nak ambik gambar or video sebab terkesima jap haha.



Layan view dulu sebelum ke tarikan utama iaitu glasswalk. Serious aku underestimate The Top ni. View lawa sangat untuk taste aku, sebab kita akan nampak both Jambatan Pulau Pinang dan lautan yang terbentang luas. Gitu kan.

lawa view dia.. Aum sangatt



dah macam makan kenduri. Orang tak ramai, so rileks je berposingan


kalau nak kelainan boleh try benda ni. Apa ke namanya, bole check kat website The Top



Dah puas berposingan, kita gerak naik tingkat atas ke Rainbow skywalk pulak. dia macam glasswalk tadi tapi versi jambatan. Gayat jugakla. Kat sini kena tanggal kasut or pakai sarung kasut yang disediakan.



dah ghope kaki penguin.





kalau tak panas terik seronok gak lepak kat seat yang disediakan



selepas ketibasan kat atasni, kami pun turun semula, Kak Yang kena pergi seberang perai ambik barang kat kawan dia. Plan asal nak singgah esok tapi kawan tu nak gerak ke KL pulak, Balik dari ambik barang, perut pun lapar, ayuh mencuba Rollney sebagai kudapan.
Nina suruh aku try tempat ni.




Rollney tu macam roti bersama soft serve je. Tapi semua handmade, roti tu bagi aku rasa macam Churros pun ada.


Roti dibakar segar

Sementara tunggu makanan, kita pose dulu. Comel kafe dia. Ada 2 tingkat. Kami pilih cinnamon sugar cone dengan vanilla soft serve. Topping boleh pilih 3. Kitaorang pilih pretzels, caramel dengan apantah. Lagi satu ambik golden crispy ke apa ke nama dia dengan mango softserve topping biscoff dengan apa-apa ntah.

Harga dia..hahaha ..sebijik tu dalam RM 18. Bagi aku mahal le, tapi share bertiga tak la rasa mahal sangat. Sekali-sekala kan







Lepas makan, rasa kurang kenyang hahaha. Mari mencari dinner. Kitaorang cadang pergi makan Sup Hameed je lah, since takde la lapar gila tapi nak sesuatu yang savoury. Gitulah kan.
Sup Hameed dengan Rollney ni boleh jalan kaki je. Parking memang susah area georgetown ni, lagi satu kalau jalan 400m, kalau drive jadi 1.2 km sebab banyak one way la apa la.

Oder sup Kambing 
Ni 1st time aku try sup hameed ni. Sedap jugak uolls. Patu la Farhana termimpi-mimpi sup ni.
pekat gile. Roti tu aku tak gemar sangat. Aku makan sup je.

Lepas makan, balik tido. Percayalah. Pukul 8.30 dah balik, lepas layan soc med, dalam 10.30 p.m tu semua dah lebuh. dasar acik-acik sangattt


Bersambung..

dzuli

1 comment:

  1. terkesima jugak masa curtain tu dibuka. macam x expect weh dia terbuka hahah pastu in awe sebab rasa fall in love dengan Penang again n again. jakun nyaaa rasa !!

    oooi cheq surrender la kat glasses tu. amek gmbr cepat2 lari hahaha..

    ReplyDelete