Thursday, October 17, 2019

Kuching 2019 - Part 1 (The Waterfront Hotel, Chinatown)


Assalamualaikum

Kembali lagi ke episod cuti-cuti Malaysia kerana takde budget nak keluar negara. Gituh
Malaysia pun ok juga, semua ada disini, Malaysia truly Asia.

ini ialah trip down to memory lane, Kuching hold a special place in my heart, 1st time naik flight, 1st try backpacking, one of my special friendship bonded here juga 1st time terlibat dalam projek mega (part on pan-borneo highway). Banyak rupanya kenangan manis kat sini.

Teringat zaman aku active kat Twit Backpackers 4-5 years ago, ada netizen bertanya " ada apa je kat Kuching? " KK lebih menarik katanya. Well sis, cinta tak kenal siapa, hadir tanpa dipaksa. Wah!!!

Najah yang bagi idea pergi Kuching, lepas pak Leman discharge dan beransur sihat, kami pun beli tiket. kebetulan dapat harga agak murah RM 180 returns. Nina nak bawak Adam sekali tapi diorang straight je dari Penang, Trip ini juga hampir menemui kegagalan kerana jerebu teruk yang melanda negara. Aku ingat 2 minggu sebelum trip asyik check IPU je, dah la nak bawak Adam, satgi budak tu sakit ke pasai je. Alhamdulillah, seminggu sebelum trip IPU turun dan trip diteruskan dengan senang hati.

Takde plan apa-apa pun, nak pergi rileks-rileks dan makan je. Aku memang suka makanan sarawak. Laksa, Mee Kolok, Kek Lapis, Pisang cheese, Allahu, dapnyaa.

Flight kami pukul 8.45 dari KLIA dan sampai KCH around 10.45 macam tu. Nina dan Adam dah sampai dari pukul 9.00 tadi, kesian diorang tunggu lama kat Airport.


Dah cukup korum teruslah ke hotel, nak simpan beg je, tapi tetiba dapat upgrade ke Club Wings tapi takde la club benefits  dan check in early. yey.
Untuk trip kali ni kami memilih The Waterfront Hotel kerana lokasi strategik, harga mampu milik dan kids friendly. Asalnya dah booking Marian Boutique Hotel tapi macam tak berapa sesuai je. Sempat cancel booking tu.

Welcome Drinks
Family room. RM 250 per night
Bilik ok la, simple dan kemas

Bilik air pun spacious
toiletries pun ok. wangi2 belaka 
Merdeka Palace dan Muzium baru (view dari bilik)
Nampak town (view dari lobby lif)
DUN Sarawak

Walaupun bilik cantik, tapi kami lapar, google tempat makan dan jumpa kedai Dapur Dayang, dekat je dengan hotel. Ayuh jalan kaki je la. Anak sedara aku tu la, tak leh panas-panas, takleh letih-letih, diva ye kau nakk..Ada Mall sambung dengan hotel ni, tapi kami terbang jejauh ni bukan nak makan McD, kami mahu laksa.
Makanan ok jugak, quite nice. Harga pun berpatutan


laksa, mee kolok, teh C, lemon ais dan nasik ayam untuk Adam
Panas jalan hahaha.

Lepas makan, jalan sikit area Chinatown. Nak bergambar je pun sambil cari street art.

Harmony gate

street art cantik 1. disinilah The Marian Boutique Hotel

Hotel pilihan pertama. Cantik
Belakang temple ni
Lawa mural ni - carpenter street
Laneways pun lawa 





Lalu la depan kedai Black Bean Coffee and Tea Company ni, katanya agak famous,tengok kedai penuh dan ramai orang beratur. Kami pun try la sepam. Join la beratur, oder Iced latte dengan milk tea with sago.


Pembuatan nampak meyakinkan
Muka happy sebelum kejadian

Rasa dia hahahahahaha, I cannot, maybe not our taste or salah order. Milk tea tu masuk tongsampah, coffee tu ok lagi, habis la jugak 1/2 cawan.

Lepas jalan balik hotel jap since Adam pun dah mengaruk panas. Rileks jap solat semua. Aku dengan Najah pergi jalan kat Waterfront dan Old Court House, Nina bawak Adam pergi mandi pool.
Jalan kat main bazaar sebab nak usha benda yang boleh dibeli esok  dan nak cari kek lapis buat kudapan haha.




Tak banyak berubah dari 10 tahun lepas

Dah jumpa kek lapis, baju tidur bagai, ayuh ke Old Court House. Bangunan ni caught my eyes masa mula-mula sampai kat hotel. Aku menag sucker kat bangunan colonial macam ni. Dulu tak perasan pun, maybe masa tu sibuk berjalan kat luar city centre.

Dalam Old Court House ni ada cafe, restaurant, museum dan events space. Memang awesome.

lawa kan?






Dah alang-alang kat sini, harusla kita mencuba satu cafe yang ada iaitu The Commons. Memang target nak pergi sini since dekat je dengan hotel dan cafe lawa. Sebelum tu ada pm cafe ni, katanya diorang takde status halal sebab serve alcohol tapi food dari halal source and no pork. Cakes pulak ada tulis if contains alcohol.



Cake selections
Lagi kek selections


oder earl grey cake apatah. Aku suka, tapi Najah kata so-so. Drinks tu sedap


Ok, bersambung...

Dah tergoda nak pergi Kuching?




dzuli




No comments:

Post a Comment