Wednesday, August 14, 2019

Melbourne 2019 - Part 2 (Great Ocean Road, Panache Cafe, Iluka restaurant)

Assalamualaikum

Day 2.

Kakcik, pinjam gambar kamu, banyak I seludup dari Google drive hahaha

Harini kami akan ke Great Ocean Road. Yeayyy.. Rindunya akak. last time aku pergi guna tour package. Kalini excited la sebab boley drive sendiri.
Konon yang nak keluar pukul 7 tu kan. Pukul 7.30  sebok mencari cafe comel untuk breakfast hahaha.
Musim Fall ni siang cepat. 7.30 pagi dah macam pukul 9.00 kita.

Gambar dari google drive Nina. Pinjam ya. Ni gambar dalam kabin 
Gambar dengan bumblebee satu
Let's take a selfie. Yang belakang sebok kemas kereta

Last-last kami breakfast kat Panache. Nampak macam meyakinkan dan ok. Server dia semua acik-acik Oz. Aku macam biasa la, yang paling penting coffee je, makanan takpe. Boleh tolerate.
Najah oder avocado, cheese and tomatoes crepes, Nina oder Lemon Cream Crepes (apehal tah pagi-pagi oder lemon). Aku oder croissant with butter and jam sahaja.

mula-mula nak makan sini, tapi harini takde dine in. take away je. beli ikut tingkap je kau
menu. Pinjam gambar Nina lagi. Satay pun ada. 
meriah sekaliii...Nina tak habis pun crepes dia,Masam katanya.
dalam Cafe

Around pukul 9 barulah gerak ke GOR. Bukak waze Dan ikut sajur. Masa drive nampak signboard to GOR tapi waze cakap lain. Maka kami pun mempercayai waze. Dalam sejam lebih drive dan hanya nampak pemandangan ladang2 tepi highway. Macam pelik sebab 1st time aku datang dulu lalu tepi laut siap boleh berenti tepi jalan ambik gambar.
Rupanya kami ambik route via Princess Highway. Terus ke port Campbell tak lalu la Torquay, lorne, apollo Bay bagai tu. Nyesal pun tiada gunanya. Yang pening misi ke 12 apostles terlaksana.

Gini je pemandangan sepanjang perjalanan ikut Pricess Highway
Gambar Nina lagi
pemandangan biasa highway dekat Victoria. So lapang, tiada traffic jammed
bebiri lazat dimasak steak


Sebelum ke 12 apostles kita singgah la kat Loch Arc George dan Shipwreck dulu. Ada 3 viewpoints tapi biasa la budak2  ni malas jalan. Kami singgah 2 viewpoints je.

Helooo..rindunya pada batu-batuan di disinii
Turun tangga separuh






Dah puas bergambar dan menghilangkan kerinduan, ayuh kita ke Gibsonn Steps pulak. Tempat ni tak sengaja, sebab terlepas simpang untuk parking 12 Apostles tu, tapi tak sia-sia tersampai kat sini, lawanya Subhanallah. Last time aku takde singgah sini. Boleh turun kalau rajin. Tapi kami semua tak rajin dan sayangkan lutut sebab jauh lagi perjalanan.


turun best la, cuba nak naik balik. Beginilah manusia yang kurang fit




Ayuh ke tarikan utama, 12 Apostles yang menjadi 10 Apostles dah agaknya. Jauh jugak la nak menapak dari parking. Tapi macam biasa, slow and steady sambil berenti ambik gambar.
Sebenarnya jumpa satu family dari tanah air, tapi..biasalah bila jumpa rakyat negara sendiri harusla buat muka kekwat uolls. Kalau boleh pandang pun jangan, tengok je tempat lain. 

maybe untuk sesetengah orang view kat sini beshe-beshe je. Tapi bila kita berada ditempat yang kita suka dengan orang yang kita suka, beshe-beshe pun jadi luar beshe, ditambah pula dengan kerinduan, angin sejuk dan langit yang biru, syahdu rasanya. Teringat zaman datang de negawa down under bawak AUD 500 dan menumpang rumah kawan hehehe.



