Tuesday, March 24, 2020

Girls Trip Bandung 2020 - Part 3 (Orchid Forest, Daheim 290)

Assalamualaikum

day -6 restriction movement order (RMO), bagaimanakah perasaan anda? takut? sunyi? lapar? risau?
entahla nak, macam-macam perasaan
1. nervous sebab teringat kat parents
2.nervous sebab Najah baru balik Indo tak sampai 14 hari. Batuk sikit pun dah berdebor rasa
3. nervous tengok situasi Malaysia yang dah 1000++ case dan 10 kematian. kesian tengok muka DG KKM, kesian dengar cerita frontliners
4. Risau dengan keadaan ekonomi. Sedih dengar ramai yang bakal hilang pekerjaan/ tiada sumber pendapatan sepanjang RMO ni

Sebagai rakyat Malaysia, hanya mampu berdoa agar semua yang disayangi dilindungi, frontliners diberikan kekuatan dan dilindungi, government give full support, Malaysians takes part dengan ikut arahan duduk rumah, Jemaah Tabligh pergi buat saringan, PUI jangan menipu klinik/hospital dan akhirnya ada ending yang baik untuk semua ini, semoga Malaysia berjaya flatten the pandemic curve. Berikan kekuatan kepada kami untuk sama-sama menghadapi ujian ini.


Sambung semula cerita kat Bandung day 2.

Lepas makan kami meneruskan perjalanan ke Orchid Forest dan tetiba hujan lebat gila, so kami tukar plan untuk check in AirBnB dulu, masalahnya cari rumah tak jumpa. waze cakap dah sampai tapi tak nampak rumahnya, akhirnya call owner dan barulah jumpa.
Masuk dalam kejap tetiba hujan dah berenti, teruskan plan asal nak ke Orchid Forest, nasib baik hanya 2km dari rumah. Kalau weekdays dia tutup awal jugak around pukul 6.
Bayaran tiket masih sama IDR 10000, around RM 30.
Takde cerita sangat, so gegambar je lah. Dah banyak beza dari 2 tahun lepas, banyak benda hiasan apatah nama yang dah siap.

Wajib bergambar beramai-ramai
Pose!!! tiber
Seronok pose pastu adik Yin ambikkan gambar
Pavillion
Kat mana ada benda2 camni, gambar je la
one with sis farhana

Recreate gambar macam 2016

Ada jugak café/resto baru
sangkar apa tah


Acah sangat posing memasing ye

Macam playground untuk budak-budak. Bayaran asing




Kat sini ada satu jambatan gantung yang agak iconic la, kira selling point la, banyak featured kat travel page/ Instagram. Kena bayar extra IDR 125k. Last-last Farhana dengan Ean je naik, kami bertiga ni gayat




Geng gayat
Sambung posing


Posing lagi

Lagi

Lama gila kami kat sini hahaha. Nasib baik takde orang

Nak dapatkan gambar macam ni

Macam ni

Dan macam ni











Udahlah, mari pulang, tempat ni pun dah nak tutup

Kami kembali ke AirBnB, waktu pun dah pukul 6 lebih. Ajak Angga join tido kat rumah ni sekali since ada 4 bilik, tapi dia kata takde baju, so dia pulang ke Kota Bandung, wealls nak fefeeling orang kaya jap. Yang bestnya lokasi dia memang dekat dengan Indomaret dan Alfamart, Grab food pun banyak option kalau malas nak keluar. Ada la kedai-kedai makan kecil kat area ni tapi takpelah, kami pun dah puas makan dari pagi sampai ke petang. So, malam tu kami decide dinner light-light je beli kat sebelah.

Moh house tour

Bukak je gate, semua teruja

Depan rumah pun dah cantik

Dapur ni dream sangat. Lawa bar dia

Heksagon tiles ualls, baru lepas tengok kat Property Brothers

Ada kitchen appliances/utensils yang agak lengkap

Dining Area yang aummm

Master Bedroom

Toilet masterbed

ada mural. Setiap bilik pun ada simple mural


Tengok gambar hall ni, I'm sold. Very Scandi

Aktiviti malam, layan filem Indo kat Iflix. Sempat la layan 2 movies 

Ada extra mattress kalau ramai

Memborong mengikut nafsu kat Indomaret dan Alfamart. 

Malam tu kami melepak kat rumah jelah, sini pun sub urbs mana ada café segala nak melepak, lagipun rumah ni agak mahal, so duduk puas-puas. Malam tu dinner Maggi, snacking ice cream mocha yang sedap gila, snacking walut, minum coffee sambal layan movie Dua Garis Biru dengan apa tah pasal budak laki hensem nama Mas Kulin. WifI pun ada, laju pulak, lagi serunuk memasing mengupload soc med memasing. Sebenarnya masa nak tido malam u aku macam takut sikit sebab aku punya bilik menghadap padang/hutan belakang tu. Malam ttu decide untuk tido sorang satu bilik la, sbb level atas ada 3 bilik, bawah Farhana ngan Yin, aku nekad kalau aku dengar bunyi pelik aku lari bilik Ean hahaha. Alhamdulillah, ok je, tido nyenyak sampai pagi.

Esoknya sebelum kembali ke Kota Bandung..

ehem, ayuh pose!!






Iklan Ikea ka?






Bersambung..






No comments:

Post a Comment