Tuesday, January 7, 2020

Kuching 2019- part 2 (Topspot, Jambatan Darul Hana)

Assalamualaikum.

Dah masuk 2020, so nak sambung entry tahun lepas ni.

Sambung lagi hari pertama di Kuching. Balik dari ngeteh kat Commons kitaorang rileks2 jap. Budak Adam tengah seronok mandi kat pool hotel.
Malam ni kami nak menyempurnakan wishlist iaitu makan kat Topspot. ni first time yang pertama nak makan kat tempat glamer ni.

Ambik grab je dari hotel, kebetulan dapat Ladydriver yang peramah, dia pesan pergi kat kedai ABC and oder butter prawn. Katanya butterprawn kat sini lain dari yang lain.

Ramai jugak orang, lif dia macam kecik so kena tunggu lama sikit untuk dapat naik atas. Kami mengikut pesanan grab driver tadi.

ABC Seafood
Orang dah start ramai

Konsep dia sama je macam kedai seafood kat Jeram tu, pilih seafood dan oder jenis masakan. Kami memilih semua jenis seafood haha. Sayur oder midin je. Oh, telur goreng untuk Adam, jangan harap la budak ni nak makan sumber protein lain. Ketam biasa tu tinggal seekor je, tapi besor, oder jela sebab Nina teringin, kitaorang tak suka sangat Ketam Nipah tu. Adam pulak dok menjerit-jerit takut sebab nampak ketam tu berjalan dalam aquarium.

Cilli crab, butter prawn, sotong goreng tepung, sweet sour siakap dan midin goreng belacan.

Rasanya harga semua ni tak sampai 200. Dalam RM 120-150 macam tu. Agak berbaloi la, kenyang terbelahak. Makan nasi semangkuk je, pastu ratah lauk. Sedap la, patut femes kedai ni.

Dah makan, jalan-jalan kat Waterfront. Nak pergi Jambatan Darul Hana dan tengok light show.
Tapi masa ni awal lagi, baru pukul 7 lebih camtu.









Baru sampai kat tengah jambatan, Adam cakap dia nak kencing, so semua bersurai hahaha, tak sampai hujung pun. Gambar dari atas pun takde. Adoii..dah la ni salah satu agenda utama, boleh pulak tak cross sampai hujung dan tak ambik gambar. Lagi satu lighting atas ni membuatkan gambar jadi buruks, maklumlah kami semua pakai preset je,




1st time jumpa jambu pink. selalu minum air pink guava je

Adam ngan nina balik, aku ngan najah jalan-jalan kat tepi-tepi tu. Nampak orang makan aiskrim gula apong. Pastu aku pergi tanya akak tu, dia tunjuk kedai kat tepi jalan tu je, apa lagi, terus pergi beli. Tapi share je sebab masih kenyang. Sedap uolls..sedap gilaaaa...

Murah je, dalam RM 2.50 kot



Kat Waterfront hotel ni boleh naik rooftop untuk tengok light show kat Jambatan Darul Hana. Just pergi reception dan nanti staff dia akan bawak naik rooftop. Takleh naik sendiri, ada access card.

Start lambat sikit, 8.45 macam tu walau timetable kata 8.30 p.m
5 minit pertama - meh, sendunya lightshow iniiii
lepastu makin lama makin menarik, siap ada hologram bagai..wowzaaa!!!!
best!! I bagi 5 bintang.




Lepas tengok lightshow, lepak minum jap kat bar hotel. Charge under room umpama orang have-have. hahaha.


Minum ayaq tembikai ja pun

biasa la 3 beradik ni, aku gan Najah ni yang hidup sebumbung pun cerita tak habis, ni kan pulak dengan Nina yang jarang jumpa. Bergosipan jelaaaa

habis day 1

dzuli

No comments:

Post a Comment