Friday, November 13, 2020

KL Staycation (Part 3) - Blackbyrd & Jalan kamunting

Assalamualaikum

PKPB disambung lagi, adoiii. Kang merungut macam tak bersyukur, tapi sebab kali ni kita tau punca dia apa so lagi la makin rasa nak taji je entiti yang membawa kita ke 2nd lockdown. Tabahla, semoga kita berjaya flatten the curve buat kali kedua. (Ni pesanan untuk diri sendiri, aku rasa stress sangat 2nd lockdown ni sampai rasa lain macam)

Lepas dinner, kami naik atas untuk solat dulu, adik aku buat reservation kat next restaurant pukul 9.30 malam. Sempat la ssolat Isyak siap-siap sebelum berjimba. Kami naik Grab je ke next location.

Ke mana? Blackbyrd KL kat Naza Tower. Akhirnya setelah beberapa percubaan nak datang sini, tercapai jua. My sis punya company dinner selalu buat kat sini so senang la dia buat reservation. Digalakkan buat reservation la ye, kalau tak berhuhu je la tak leh masuk nanti.

Lama tak datang Naza Tower. 

Masa booking adik aku mintak lounge seat, tetiba dia bagi kami table tepi dinding mana ntah, tapi wealls insist jugak sebab dah cakap masa buat reservation kan, akhirnya dapat jugak haha. Sebab kita dah cakap baru berani argue, bukan nak jadi Karen ya.




Seat menghadap Bar

Bar dia lawa 

Bar dia lawa 2.0

Tingkap dia tak cuci. 

Ada seat yang memang dibiarkan kosong. 

Fefeeling


KL Skyline

Sebab masih kenyang dinner tadi, kami order drinks dan dessert je la, tak lalu dah nak makan heavy. Dessert of the day hari tu ada 2 je je, so oder la panna cotta kaffir lime ke apa ke dengan lemon souffle.
Drinks oder mojito dengan latte haha. Kan tadi aku dah pekena 2 gelas mocktails, tak lalu dah teman nak minum benda begitu.

Panna cotta, ok la tapi aku tak minat gel atas tu

Lemon souffle. Adik aku request tulis happy birthday tu. tapi tak surprise pun 

Mojito apa entah

Iced latte

Drinks sampai dulu, lepas tu baru dessert datang diiringi lagu birthday oleh staff kat situ. Malam tu sahaja sepanjang aku lepak aku rasa dekat 7-8 org sambut birthday. Muak staff tu nyanyi lagu birthday agaknya hahahaha.





Blackbyrd ni memang takde sijil halal la sebab ada serve liquor kan, so masa nak order makanan tu baca la betul-betul menu. Tapi meat semua halal sourced katanya. Dekat 2 jam lebih jugak la melepak sambil layan song selection yang best dan layan la perangai orang sekeliling hahaha #ytjt. 

Thanks jajah belanja I birthday 


Layan la pemandangan KL dari tingkap yang tak dicuci



Esok paginya lepas breakfast kita morning walk area Jalan Kamunting. Lawa area ni, aku suka 


Baru sedar ada Ali, Muthu &Ah Hock kat sini


Selalu nampak dari tepi jalan je mural ni

Add caption



Cyclist merata-rata sekarang ni

Ingat nak mengopi tapi tak bawak duit, lepas tu diorang tak accept e wallet

Keciwa hahaha.





Jalan sampai kat The Row

Dulu dah pernah makan kat sini


Katanya breakfast spot famous ni, queue panjang gila

Betul-betul depan hotel. Sebelah ni Tapestry cafe


Lepas morning walk kami naik bilik semula. Lepak-lepak, kemas-kemas bagai. Nak check out betul-betul pukul 12.00 haha.

Lepas check out, kami pergi kat Ali, Muthu nak lunch. 


Hokkien mee, chee cheong fun, Cham iced and teh 







Lepas lunch kami pun balik ke sarang. InsyaAllah ada rezeki lain kita staycation kat hotel lain pulak kat KL ni. 

Btw, terima kasih atas ucapan dan doa semua sempena birthday yang ke 36 ni. Hopefully dapat la menempuh tahun-tahun mendatang dengan lebih beriman, banyakkan amalan, bahagia, gembira, cantik dan kaya 





dzuli

2 comments:

  1. happy birthday..suka jln2 kwsan vintage mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks !!.. itu la semenjak tak leh pergi oversea ni, ramai tgk orang jalan2 area KL

      Delete