Thursday, May 28, 2020

Girls Trip Bandung 2020 - Part Finale (Kalpa Tree, Saung Angklung Udjo, Balik)


Assalamualaikum

Selamat Hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.
Amacam beraya dengan norma baru? Gigil tak nak balik kampung? nak buat open house? nak potluck kat office ?
Bawaklah bersabar, kalau panjang umur jumpa Aidilfitri tahun depan beraya la ko sampai muntah hijau.
Nanti la ada masa I buat entry pasal CovEid, kerana ianya sesuatu yang berbaloi untuk dikenang semula suatu hari nanti.

Kita abiskan entry Bandung yang mungkin menjadi trip terakhir untuk tahun 2020. Burn la tiket yang lain tu, harap AA bagi la credit ke apa ke.

Lepas berposingan sakan kat Braga Street tadi, kita nak pergi melepa kat tempat yang hip di Kota Bandung iaitu Nara Park. Bukan Nara Park yang ada rusa bagai tu, tu kat Jepun.
Dia macam tempat lepak-lepak, makan-makan, photo-photo gitulah. Asalnya kami nak ke Lawangwangi tapi katanya tempat tu dah tak maintain, so Angga suggest datang sini.

Ramai orang, tapi wealls macam tak tau nak buat apa, nak makan macam kenyang lagi sebab baru sangat ngeteh kat Starbucks tadi.










Tetiba Angga cakap, kak saya silap, nak pergi Kalpa Tree sebenarnya, eeii..terus cabut pergi Kalpa Tree yang sebelah Nara Pak ni je.

 
lawa gila interior dia







Order la Kalpa Ice tea, kang kena halau pulak kalau tak order hahaha

order jugak tauhu cili garam buat kudapan. sedap

kiranya setiap sudut syok la bergambar

Ni lah salah satu tarikan di Kalpa Tree

Fefeeling T20 melepak "dalam" pool. bukan kaleng2 punya T20, level Kim K

one before balik

Ada banyak lagi photo spot dalam Kalpa Tree ni, ada spiral staircase even toilet dia pun lawa. Tapi aku dah malas nak bergambar, rileks jap kat luar tunggu diorang.

Dah setel semua, ayuh ke Saung Angklung Udjo. Ni merupakan wishlist aku sejak trip 2018. Saung ni agak jauh sikit dari Kalpa Tree tadi, maklumlah dengan macet weekend kat Kota Bandung lagi, so rancang perjalanan anda.  Sampai tengah jalan, tukar kereta jap sebab kereta semalam tu nak kena masuk workshop lepas kes tayar pancit tu. Dapat pulak mini Alphard. 


Muka dah lapar

Sampai saung ngam-ngam jugak la before show pukul 3.30. Sempat lunch sekejap kat restoran yang ada dalam ni. Boleh tahan la makanan dia.
Harga tiket dia lain-lain mengikut waktu poersembahan dan hari. Kalau weekend macam mahal sikit berbanding weekdays. Aku pun dah tak ingat harga ticket kitaorang bayar haha. Dalam Rm 30 kot


semua sedap. Abis licin

Beli ticket dan dapat benda ni as a ticket la. 

dia punya emcee. Lawa kan?


Dimulakan dengan persembahan ala-ala wayang kulit, sebab bahasa Jawa, wealls tak paham, maka skala nguapan tu tinggi sikitlah. Orang agak ramai. masa ni katanya Indonesia masih 0 case so nan hado lah penjarakan sosial bagai, face mask pun kitaorang tak pakai, harapkan hand sanitizer je. Masa ni tengok ada tourist from Japan and sorang dari Korea, cuak jugak sebab masa ni Japan ngan Korea tengah high active case, tapi relax lagi..relaxssss

Actually ada beberapa persembahan la dalam satu sesi SAU ni, dimulakan dengan wayang kulit tadi, lepas tu ada persembahan traditional yang biasa semasa majlis berkhatan, ada tarian, ada sesi main angklung dengan penonton where semua orang dapat satu note dan kena ingat note kita. best giler!!.
ada jugak persembahan Arumba (alunan rumpun bambu), indonesia dan catchy shortform berpisah tiada. Ada jugak persembahan angklung Toel yang sangat best Actually sekumpulan tourist jepun ialah yang buat persembahan Arumba tu, diorang duduk Jakarta dah 2 tahun haha. Hilang cuak.

