Monday, December 2, 2019

Konsert M Nasir Satu Hikayat 40 Tahun Perjalanan


Assalamualaikum

Aku jaranglah nak blog mende-mende lagho yang aku buat. Tapi yang ni worth to blog hahaha.
Maybe once or twice in a lifetime yang aku dapat menonton artis kegemaran aku perform secara live.
Aku tau pasal concert ni sebab tengok Tulus Live in Malaysia a few months ago, ada promo clip konsert M.Nasir, jerit aku ngan Najah sebab excited. Tiket keluar 1st day, terus sambar. 
Najah beli yang RM355, aku sedikit misekin dan beli yang RM 200 sajur (lepas tu menyesal sehingga harini, doakan tidak terjebak ke SG pula)

Nak kata aku minat gilababas M.Nasir ni, tak la seperti peminat K-Pop yang mampu menyambut birthday artis secara maya dekat cafe dan mengumpul cup sleeve (akak terlalu kertu untuk hadam trend ini). tapi seingat aku dari darjah-darjah memang aku layan lagu Tanya Siapa Itu Hud-Hud, Raikan Cinta, Hati Emas Etc. M.Nasir ni artis yang aku pandang tinggi la sebab bakat seni dia yang lain dari yang lain dan personaliti dia yang ala-ala misteri gitew. Lagi satu aku suka beliau dalam PGL, aku rasa dialah manusia paling tepat untuk Hang Tuah itu. Stephen Rahman who?
Lagu M.Nasir ada la dalam playlist spotify aku of course.

Tapi ntah la kenapa konsert ni tergerak hati nak melabur duit nak pergi hahaha, maybe aku terpengaruh dengan najah, or lokasi or harga tiket mampu milik.
Tiket dia sold out ya, 6000 seat di Plenary Hall dan Shiraz open pula untuk 2nd night. 

Bagi aku M.Nasir ni unik sebab boleh create lagu contohnya macam Raikan Cinta, lagu ketuhanan about Nabi Ismail dan Siti Hajar tapi versi catchy dan menarik.Lagu Sahabat Gua pasal Ashabul Khafi pun catchy, (baru tau lagu ni masa concert hehe), lagu Andalusia, well about kerajaan Andalus la kan.
Ada jugak lagu yang deep gila sampai tak mampu nak terselam macam Tanya Sama Itu Hud-Hud, Keroncong Untuk Ana (Allahu..sedapnya laguu), lagu Mustika yang setiap inci lagu tu sedap namatey dan lagu Pheonix Bangkit. 

3 bulan tiket diperam dalam mailbox, hari yang dinanti telah tiba pada 23 November 2019. Macam biasa, kami stay kat The Bed, Vortex KLCC. Saja ambik hotel sebab takut konsert habis lewat, aku tak familiar sangat drive dalam KL so malas nak pening-pening.



Pukul 6 dah gerak ke Avenue K, lepak minum dulu, Kebetulan pulak kami berdua cuti solat, lagi la sakan meronggeng petang ye.



Pukul 7 jalan ke Plenary Hall, sampai je Plenary, orang dah ramai. Nak bergambar kat poster besar ni pun dah malas sebab beratur panjang. Pergi tukar physical ticket dulu. Kena charges RM 10. Lantak la, bukan aku pergi concert hari-hari haha.


menyelit je nak bergambar
Muka happy gila

Konsert start almost pukul 9, ada opening sikit, nampak je M.Nasir keluar, perghhh..starstruck gila!!!
OMG, tak percaya dapat tengok Sifu perform live. Gambar agak hauk la disebabkan lokasi seat dan handphone beshe-beshe. Tapi the experience akan tetap terpahat dalam minda sampai bila-bila.
Ada la netizen kata "kenapa buat kat plenary hall, susah nak berjoget, kecil,bla-bla-bla"

Well, why I love concert at Plenary Hall ?

