Monday, January 4, 2021

Terengganu 2020 (Part 1) - Nabila Celup Tepung, The Combi Coffee, Kuala Terengganu

Assalamualaikum..

Happy New Year 2021. Semoga tahun ini lebih baik la hendaknya. Semoga negara terus aman makmur dan dipimpin oleh orang-orang yang adil, semoga covid 19 juga terhapus dengan kewujudan beberapa jenis vaksin di pasaran. Aminn.

Sambung la blog trip ke Terengganu bulan 10 last year tu, tergendala kejap sebab kerja-kerja hakiki dan non hakiki. Start lepas krismas sampai new year aku cuti semester haha. Jarang la aku cuti panjang kalau bukan sebab travel atau hal family. Kali ni aku cuti untuk melepak kat rumah dan staycation.

Lepas penat ketibas kat Terrapuri, kami cadang nak lepak-lepak makan celup tepung. Selain Pok Nong banyak jugak kedai-kedai lain kat jalan menghala balik ke KT. Kami memilih Nabila kot nama kedai tu, tapi malangnya food kurang sedap. Tak tau la kot time ni je kurang sedap sebab Amy dengan Sue cakap diorang makan sebelum ni ok je. Kalau nak cuba maybe jangan terus ambik buat big oder.

kedai cantik dan selesa. Tayah queue panjang

Photo spot pun ada




verdict aku, sotong macam tak masak, keropok tu tak crispy. 

Pilih seating tepi pantai

Lepas makan meneruskan perjalanan ke KT, ada yang hanyut dibuai mimpi, ada jugak yang borak tak berhenti2 haha. Kena la teman our DD iaitu Tini. Ada sekali dia langgar bonggol, lepas tu semua yang tak tido ni menjerit, yang tido pulak terjaga sambil roh masuk separuh badan je hahaha. 

Tapi syukur selamat sampai ke KT, apa lagi ke Pasar Payang la kite. Aku beli baju batik kelawar je selai. Boleh pulak terjumpa makcik Ean kat sini, dalam ramai-ramai manusia pakai mask tu, dia kenal tu makcik dia sebab gelang.

Pasar payang baru/sementara


Lepas shopping kat Pasar payang terus ke homestay kami, Teduh Homestay kat Pangsapuri Tok Pelam kira area centre KT jugak la
Okla, muat la jemaah 6 orang. Aku takde ambik gambar sebab masa masuk tu kalut2 nak solat bagai. 
Petang tu kawan Amy dengan Sue datang siap bawak brownies bagai dan malam sikit kami kelua pergi makan seafood kat Selly Seafood Kuala Ibai. Sedap!! Sotong tepung dia memang terbaek.

order like no tomorrow

masa ni kes belum ribu-ribu. Rileks je duduk takde social distancing


Lepas makan Kawan sue ni ajak pergi Combi Coffee. Brader ni meniaga bawah flyover depan restoran seafood tadi. Unik la business ni, meniaga coffee guna van volkswagen tu. Kopi pun agak sedap, not bad.






Lepas makan, nak menurunkan makanan dari perut kami ke lokasi panas di Terengganu iaitu Terengganu Drawbridge
night picture sangat hauk

boleh laaa

Komari sisturs


Balik homestay bebudak ni ajak main card Malaysian Dream pulakk...Tak gheti letih uolls, terasa acik sekali bila kami bertiga dok lawan menguap. Seronok gak game ni tapi kelakar la sebab ada denda yang tahape2. Main seround je la, sis is tak larat..


Boleh beli kat shoppee. Sesuai dimain ketika staycation


dzuli

No comments:

Post a Comment