Kali kedua kita bertemu, masih tak reti angle mana nak ambik bagi lawa
lantak la..yang penting puas hati dapat kembali
Outfit senonoh sikit dari kali pertama hahaha.
Biasalah, payah beno nak ambik gambar yang takde orang lain dalam frame




menapak jauh untuk ke Razorback, berenti ambik gambar dulu. So Australian outback dengan pokok liar cenggitu
1st time dulu tak datang sini.
I tak reti tengok depan kalau bergambar haha
panoramic view



Menapak balik ke parking setelah puas menghayati pemandangan. Sempat la beli air kejap dekat kiosk visitor centre tu. Teringat trip kali pertama dulu, punyalah berkira duit, tak beli kalau air botol AUD 3-4 ni. Minum air water cooler je. Kali ini tak lagi, beli je la nak, kang haus, mengidam, kempunan tak ke naya.

Perjalanan diteruskan, kali ni barulah jalan GOR (B100)  yang sebenar. Menyelusuri hutan, pantai,ladang bagai. Tapi hari semakin gelap, perut lapar. Ayuh ke Apollo Bay dulu. Malang sekali perjalanan tak berapa lancar. banyak kerja repair jalan dan repair slope berbatu tepi jalan tu. Hari dah semakin petang.

Sini supir dah ngantuk. Yang sorang tu dah selamat berdengkur kat belakang



Dalam mengantuk dan puas melalak dalam kereta, kami sampai ke Apollo Bay, Iluka Restaurant. Dah takde orang dah sebab dah around 3.30 petang. Tapi jumpa satu couple melayu, tegur la sikit. Janji tadi nak oder 2 meal je dan share, tetiba semua jadi tamak and oder sorang sepinggan. Udahnya fries selambak terpaksa ditapau bawak balik.





Roasted chicken, Fish and Chips and Calamari Rings

Calamari tu sedap, ayam sedap gak tapi fish and chips kurang menepati citarasa, maybe aku silap lupa pilih ikan dory. Fish of the day apa tah, ikan tu kenyal-kenyal sikit.

Penuh bekas 
1st time dulu lunch sini jugak

Untuk memberikan budak-budak ni pengalaman GOR sebenar, ayuh ke Memorial Arch, walaupun terpaksa reroute dan menempuh lagi kerja repair jalan. Sampai kat sini dan malam weh. Padahal baru pukul 5 camtu. Hanya mampu berhuhu di dalam kereta bila lalu lighthouse, pantai-pantai yang ramai surfer tu (apa tah nama, Bell beach kot) sebab dah gelap. Nak berenti pun macam tak best dah.
Takpelah sisturss, ada rezeki kita drive lagi. lain kali buat 2 days drive



ambik gambar dari dalam kereta je 



Jumpa jugak rumah tiang sebatang ni macam yang tour guide pernah cerita dulu

Kami sampai kat cabin dalam pukul 7 lebih kalau tak silap. Singgah rumah sebab nak kencing je haha, terus drive pergi K-Mart. Harini je ada masa nak membeli. Haa..bertapa la dalam K-Mart tu. Teringat beg kecik je, kalau tak mau segala balang aku angkut beli. Nina cam biasa la beli baju bajan untuk anak dan anak bakal lahir. Najah, ni lagi seronok, segala benda dia beli. Aku nampak ada shawl, ada botol air, comforter, dalam-dalaman lagi.
Aku? haha, placemat, thongs (macam takde kat malaysia), set cadar, baju bajan.
Tapi semua ialah under AUD50 ya.

Dah penat shopping, lapar pula. Padahal takde la lapar gila. lapar lite-lite je, tapi gatal tekak. Google jumpa kedai arab nama Mustafa's kat Geelong City Centre. Layan la



meat platter kot, sedap hoii. Nyaris nak oder satu lagi haha. Dasar dinosor. Tapi tak buat la.

Dah kenyang, balik umah dan kemas barang. Esok dah nak ke CBD semula.

Peh..panjang entry aku.




dzuli

4 comments:

  1. Ok juga ko dapat bergambar depan Memorial Arch tu. Walau snap dari dalam kereta. Kitorang sampai haritu dah gelap gelita, guna flash pun xjalan sangat. Puas edit bagi brightness paling tinggi, noise kelabu asap jadinye gambar. Tabah lah kan. Next repeat GOR lagi. Harap2 nye dah tenang sikit imi Aus ngan rakyat Msia masa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula.. Cuak dengar cerita macam2 kat immi

      Delete
  2. Best nya, cantik semua foto.. Rindu jalan2 Melbourne..

    ReplyDelete