Tuesday, January 21, 2020

Cafe Hopping 2019


Assalamualaikum

Aku biasanya tak rajin nak buat entry2 begini, tapi since ada masa free dan sayang pulak nak delete gegambar ni.

Mempersembahkan Cafe Hopping 2019. Kebanyakkannya area Cyberjaya sajur dan mana yang ada gambar.

1. Alcea Cafe, Tamarind Square
Entahla nakk, cafe ni lawa, makanan not bad tapi opening hour dia yang tak cun membuatkan aku rasa tak rajin nak repeat. Lagi satu aku tak berkenan seating dia, dekat dengan orang sebelah, camne nak bergossip?  Tapi kat sini ada specialties coffees dengan beberapa brewing techniques. aku tak pernah try pun sebab mahal haha.

Waffle and latte. ok la, not bad
Nasik lemak tu Farhana cakap not bad. 2nd time datang
tak ingat nama drinks. tengok tu nampak kaki anak sapa tah dari seat aku


2. Pastribella Bakeshop, Tamarind Square
Salah sati cafe favourite aku, kek dia sedap-sedap dan unik belaka. ID beshe-beshe je. Kepunyaan juara Masterchef Malaysia Season , Dr. Ezani. Dr Ezani ni bukan juara Masterchef ecing2 macam Dr Jack of all trades master of none tu (ytjt).Ada jugak makanan macam pasta, nasik tapi aku tak pernah try. Aku rasa 2-4 kali jugak la aku repeat kedai ni.

Rambang mata
Ni pergi ngan mak, Nutella apa tah dengan scones
ni dengan Kumari sisters, sedap semuanya. aku teroder rose latte (bandung panas)
salah sebut sepatutnya  rose cafe latte. pasta basil apa tah, not bad
my favourite flourless rose pistachio cake

3. Glaze eatery, Tamarind Square
Ni antara cafe hipster terawal di Tamarind square dan kekal sehingga harini sebab food dia sedap. Nak kata sedap gila tu tak la, tapi decent dengan price yang reasonable. Penuh sentiasa, nak melepak pun kadang-kadang tak sampai hati sebab takut hogging seat. Sesuai untuk datang makan, kalau aku tengok tak ramai baru aku duduk lama sikit.


datang makan dengan family. Harga sangat reasonable. Cake tu memang sedap. kadang2 datang just untuk makan kek je


4. Svart Cafe, Tamarind Square
Ni pun cafe yang aku suka, menu agak limited la tapi ada benda yang aku sangat suka macam fish and chips and Chocolate burnt cheesecake. ID sangat lawa, seating banyak dan agak privacy, sesuai nak bergossip sebab jarak meja jejauh. Coffee dia baru-baru ni dihencap tapi setakat aku pergi 2-3 kali macam ok je.


kalau jumpa kedai sedap bagitahu kawan, tak sedap bagitahu soc med. Aglio olio tu sedap


5. Harley's Burger and roaster, 3rd Avenue
Burger sedap dan ambiance best. Sekarang 3rd avenue ni dah ramai sebab ada kedai boba so parking susah sikit. Aku suka lepak sini malam and paling layan kalau cuaca sejuk2 sikit, lepak kat luar. Layan plak buger 2x2 dengan iced latte.


burger ayam aku tak minat sangat
beef 2x2 best. yang ni set menu
ada jugak specialty coffee dengan harga yang lebih reasonable.
bawah RM 20 boleh pilih beans and brew techniques.


6. Rise and Shine by Tapestry, Chow Kit, KL
kalau tengok drama Sweet Dreams pasti kenal cafe ni, tapi masa aku datang ni aku tak tau pun. Dah sampai barui perasan. Lawa sungguh cafe ni dari exterior sampai interior. Tapii harga ada-ada sikitlah, sekali sekala takpe kot. parking limited, aku kena ketuk parking tepi jalan RM 10. kalau rajin bleh je jalan kaki dari monorel Sultan Ismail, cafe ni depan hotel Straits.





Rise and shine eggdrop tu sedap. Pancake with earl grey and gula melaka syrup tu ok-ok je. aku pantang nampak menu berasakan earl grey ni. latte tu kecil je RM 11. sedih


7. Tapak, Cyberjaya
Tapak ni dulu ada kat KLCC je tapi sekarang dah ada kat tempat-tempat lain jugak. kadang-kadang datang makan sini kalau ada food truck yang menarik. Boleh check kat Apps Kapita untuk tau food truck yang available untuk hari tu. Favourite aku ialah Truck The Rice Pot, fish and chips dia sedap baq hang. Nasi lemak Kampung pandan pun ok jugak and API pizza pun sedap. Tapi banyak truck tak accept e-wallet, apo? Urban Street Dining mende. Kalau kat cyberjaya farmers market tu akak jual nasik lemak dengan teh ais pun accept Boost tau.



ni semua food truck kegemaran aku. 


8. Kenny Hills Bakers, Bukit Tungku
Nama yang tidak asing lagi, dulu masa kerja KL selalu jugak datang or mengeteh(mengular) dengan rerakan. Tapi sekarang dia dah bukak baru, lebih luas dan cantik. Menu pun makin banyak dan ada table serving. Lokasi sama macam dulu, tapi bangunan sebelah.

Aku suka almond croissant and cinnamon roll dia. 
Takyah dah berlaga bontot seperti dulu. Boleh pilih pastries dengan aman
Berry tart sedap, chocolate tart pun ok
Acik Ean oder nasik lemak, aku oder roasted beef sandwich. aku tak suka baguette, next time aku nak oder on croissant.


Setakat ni jelah yang mampu dikongsi since aku pun dah agak kurang JJCM or JJCC. Dah kertu ni weekend rasa nak mereput kat rumah je sambil membibik.




dzuli

2 comments:

  1. Wow dah upgrade Kenny Hills Bakers tu. Barulah nampak selesa. Haritu ok gak cuma sempit gila kan. Bolehlah aku try cafe2 ni once balik nanti. Tapi yg Dr Ezani punya tu memang aku nak gi sangat.

    ReplyDelete
  2. OK nanti nak pi try la semua2 tu.

    ReplyDelete