Sebab dah petang dan panas, makeup pun dah cair haha

Persembahan majlis berkhatan





Arumba Pelangi-pelangi dari Japanese yang tinggal di Jakarta

kitaorang dapat note apa ntah, 

Angklung Toel ni paling best

Last sekali menari lagu traditional dengan adience. Meriah !!

Partay  Bandung Style!!!

Kesimpulan dia Saung Angklung Udjo ni memang best!! berbaloi bayar entrance fees. 
Aku ngan Farhana solat jamak kat sini,scarynya surau dia sebab diperbuat dari buluh dan kena panjat tangga tinggi hahaha. Lepas solat kami ke Bandung Makuta sebab ada orang tu teringin. Suka beno dengan Makuta.

Cerita bodoh kat Makuta, ingatkan nak bayar dengan card since semua dah pokai, tetiba kat situ tak accept card, aku pun topup shopee pay tak tau la kurang ke apa ke pun tak boleh bayar, apa lagi semua mengorek wallet dan cukup la jugak harga nak dibayar tu. Heii, buat hal!!




Penutup malam tu ialah dinner kat Richeese. Richeese ni satu brand cheese wafer and snack yang agak famous tapi diorang melebarkan sayap dalam F&B dengan membuka western dining ala KFC gitu. Aku tengok kat IG Raffiey Yusof dia kata sedap. Pastu Angga pulak dok promote2 cakap sedap. Ayuh kita cuba. Salah satu specialty ialah level kepedasan untuk buffalo wings. Tanya kat kaunter dia cakap level 3 tu dah pedas amat, so kami ambik level 2 kot.



Sedap ye Richeese ni, mak approve. Restoran dia biasa-biasa je macam KFC tu tapi diIndonesiakan sikit macam fast food Indo yang lain iaitu ada nasik. Kat sini takde soft drinks macam pepsi tu tapi ada bandung dengan iced lemon tea.
Borak-borak sat since esok dah nak pulang ke tanah air. Cepat betul masa berlalu kalau travel ye.
Balik tu ingat nak ajak diorang mengopi, tapi semua dah tak larat, so naik bilik dan mengemas beg je lah sementara tunggu baju sejuta sampai.

Hasil tuaian..Allahu memasing menabur rupiah like no tomorrow.

Sebelum naik tanya adik reception tu untuk booking airport transfer, dia cakap takpe, esok pagi dia bookingkan guna GoCar. Tagline GoCar ni something like never lewat or something. 


Esok pagi seawal 6.30 pagi kami dah bertolak ke airport sebab flight pukul 8.30 a.m. Terpaksa booking 2 kereta sebab GoCar takde option XL dah la memasing barang dekat 1 kargo haha.
sampai la 2 bijik kereta comel, muat2 je la kiranya dengan luggage dan orang.  Naik gocar memang murah gila, kiranya 10kali ganda kurang dari airport teksi. Tapi kat Bandara Hussien Sasteranegara ni, gocar or grab boleh drop off je tak boleh pickup.



laga pipi last untuk tahun 2020. Sekarang dah tak boleh huhu.

Touchdown KL dengan selamat. Tadi dah makan dalam flight, so takdelah nak melepak kat Old Town macam biasa, lagipun esok semuaorang kerja, nak kena balik cepat-cepat huhu.
Actually masa kami pergi ni tengah krisis politik negara, pergi takde PM balik malaysia dah ada PM dan Indonesia report their first case of Covid-19. Cuak tau, 14  hari la rengsa, hari2 aku check suhu dan makan vitamin C.

Settle percutian ringkas penuh risiko. Mujurlah sehingga hari ini kami masih selamat dari Covid19, walaupun masa aku kat sana 2-3 orang gak la DM aku tanya pasal covid situation kat sana, eh tengokla berita or worldmeter, aku bukan pemerintah Indonesia haha. Farhana lagi kesian, dia macam batuk2 dari sebelum kami ke Bandung lagi, udahnya colleague dia cuak kat dia takut Covid

Apapun semoga Malaysia dan dunia bebas dari wabak ini, ada rezeki everything ok kita terbang semula.


Dzuliza


No comments:

Post a Comment