Friday, September 6, 2019

Melbourne 2019 - Part Finale

Assalamualaikum

hari terakhir di kota Melbourne. Harini kita habiskan dollar haha. Dimulakan dengan makan Gozleme sorang sebijik dekat QVM. Haritu sebijik share 3 orang, kali ni nak bagi puas, oder 3 bijik lepastu kenyang namatey.


beli jugak churros tu. Bole tahan la

Jalan-jalan sikit cari souvenir. Aku beli fridge magnet je sebab ada orang kirim, lepas tu beli shopping bag sebijik. 


Kalau musim winter ada Night Market kat sini
Dreamcatchers

QVM lebih meriah on weekend

Masuk dalam nak cari bakery, jumpa pulak orang jual coffee ni. Aku cakap boleh ke nak 100gm, dia kata boleh, rupanya dia dengar 400gm, nasib baik belum sempat grind. matik aku bayar coffee 30AUD kalau 400gm. Pastu aku rasa mesti minah kopi ni cerca aku hahaha.




Padahal kononnya kenyang namatey makan Gozleme, kitaorang decide nak mengeteh jugak kat sini. Karang balik menyesal. So lepak kat Cafe ni oder air je. Nasib baik aku tak minum kopi kat kedai Gozleme tadi, aku minum teh share ngan diorang je.


Macaroon beli kat QVM. dapnya.

Balik hotel semula untuk simpan barang. Lepas tu aku cadang nak pegi lepak layan buskers kat GPO. Nina nak berehat, baby letih. Aku ngan Najah jalan kaki je pergi sana.
Masuk kat dalam Royal Arcade kejap.

Hoptown tea house. Budak 2 orang tu makan kat sini lepas aku balik. Queue panjang gila
Brader ni main lagi Shape of You, best gilaa..Layan jap

Tetibaaa jumpa Union Lane
1, 2...pose





Baru nak melepak depan GPO tetiba hujan, semua buskers pun cabut lari haha. Sempat tengok sorang je nyanyi lagu Enrique Iglesias. Hensem woh, ramai gadis-gadis mengerumuni beliau. Sebab hujan kami jalan-jalan jap kat kedai tepi-tepi tu.



Dah nak balik, aku cakap kat Najah, kita mesti mengeteh kat Melbourne's Laneway. 3 kali aku datang, memang tak pernah lepak kecuali kat Seasalt Degraves tu.
So, kami jalan kat Laneways belakang Royal Arcade, cari satu cafe yang paling cute. Duduk dan oder. Tudiaa.


Chai latte dan Almond milk latte

Oh sedihnya, semakin menghampiri masa untuk pulang ke tanah air. Balik hotel untuk solat jap. Since flight pukul 9.45, Skybus ada pukul 6 dengan 6.30 je. So aku cadang nak naik bus pukul 6.



Naik tran je sampai southern cross. Boleh pulak aku silap platform, nasib baik tanya sorang pakcik kat kaunter skybus tu, kalau tak berjanggut la takde bas. Bila pergi kat platform sebenar orang dah queue panjang walaupun ada masa dalam 15-20 minit lagi sebelum pukul 6. Kebanyakkannya rakyat malaysia la. Sorang pun tak bertegur walaupun beratur sebelah-sebelah haha. Sebab tak tegur, masa nampak diorang struggle nak angkut luggage naik atas bas aku tak tolong pun. yes, I'm petty liddat.
Bukan selalu buat perangai cmni (disclaimer)



Sampai Avalon dalam pukul 7. Ngam je pergi check in luggage. Jumpe sorang amoi tu nak balik KL, tapi passport dia Aussie. Sembang banyak la dengan dia sementara nak masuk departure hall.
Departure hall dia lawa, walaupun airport ni dari luaran kelihatan sendu sekali, Dalam ni ada prayer room yang bersih. Malangnya aku tinggal telekung kat budak 2 orang tu, solat la pakai stokin dengan jacket.



Tepat jam 9.45 malam flight pun berangkat menuju ke Tanahairku. Seronok sekali sebab aku ada add seat last minute, tetiba aku dapat satu row sorang. Hahahaha, gembiraaa, tido dengan nyenyak sekali sehingga sampai KL.


Tamatlah 6 hari dibumi Melbourne, ada rezeki aku pasti kembali.
Puas hati jugak la untuk trip kali ni, seronok betul berpura-pura menjadi Melburnian. Tapi tu la orang kata, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik la hujan emas.
Tapi yang dirindu yang selesa yang disayang mestilah negara sendiri.
Oh, actulally masa aku pergi ni baru sebulan selepas kes mass shooting dekat Christchurch tu, ada la 3-4 kali bila kami jumpa mat salleh ni diorang greet "Salam". Dulu2 takde pun. Tapi tayah la dipuji beriya pun warga Aussie ni, yang racist pun ramai je lagi. Yang baik kita respect la, yang racist buat tak layan je la.. buat-buat tak dengar, me speak no english gitu.

menjadi PS perfume dari Chemist buat modal bayar luggage fees haha. Laku kerasss.


 Habis jugak entry ni. Akhirnyaaaa..




4 comments:

  1. Aku rasa kena repeat Melbourne juga ni. Sebab haritu kelam kelibut langsung xdan melepak kat cafe & mencemar tekak ngan dessert diorang. Harap-harap visa tidak dideny. Tengok trip kau kali ni memang santai gila kan, xde macam previous trips.

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan repeat..haha, yessa trip kali ni sebab rindu je, tak koser dah nak berkejar2 dekat tourist attraction.

      Delete
  2. wehhh dia balik kampung dia lagi... bestnya! (sambil terkenang tiket melbourne yg burnt 2 tahun lalu hahaha)

    ReplyDelete