  1. Access senang. Ada train, centre KL
  2. Selesa, surau, toilet semua
  3. Sound system best, pentas cantik 
  4. Peminat M.Nasir bukan muda-muda lagi, kebanyakkannya above 30's
  5. No need stadium, no need to headbang or mosh pit untuk lagu M.Nasir. 
  6. 6000 orang dan full house ialah satu kejayaan untuk industri kita sekarang, ini bukan 90's
  7. inilah level M.Nasir, tempat yang cantik dan berprestij gitu.

Opening ialah lagu Langgam Pak Dogo which aku tak familar sangat. Tapi suara dia masa ni, Allahu dapnyaaaa..
Lepas tu lagu-lagu yang kita familiar dan boleh sing along la. Pheonix Bangkit, Anak-anak kita, setuhan listrikmu dll.
Part paling menarik bila beliau nyanyi lagu yang dicipta untuk artis lain. Allahu, bestnyaa
ada lagu Sekuntum mawar merah, hingga akhir nanti, Milik siapakah gadis ini, bercanda di pasiran pantai (best gila!!!) Istana menanti, Fantasia Bulan Madu, Sejati, Pawana, Jaket biru semua ni lagu hits dan evergreen la kat Malaysia ni. baru la aku tau dia penulis untuk semua lagu ni hehehe.

Aku dengan Ean macam meroyan kat situ sambil menyumbangkan suara hahaha. Kebetulan rakan sebelah seat pun best dan sporting.



2nd half, Tok M tukar baju putih, Masyaallah sisturr, heloknyaa. Tak sangka aku cakap orang umur 62 tahun elok, tapi memang helok. Siapa la glam team dia malam ni, wardrobe cantik, wajah nampak berseri, age appropriate. Cuba tengok concert dia zaman dulu-dulu tu, haiyooo.. wardrobe so seniman.

2nd half ni lagu-lagu dari zaman beliau kumpulan Kembara dan lagu-lagu yang sangatttt familiar kat kita. Ada Hati Emas,Gerhana, Mentera Semerah Padi, Apokalips, Ada, Hijab Kekasih. lagu yang menggamatkan Plenary ialah Sahabat Gua. Allahu, kesurupan ya, semua bangun dan menari. Aku duduk level atas, party liar start lambat sikit sebab tatau la ramai malu ke apa ke, tapi geng bawah party start early. masa lagu Sahabat Gua ni memang party full swing haha, Then Raikan Cinta, sapa tak tau lagu ni, mmm..tatau la, maybe lahir tahun 2000 kot.
Penutup ada lagu Suatu Masa, dia buat-buat gerak ke belakang (konon dah habis) dan keluar semula dengan Mustika. Sedihnyaa dah habis. Tak puas rasanya,
Tapi manusia tak pernah puas berhibur - M.Nasir, 2019
Actually Party Liar tu beliau yang sebut. "Malam ni kita party liar, jangan bagitau mak"

Tapi aku kagum la dengan stamina dia, menari, menyanyi 3 jam solid. Kira berbaloi bayar tiket.
untuk orang umur 62 (kalau Gov. servant dan pencen) untuk perform macam dia malam tu memang wowzaaaaa.









Kami melangkah keluar Plenary Hall dengan hati yang puas. This is an experience dan highlight tahun 2019 aku. kalau tak kerana 24 Nov tu aku kena pergi Penang ada kerja, aku rasa aku beli untuk 2nd night sebab ada 30% off. Nyesal aku beli tiket flight 24hb hahahaha..

Ean pernah pergi konsert Alam Muzik kat IB tahun 2009 kot, katanya yang tu lagi best maybe sebab crowd or venue kot. Tapi untuk aku, ini pun dah cukup puas hati. Semoga beliau diberikan kesihatan yang baik dan tak berhenti berkarya. Harap Shiraz buat lagi tahun depan, Nah, take my moneyyy.



dzuli

2 comments:

  1. M.Nasir mmg legend..suka dia sejak kumpulan Kembara lagi, dgn lagu Express Rakyat...nmpknya tahun ni bintang2 legend beraksi..my ofismate pegi show Jamal Abdillah, ni kipas susah nak matey..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. Rasa berbaloi gila pergi konsert ni. Memang experience of a lifetime. Tok Jamal saya tak minat sangat Hahaha... Tapi Ramli Sarip I loikeee

      Delete